bab 67

22K 461 59
                                    

"Kenapa gelisah ni? Ada masalah?".
Sya terasa gerakan demi gerakan dari Adam disebelahnya.

Sya memang dah tak selesa tidur memandangkan usia kandungannya semakin banyak. Nak masuk trimester tak lama lagi. Tu pun dah selalu sangat pedih ulu hati. Sakit sakit badan tu perkara biasa, namun digagahi jua memasak di awal pagi demi membantu suami mencari nafkah keluarga. Semuanya ditanggung sendiri, tak mahu Adam bersusah hati.

Adam mengelengkan kepala, dia duduk dan menyentuh perut Sya yang semakin membesar. Dicium dan diletakkan telinga.

"Abang tak rindu mama dan papa? Dah lama sangat abang tak tengok mereka".

Adam kembali duduk seperti biasa. "Kenapa tiba tiba cakap tentang mama papa ni? Anything happen?".

Sya mengambil kedua tangan Adam dan diletakkan ke perutnya. "Takdelah. Sya rindu kat keluarga Sya. Dah lama tak jenguk kubur mereka. Teringat pula kat mama papa. Pergilah jumpa sementara mereka masih hidup. Nanti jadi macam Sya, jumpa nisan sejuk dan kaku je".

"Betul takde apa jadi masa abang takde kat rumah?". Adam curiga, mengenangkan hal lama.

"Betul. Pergilah abang. Takkan sebab isteri, abang putuskan hubungan kekeluargaan. Tanggungjawab anak lelaki pada ibubapa kan tak terputus".

"Tau. Tapi diorang yang tak nak terima kenyataan ni".

"Siapa pun akan jadi begitu. Anak masuk Islam dan kawin dengan bukan pilihan", luah Sya, mengusap perutnya bersama Adam.

"Jodoh. Jodoh lari ke mana sekalipun. Seberang lautan pun, tetap bertemu. Kenapa tak dari dulu kita lafazkan cinta? Kenapa tak dari dulu kita nekad untuk berkawin?", luah Adam pula. Ada nada kesal mendalam di situ.

"Dulu? Bila? Lepas SPM?", soal Sya membalas tatapan suaminya.

"Haah". Jawapan padat.

"Kecil lagi la. Orang nak sambung belajar masa tu", balas Sya menarik cuping telinga Adam. Adam menyeringai kesakitan.

"But you do love me right?". Adam mengambil tangan tadi dan dikucupnya.

Sya mengangguk, " takkan nak bagitau. Abang pun tak cakap. Macam perigi cari timba".

"Lepas bercerai dengan Irfan? Kita boleh je nikah", ujar Adam perlahan, Sya terkejut.

"Boleh?". Berkerut dahinya.

"Baby belum disentuh walaupun dah lama jadi isteri Irfan. Tu takde eddah", jelas Adam perlahan.

"Hmmm... ye? Takkan baby nak bagitau kami tak make love lagi. Lagipun, masa tu hati ni.."

"Masih ingatkan Irfan? Sekarang masih lagi?". Ditatap wajah isterinya.

"Soalan apa ni? Cemburu tu datang balik? Suami orang la tu. Siap ada girlfriend lagi". Sya mencubit perut Adam. Tangan tu tak boleh diam, mesti nak mendera cik abang.

"Duda. Irfan dah jadi duda". Adam menunggu reaksi Sya dengar perkhabaran yang disampaikan.

"Kalau duda pun, biarlah. I have you now". Sya merangkul leher Adam tapi tak dapat rapat, terhalang dek perut.

"Kalau abang takde...", kata Adam berbisik, antara dengar dan tidak.

"Kenapa cakap macam ni?". Sya agak kegeraman. Kalau pasal Irfan, mesti jadi isu yang bukan bukan, meleret leret. Sakit hatinya.

"Lets say, Irfan dan baby sama sama single".

"Stop it. Nonsense. Baby ada abang hingga akhir hayat". Sya menahan rasa sebak di hati. Sesungguhnya dia benci, benci bila Adam begini.

Yang Kedua✔Where stories live. Discover now