Arun memperlahankan pemanduan setelah terdengar kekecohan berlaku di belakang.
Adam menarik Sya ke dalam pelukannya dan memberi isyarat pada Arun memandu seperti biasa.
"You ni kan Sofea, macam dulu juga. Selalu jump to conclusion. Dah lewat sangat ni kalau I hantar you. Balik rumah I dulu, esok I hantar pergi hostel"."Tak payah la nak peluk peluk I", balas Sya keras dan menolak Adam ke sisi.
"Saja cari peluang kan?", satu cubitan singgah di peha Adam. Adam tersenyum.
Keluar dari lif, terus nampak ada satu pintu sahaja di situ, betul betul menghadap pintu lif. Melangkah masuk ke penthouse Adam, hanya perkataan wow terkeluar dari mulut Sya, tapi dalam diam. Hampir keseluruhan dindingnya cermin, boleh nampak kerdipan lampu di bangunan pencakar langit Kuala Lumpur, pandang ke sudut 75 darjah, nampak awan melindungi cahaya bulan dari masuk. Sofa putih material kulit berbentuk C terletak ditengah tengah rumah, disisinya meja makan untuk 8 orang jugak bewarna putih. Dihujung ada dapur terbuka, kombinasi warna putih dan kelabu. Kemas, bersih. Tangga ke tingkat atas berwarna hitam, di sudut kanan sebelum sampai kawasan dapur. "You tak takut ke tinggal kat rumah ni?", tanya Sya. Adam diam, samada dengar atau tak, Sya tak pasti.
Sya membontoti Adam naik ke tingkat atas dan berdiri di ruang tengah menuju ke bilik bilik. "Ni bilik I. Bilik you sebelah ni,", kata Adam. Sya membuka pintu, 'Ya rabbi, beratnya pintu. Semput aku'.
Katil saiz king, segalanya berona putih. Lampu chandilier di tengah tengah bilik, bergemerlapan bila dinyalakan. Almari semuanya terlekat didinding. Langsirnya berona biru berkilat dan kelabu. Sya berdiri lama di depan pintu.
"Kenapa tak masuk?", tanya Adam dibelakangnya. Sya menelan air liur, "this is too lavish and enormous".
"Takut?"
Sya diam, memang dia terbayang ada makhluk bergayutan di atas lampu gantung yang betul betul terletak di atas kepala katil."Nak tidur kat bilik I?"
"Gila. Kalau untuk guest pun besar macam ni, bilik you lagi la besar"."I ada sekali temankan you".
Sya menjegilkan matanya dan memuncungkan mulut."You ni macam dulu juga. Go and clean up yourself. I tunggu kat dapur".
"Tunggu. I dah mandi tadi sebelum keluar. Jom kita pergi dapur", ucap Sya meletakkan saja beg begnya di tepi pintu bilik.
"Takut ye??", usik Adam lagi. Sya memendam geramnya."Lapar? " soal Adam bila melihat Sya leka menikmati pai daging sejuk beku yang dipanaskan oleh Adam bersama segelas susu panas.
Sya mengangguk,' lapar giler ni. Ingat tadi nak buat air milo tapi dah kena serang dengan perempuan gila, terus terlupa perut dah lapar'.
"Cukup tak? I punya ada ni", pelawa Adam bila melihat Sya mengaut sisa sisa daging yang terlekat pada kertas foil pai.
"Cukup. You nak I gemuk ke?"
"Gemuk? I tengok you makin kurus. Stress ke?""Kurus ke?"
"I kenal you dah lama ok. I tau berat badan you dulu ye".
"Hah??" Sya menjegilkan matanya."Come on la. Siapa yang pagi pagi dah menjerit tak mau makan nasi lemak ibu sebab jarum penimbang dah bergerak ke kanan?"
"Owhhh... ehh kan you tidur masa tu?"
"Hello cik adik, kalau suara macam petir, how do you expect me to sleep?"
"Hahahahaha.. sorry"
Dua dua terdiam. Adam menyandarkan diri di kerusi, ditatap wajah Sya yang menundukkan kepalanya. Ada kolam air dalam kelopak matanya.
"Sofea.. I am sorry""No. Dont say that. I just miss those moments. Rindu ibu, ayah, adik adik", air mata Sya tumpah akhirnya.
Adam berdiri dan berjalan ke arah Sya. Sya dipeluknya, " I miss them too. Walaupun I menumpang rumah you sekejap je, I rasa I am apart of your family". Baju Adam semakin lencun dengan deraian air mata Sya yang semakin deras. Tangannya mengusap kepala Sya yang masih bertudung.

ANDA SEDANG MEMBACA
Yang Kedua✔
RomanceSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...