Khas Raya : Episod 4

20.5K 440 407
                                    

Cemberut muka Sya bila aku mengajak dia singgah ke klinik untuk memeriksa kesihatannya selepas balik dari KLIA.
Degilnya menjadi jadi. Aku tak kuasa nak bertekak dan menghadap muka masamnya, jadi aku turutkan saja kehendaknya.


HASYA SOFEA

"Ibu... akit?". Aku mengerdipkan mata. Sesal. Dua hari lalu, Irfan ajak ke klinik, jual mahal.

Selepas Irfan ke pejabat, aku terbaring di sofa. Tadi pun tak berdaya sebenarnya tapi tak nak Irfan risau dan membebel, jadi aku gagahkan jua beraksi seperti biasa.

Kesian Azriel. Sampai bila aku harus begini. Aku cuba untuk bangun, siapkan Azriel dan menghidupkan enjin kereta.

Memandangkan berderet pesakit yang menanti giliran untuk bertemu doktor. Tempat duduk pun tiada yang kosong lalu aku bawa Azriel ke cafe. Ada bekalan roti kubawa dari rumah, cuma beli air milo kotak untuknya.

Aku sekadar melayan Azriel yang duduk dihadapanku. Azriel tidak henti bercerita, aku tersenyum sesekali sambil melihat notifikasi dari pelbagai aplikasi di dalam telefonku.

"Azriel, smile. Ibu nak hantar kat abah", ujarku. Azriel tersengih, suka sangat kalau dengar perkataan abah.

Snap
Sent
Aku tunggu respon dari Irfan, sunyi. Satu tick saja, kelabu. Sibuk sangat la tu.
Mengharapkan ada balasan mesej atau panggilan video darinya, hampa.

"You.. you Sya kan?". Aku yang sedang mengesat mulut Azriel, mengangkat wajah dan terasa jantung seakan gugur.

"Ingat I lagi tak?", soalnya lagi, tersenyum. Masih seperti dulu. Dari hujung rambut ke hujung kaki. Makin voluptious.

"Anak you ni? Comelnya", katanya mencuit pipi Azriel.

"Meh salam". Azriel menyambut huluran tangan tersebut.

Aku sekadar memandangnya. Hati ni tetap menyatakan sesuatu yang tak enak akan berlaku.

"Kenapa you ni? Macam tak kenal I pulak. Mana husband you? Irfan", soalnya bila aku tidak memberi sebarang reaksi.

Sakit gegendang telinga ni namun aku tertanya bagaimana dia tahu tentang pernikahan kami. Siapa yang beritahu?

"Dia ada meeting pagi ni", jawabku tanpa perasaan, menutup tupperware yang telah kosong dan kusimpan ke dalam beg.

"Takde pula dia inform I. I miss you darling", gumamnya, memintal hujung rambut yang beralun.
Berkerut - kerut dahinya seolah cuba mengingatkan sesuatu.

What? Kenapa nak bagitau kau? Rindu rindu pula. Eiiii, geramnya.
Aku tak beri sebarang respon padanya.

"Ni bukan anak Irfan kan? Takde rupa Irfan langsung". Kepala Azriel dipegang dan dibelek wajah budak tu. Azriel kurang selesa lalu berlari mendapatkan aku.

Aku menghela nafas, "apa masalah kau?"

"Takde apa. Aku cuma nak bagitau, I am back. Aku nak ambil semula hak aku", katanya dengan senyum yang makin melebar.

"Aku rasa dia tak cerita pun kat kau yang kami dah banyak kali keluar bersama kan?". Mimik mukanya buat aku sakit mata, macam nak aje aku simbah asid.

Yang Kedua✔Where stories live. Discover now