bab 72

21.4K 468 67
                                        

Sya terkaku, nafasnya seakan berhenti seketika, air matanya bergenang, mug berisi susu dibiarkan.

Dia cuba berjalan ke ruang tamu namun kakinya terlalu longlai lalu cuba berpaut pada kabinet berhampiran. Lemah segenap sendinya. Akhirnya dengan perlahan, dia terduduk di lantai dapur. Perlahan lahan dia mengensot ke depan dengan juraian air mata.

Irfan terus menukar haluan pemanduan, hatinya tak tenang selepas mendengar berita tadi. Walaupun Sya adalah bekas isterinya, itu tak bermakna dia patut membiarkan sahaja. Sya sepertinya, sebatang kara di atas muka bumi. Adam adalah segalanya buat Sya, boleh dilihat kebahagiaan itu didalam matanya. Irfan bertekad dia harus ke rumah Adam bagi mencari kepastian.

"Assalamualaikum. Sya"
Irfan sekadar mengharapkan ada sahutan dari Sya. Yang pasti kereta Adam tiada, mungkin kenderaan yang dinyatakan dalam berita tadi adalah kepunyaan Adam. Irfan menanti seketika sebelum memberi salam lagi. Telinganya terngiang ngiang dengan berita tadi.

"Irfan.."
Irfan terdengar ada suara perlahan dari tingkat atas memanggilnya. Irfan mendongak, Sya, tak bertudung, mukanya pucat seolah tak berdaya, mencampakkan segugus kunci kepadanya. Segera dia menyambut.

Pintu dibuka sesegera mungkin. Tak pernah dilihat Sya seteruk itu.

"Sya..."
Panggil Irfan sebaik melihat Sya duduk terjelepok di tempat terakhir dia mencampakkan kunci tadi. Sya memejamkan mata namun deraian air mata mengalir laju.

"Adam?". Soal Irfan, mencangkung disebelah Sya.

Sya sekadar mengelengkan kepala, tiada suara keluar dari mulutnya walau bibirnya bergerak. Irfan mengangkat Sya ke sofa. Berat! Sya seolah tiada daya langsung.

Diambilnya segelas air kosong dan disua ke mulut Sya. "Selawat. Minum sikit", bisiknya.

"Adam mana?", soalnya kembali setelah dilihatnya Sya agak tenang dan boleh bernafas seperti normal tanpa ada esakan yang tiada henti.

"Kat sana", jawab Sya lemah.

"Sya bersiap. Kita pergi balai polis atau hospital", ujar Irfan.

Sya cuba bangun, tapi dia terduduk kembali. Mukanya berkerut. Perutnya sakit, mengeras.

"Kenapa?", tanya Adam, risau bila Sya memegang perutnya dengan wajah berkerut seolah menahan kesakitan.

"Boleh tolong ambil jubah yang tergantung dalam bilik tu tak? Tudung pun ada sekali. Sya tak boleh bangun", bisiknya perlahan dan lemah.

Sya tersandar di sofa. Dah tak dipeduli bagaimana rupa dan keadaan dirinya sekarang, hanya Adam yang berlegar difikirannya. Hatinya bagai ditumbuk, sakit mengenangkan nasib cinta hatinya.

Sementara menunggu Sya bersiap, telefon Irfan berbunyi lalu disambutnya. Sya sekadar mendengar.

-hello
-sorry la Haris. Lupa pasal breakfast kita. Aku kat rumah Sya ni.
-tu la. Nak bawa dia pergi hospital.
-jumpa kau kat sana.

Tiba di hospital, keadaan terlalu sesak untuk Sya yang semakin sarat. Irfan tak tau berapa usia kandungan Sya tapi nampak agak lambat bergerak.

Setelah Sya dibawa untuk mengenali pasti mayat mangsa yang ditemui dalam kebakaran itu, Irfan terus membawa Sya pulang mengikut jalan belakang. Dia tidak mahu mendedahkan identiti Sya sebagai ahli keluarga Tan Sri Norman Wu seboleh bolehnya.

"Rasanya Adam kat mana?", soal Sya didalam kereta. Matanya memandang ke luar, memerhati laluan perjalanan mereka. Irfan terkejut, disangkanya Sya tidur tadi.

Irfan hanya mendiamkan diri. Dia turut berada di dalam bilik mayat bersama Sya untuk pengecaman - Tan Sri Norman, Puan Sri Sarah dan Maria. Mayat mereka tidaklah teruk terbakar, mungkin lemas tersedut asap. Pihak hospital pun belum memberi sebarang kenyataan post-mortem.

Yang Kedua✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang