bab 59

23.9K 349 6
                                        

Hasya Sofea

Kenapa dia muncul lagi? Aku dah lupakan dia, aku dah padam segalanya tentang dia. Errr...sebenarnya, aku buat buat lupa. Aku tak nak ingat semua tu. Aku mengaku.

Semuanya indah bila bersama dia. Dia tak pernah jijik dengan aku, adik adik aku yang comot, abah yang berpeluh busuk demi mencari sesuap makanan untuk kami sekeluarga, rumah kecil kami.. ye keluarga aku. Keluarga miskin aku. Sedang dia kaya raya. Rumah dia.. bukan rumah, pada aku itu istana. Kami berbeza. Kerana itu, darjat; agama; cara hidup dan harta, aku harus lupakan dia, pendek kata segalanya la. Memori tentangnya aku padam walaupun hadir dia membawa seribu kenangan manis untuk hatiku, malah untuk kami sekeluarga. Dia hadir memeriahkan rumah kami tapi ada duri yang menanti untuk merobek jiwa, jasad kami berlima.

Aku cinta dia. Aku menanti agar dia lafazkan dulu. Aku tau aku siapa, aku sedar diri. Mungkin silap aku, bersikap adik yang manja. Mungkin juga, memang tiada cinta dalam dirinya untuk aku. Aku yang perasan agaknya, bila dia layan aku begitu. Aku anak sulung. Tak pernah berbaik dengan abang abang sepupu, tak punya teman lelaki atau kawan lelaki rapat, jadi mungkin sebab tu aku rasa perhatian darinya sesuatu yang wow. Aku tak tau bezakan sayang seorang kawan, abang dan kekasih.

Aku jatuh hati padanya saat dia lemah. Saat dia perlukan aku. Bukan cinta kerana fizikalnya, dia datang padaku saat tubuhnya tak berdaya. Bukan pada harta, aku tak tau siapa dia. Dia datang sehelai sepinggang. Boleh saja dia mungkin pendatang Vietnam atau orang Pattani. Juga bukan kerana rupa, mukanya bengkak dan lebam akibat dibelasah teruk. Aku boleh saja muntah ke atasnya sebab busuk arak dari mulutnya, bau longkang melekat di rambut, bau asap rokok dan darah melekat di pakaian dan tubuhnya. Tapi saat pertama aku nampak dia selepas dikejutkan mama, abah minta aku tolong insan yang tak berdaya itu, hati aku sedih sayu. Kenapa begitu kejam manusia sekarang. Saat aku membersihkan dirinya, hatiku berdebar; dia lelaki pertama yang aku sentuh kulit ke kulit, dari hujung rambut ke hujung kaki. Indahnya ciptaan Allah ini. Aku jatuh cinta padanya disaat dia bukan siapa siapa.

"Abah tau Sofea sayang Adam. Bukan mak dan abah tak nampak selama ni".

Aku diam. Mataku merah selepas Adam pulang. Padahal kami dah berjanji untuk menghabiskan masa bersama sama malam tu. Kebetulan aku cuti esoknya.

"Kita ni orang tak de harta dan kuasa. Kita berbeza dengan dia", tambah abah.

"Tapi dia bukan macam tu. Kenapa kena setaraf baru boleh berkawan?"

"Abang ni cakap berlapik sangat la. Lambat budak ni nak faham", mak mencelah. Abah mendengus.

Mak membuka bicara, "tadi Tan Sri panggil abah ke pejabatnya. Dia bagi cek berpuluh ribu sebagai terima kasih sebab tolong Adam".

"Baguslah. Baik Tan Sri tu", pujiku.

"Memang baik", nada mak sinis. Aku pelik.

"Dia minta pulangkan anak dia. Dia cakap dia dah hilang satu satu anak lelakinya".

"Hilang?? Tapi.."

"Lupakan dia. Dia bukan untuk Sofea. Perjalanan hidup kamu jauh lagi", ujar abah.

"Cukup. Jangan kawan dengan Adam lagi. Nanti orang cakap kau kikis duit dia. Dengan orang sini pun mak dah tak tahan, orang mengata kita sebab Adam selalu datang sini".

Hati aku tersayat belati tajam. Aku masuk ke bilik. Bilik di mana kami sering berkongsi cerita, ketawa. Aku memeluk bantal dan menangis. Semua mesej dan panggilan dari Adam, aku tak hiraukan. Hanya untuk seketika, aku tak mampu untuk tak membaca setiap kata katanya.

Aku dapat rasakan ini adalah kali terakhir kami berjumpa, bila Adam menyatakan dia akan ke China. Kami berpelukan, erat. Aku tak mau lepaskan dia tapi itu tak mungkin berlaku. Abah  beri peluang padaku untuk bertemu Adam, atas undangan Puan Sri. Mak menghalang tapi abah... abah tau isi hati anak sulungnya. Betapa rapat aku dan Adam, setiap malam berbual sambil menunggu abah pulang kerja. Betapa aku ingin dan rindu sekali untuk bertentang mata dan menyentuh Adam. "Abah harap lepas ni Sofea jangan ada apa apa hubungan dengan Adam ye. Dia pun sibuk nak uruskan rawatan Puan Sri di China nanti. Jangan ganggu dia", kata abah jelas tapi penuh dengan kasih sayang sewaktu kami meredah kesesakan lalulintas untuk pulang ke rumah. Aku sedar riak muka abah berbeza dari biasa sejak dari tiba di istana keluarga Adam namun tak kuhiraukan, yang penting aku dapat jumpa Adam.

Yang Kedua✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang