"Betul la. Macam I tak kenal dia. You all ni...", panjang muncung Farhana merungut bila dia membuka kisah bertembung dengan Sya tengah hari tadi ketika dia, Haris dan Irfan menikmati burger untuk makan malam.
"Kawan dia kot", balas Haris sambil menyuap burger ayam, lapar.
"Nope. Lelaki tu mesra dengan dia lain macam la", tambah Farhana membuka pembalut burgernya pula, menggelengkan kepala tak bersetuju.
"Dia baru habis belajar ye. Kerja pun cashier giant je. Bukan dari keluarga orang kaya pun. Macam mana boleh kenal lelaki tua kaya macam tu, kalau bukan..". Belum sempat Farhana menghabiskan ayat, Haris menyampuk, "tua sangat ke?", berkerut dahinya, terangkat sebelah kening.
"I rasa early or mid 30 kot", jawab Farhana mengagak umur lelaki bersama Sya tadi.
"Tak la tua kalau 30-an. You ni... I ingat 50", ujar Haris kelegaan.
"Kalau bukan apa, you nak cakap tadi?", tanya Irfan meneguk air coca cola dari gelas di hadapannya.
"Budak sekarang ramai jadi call girl. My housemate pun ada 2 orang part time call girl. Kerja senang, duit banyak".
Irfan bangun mencapai rokoknya dan terus berjalan ke balkoni. Dinyala dan dihisap rokok itu sedalam dalamnya. Terimbas kembali peristiwa Sya makan dengan lelaki yang Irfan tak kenal, lelaki itu memberi duit kepada Sya. Apakah benar Sya, seorang call girl.
"Tak baik you cakap Sya call girl. Dia jaga solat, aurat. Tu fitnah tau", Haris kurang bersetuju dengan pendapat Farhana.
"I bukan apa. Nak sedarkan Irfan tu, asyik teringatkan janda dia je. Dia ingat budak tu baik sangat ke?", bisik Farhana, risau Irfan terdengar kata katanya.
Irfan mengeluh, rasa bersalah menguasai dirinya kerana membiarkan Sya keseorangan. Dah la anak yatim, sepatutnya dia memegang amanah mami untuk menjaga Sya tapi dia terlalu ikut nafsu amarah, terus melepaskan Sya.
Rasa kasihan menyelubungi dirinya setelah pulang bertemu Sya tempoh hari. Sya kelihatan tak bersemangat, dalam kesedihan, murung.Sedangkan dia yang ada Farhana disisi, selalu teringat kepada Sya walaupun usia pernikahan mereka belum setahun. Apatah lagi Sya yang sebatang kara. Perasaan rindu pada Sya tiba tiba muncul.
"Just choose, I pay", bisik Adam berdiri di belakang Sya yang menilik baju baju bergantungan di dalam butik Gucci. Terbeliak mata Sya melihat tanda harga pada setiap baju yang tergantung, beribu ringgit. Sya berpaling menghadap Adam yang berdiri sangat dekat dengannya. 'Aduh dia ni, makin hari makin menggoda pula', desis hati Sya bila Adam menatap wajahnya.
"Mahal sangat. I tak biasa la baju macam ni. Nak pakai untuk malam ni je kan?", tanya Sya berbisik juga, tak mahu pekerja butik mendengar perbualan mereka. Adam mengangguk.
"I ada idea, kita sewa baju. I tau kat mana", Sya memberi cadangan. Adam mengkerutkan dahinya," are you serious?".
"Yes. Membazir la beli mahal mahal, pakai sekali je".
"Ok, but purse or clutch you must buy. No rent", bisik Adam mempamerkan senyuman paling manis kepada pekerja yang berdiri tak jauh dari mereka dan berjalan keluar bersama Sya.
"You choose. I tak pandai. Untuk malam ni, I tak tau nak buat apa kat sana. Kalau tak pergi, boleh tak?", ujar Sya menarik baju Adam dari belakang. Ditengah tengah orang ramai, Adam merangkul pinggangnya erat, merenung ke dalam matanya. Sya terkesima dengan tingkah Adam di kawasan awam.
'Ish, aku nak belikan, dia tak nak. Sofea, kalau dengan perempuan lain dah banyak kali aku swipe kad. Ni tak nak pergi pula. I would rather stay at home with you dear, but this is my job. I must go'.
YOU ARE READING
Yang Kedua✔
RomanceSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...