bab 39

23.9K 500 35
                                        

"Maria.. you boleh balik la. Nothing much to take care of", ujar Adam kepada Maria yang sedang mengemop lantai, sambil menatang dulang ke dapur.

"But sir, I just came.."

"It is okay. You can do it some other time. I will call Pakcik to pick you up. Or do you want Arun to send you?", tanya Adam yang sudah bersedia dengan telefonnya.

"Anyone can sir", jawab Maria yang sangat curiga dengan perlakuan Adam. Adam memang berbeza dari kebiasaannya. Adam tak pernah tegur dia selama ni, apatah lagi masak sarapan. Harus sangat diberitahu kepada Mem Besar.

***********************************

Irfan memohon untuk masuk lambat ke pejabat dengan tujuan untuk mencari Sya di hostel, namun hampa. Sya tiada di sana. Banyak pelajar telah pulang ke kampung kerana peperiksaan mereka sudah berakhir. Hanya segelintir masih berada di hostel. Hatinya mulai risau. Nak mintak tolong pada Haris, tapi Haris pula tiada. Nak telefon Suhana pun, nombornya tiada dalam simpanan. Menyesal pun ada kerana menengking Sya.

Semangatnya hilang untuk menghadiri mesyuarat petang itu walaupun makan tengah harinya ditemani Farhana yang cuti akibat kecederaan semalam. Berkali kali dia menelefon Sya tapi tak diangkat. 'Merajuk lagi budak ni'. Tapi bila mengenangkan cincin yang ditinggalkan Sya, Irfan dapat merasakan sesuatu yang berbeza. Kali ini bukan merajuk biasa. 

Usai mesyuarat petang itu, Irfan serta teman teman mesyuarat pergi melepak sambil minum minum di Coffee Beans. Walaupun moodnya melayang namun dia terpaksa melayan pelanggan syarikat untuk projek terbaharu.

Dalam keriuhan bersembang, dia memandang ke deretan kedai di luar. "Sya?", bisiknya, 'takkanlah sampai ke sini. Jauh dari kolej'.

"You nak makan apa?", soal Adam berjalan di hadapan Sya sambil sesekali menoleh ke belakang.
"Hurmm... tak tau la"
"Kita makan shell out nak?"
"Wow... " jawab Sya.

"Wow?" Adam berhenti, berpaling ke belakang dan mengerutkan dahinya.
"Mahal tu. Ada banyak makanan laut", nyata Sya secara jelas dan bersungguh.

"Oh.. mana tau? Pernah pergi makan dengan buah hati?", duga Adam, mengangkat keningnya.

"Tak. Bacalah. Kat internet banyak cerita pasal ni. Mahal la, mana ada duit".

"Owhh.. maknanya ada buah hati la ni?". Sya diam mencuka.

Sya mengikut sahaja langkah Adam di hadapannya. Telefonnya berbunyi tak berhenti.

"Siapa call dari tadi non stop? Kenapa tak angkat?", tanya Adam setelah memesan makanan untuk mereka. Sya menggelengkan kepala.

"Malas nak angkat. Buat sakit hati", balas Sya, meletakkan telefon di atas meja tapi diterbalikkan. Telefon itu berbunyi lagi. Adam terus mengambil dan menekan butang off.

"Eh...", Sya tak sempat berbuat apa apa, tindakan Adam lebih pantas darinya.

"Bising", kata Adam tanpa menunggu soalan dari mulut Sya.

"I dah letak mode getar tu", keluh Sya. Adam memberikan senyuman sinisnya. Kaca mata hitamnya diletakkan diatas telefon Sya.

Irfan memandang dari jauh. Sya bersama seorang lelaki segak, setingginya, putih, kurus tetapi tegap, berambut lurus dipotong rapi.

Di belakang Sya ada beg galas, dia memakai baju besar dan labuh yang selalu dipakainya, serta seluar jeans yang dilipat dihujung, disarungnya tudung segera. Pakaian yang selalu Irfan lihat selama ini. Pakaian yang Sya pakai di rumah. Sementara lelaki itu berkaca mata gelap, berseluar corduroy hitam, kemeja polo hitam dimasukkan ke dalam seluar. Lagak kemas bergaya. 'Siapa lelaki itu? Layan Sya bukan main lagi. Siap bukakan pintu', hatinya panas.

Yang Kedua✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang