Yusri keresahan sejak uminya keluar bersama rombongan meminangnya. Sewaktu merisik dulu pihak perempuan minta masa untuk bertanya kepada tuan badan. Seperti yang dijanjikan mereka datang semula untuk mendapat keputusan. Yusti berharap benar lamarannya di terima oleh gadis pilihannya. Dia menanam tekad untuk melamar gadis yang dilihat beberapa tahun yamg lalu. Dia yakin, gadis sunti yang masih bersekolah dulu kini sudah dewasa. Yusri tersenyum bila terkenang pertemuan pertamanya.
SETELAH beberapa tahun pengajian di luar negara, dia pulang ke pangkuan keluarganya. Pada mulanya dia ingin balik terus menemui uminya tetapi dihalang oleh papanya. Dia meminta Yusri tinggal beberapa hari di rumahnya. Uminya juga memujuknya untuk menghabiskan masa dengan keluarga papanya. Sukar baginya menerima kehadiran papanya yang baru dikenali. Mungkin juga selama ini dia dibesarkan tanpa papa di sisinya.
"Apa rancangan Yus selepas ini?" Tanya papanya pagi itu. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Atas desakan umi meminta dia pulang, membuat dia kembali ke tanah air. Hatinya terkilan apabila uminya mengambil keputusan untuk kembali bersama papanya setelah bertahun-tahun diabaikan.
"Nak balik bermanja dengan umi."
"Eee, tak malu le dah besar-besar nak bermanja." Usik anak bongsu papanya...a.k.a. adik bongsu dia. Datuk Ismail tersenyum melihat anak bongsunya mesra dengan abang sulungnya. Namun isteri dan dua anaknya masih tidak dapat menerima Yusri sebahagian dari keluarga mereka.
"Budak kecik ni sibuk hal orang la.."
"Kita bukan budak kecik la...kita dah besar...dah dewasa...dah 13 tahun tau."
"Ye ke...abang tengok macam budak 5 tahun je."
"Eeee...malas nak cakap dengan abang, nak merajuk la."
"Ala busuk-busuk abang merajuk...ok...ok abang x panggil dah, abang panggil Mashitah comel."
"Ala...abang panggil Mas je."
"Papa cadang nak ajak kamu kerja dengan papa...bantu papa. Papa dah tua, anak-anak...." kata-kata Datuk Ismail terputus apabila melihat isterinya masuk ke ruang makan.
"Anak-anak apa yang you cakap ni...you nak biarkan anak-anak you mengemis dari orang asing nanti?"
"Tak pe lah papa...Yus pun ada perancangan sendiri...cuma buat sementara nak bercuti dulu." Yusri tahu ibu tirinya tidak suka kehadirannya di dalam kehidupan papanya.
DALAM kebosanan di rumah membuat dia ambik keputusan keluar. Sambil menunggu bas, dia ternampak sekumpulan pelajar di sekolah asrama penuh menunggu bas. Ya, hentian bas tu juga tempat dia tunggu bas untuk ke bandar beberapa tahun dulu. Kerana bersekolah berhampiran dengan kediaman papanya membuat pertemuan semula keluarganya.
Matanya masih melihat telatah pelajar tersebut. Salah seorangnya menarik pethatiannya. Seperti iklan shampoo, ikatan rambut gadis itu terbuka dan terserlah rambut ikal mayang milik gadis sunti. Matanya terpukau, dadanya berdebar. Mungkin tulang rusuknya juga bergetar. Ingin dia menyeberang untuk berkenalan dengan gadis yang telah menjadi pencuri. Mencuri hatinya. Tapi malang baginya tidak sempat untuk ke sana, bas telah membawa gadis pujaannya pergi.
'Aduh...melepas lah. Yus, dia tu masih sekolah, umur berbeza....Ah...apa pentingnya umur...yang penting hati...gadis itu akan dewasa...tunggu sayang..abang akan melamarmu' Hati dan fikirannya berbalah. Tiba-tiba Yusri menampar mukanya sendiri..
'Siapa gadis tu pun aku tak tahu ada hati nak lamar...udah lah Yusri...balik kampung la tanam jagung...'PINTU biliknya diketuk bertalu-talu. Dengan malas Yusri membuka pintu biliknya. Wajah umi kesayangannya tersenyum melihatnya.
"Yus, tu Jamal datang." Gembira hatinya bila dengar nama rakan sepermainannya datang menziarahnya. Baru dua hari lepas dia spai di rumahnya. Dia hanya melepaslan rindunya pada uminya selama dua hari.
"Assalamualaikum Amal, rindunya aku kat kau. Semalam aku ke rumah mak kau kata kau pergi hantar adik kau berkursus."
"Ye...kau buat apa?"
"Aku...aku buka kilang.."
"Bangganya aku kawan alu jadi usahawan berjaya."
"Percaya lah cakap Yus tu Jamal...buka kilang tahi mata je." Sampuk Puan Saadiah sambil membawa hidangan ke meja.
"Kilang juga kan?" Yusri tidak mahu mengalah. Puan Saadiah meminta diri ke dapur dan membiarkan dua rakan lama berbual.
"Apa perancangan kau sekarang?"
Yusri mengangkat bahunya. Agak bosan sebab semua orang bertanyakan soalan yamg sama.
"Yus, aku...aku perlu pertolongan kau."
"Kau hadapi masalah kewangan kat warumg kau ke Jamal? Berapa kau nak?"
"Asal minta tolong je hal duit. Umi dah banyak bantu aku untuk bangunkan warung aku tu. Alhamdulillah warung aku dah maju sekaramg ni. Dah naik taraf kedai dah tau. Cuma..."
"Kalau bukan duit, apa masalah kau?"
Serba salah Jamal nak meluahkannya. Dia kenal Yusri berasal dari keluarga berada. Namun dia tidak pernah tinggi diri.
"Hmmmm...kau tahu kan, adik aku aku hantar belajar kemahiran selama 6 bulan...aku kekurangan pekerja...aku..."
"La ni kes nak ajak aku kerja dengan kau ke? Apa la tergagap-gagap...No problem lah bro esok aku pergi kedai kau."
"Tapi aku tak mampu..."
"Aku tak kisah, asal aku dapat pengalaman timba ilmu dengan usahawan muda macam kau ni." Yusri menepuk bahu rakannya sambil ketawa. Jamal turut ketawa bersama. Lama mereka berbual sebelum Jamal meminta diri untuk pulang.
YUSRI gembira dapat menimba ilmu dari rakannya. Dia juga kagum dengan usaha rakannya membangunkan kedai makannya. Hampir 16 jam kedai Jamal beroperasi dan pelanggannya tidak putus-putus. Nasib baik Jamal menyerahkan dia bertugas di bahagian kaunter. Sekali sekala dia membantu tugas di dapur.
Suatu petang ketika dia asyik melakar sesuatu dia atas kertas, dia ditegur.
"Abang, boleh bungkus laksa 2?"
"Bo..." lidahnya kelu saat matanya tertacap wajah bidadarinya berdiri di hadapannya.
"Abang...abang..." berkali kali Diya memanggil pemuda yang berdiri tegak di kaunter.
"Abang!" Dia tinggikan suara.
"Ya adik...ooo laksa dua, sekejap ya." Pemuda itu hilang ke ruang dapur.
'Boleh tahan brother ni. Handsome... apa yang dia buat tadi?' Diya memanjangkan lehernya melihat kertas di atas meja.
'Wow cantiknya lukisannya.' Diya kagum melihat lukisan pensel yang cantik di atas meja. Timbul niat di hati untuk memiliki lukisan tersebut. Matanya melilau memandang sekeliling dan ruangan dapur sambil tangannya menarik lukisan tersebut lalu dimasukkan ke dalam beg sandangnya.
"Adik..ni laksanya.. special untuk adik."
"Terima kasih, berapa bang?"
"Tak pe, ari ni adik bertuah sebab abang berniat nak belanja pelanggan...adiklah pelanggan yang bertuah tu."
"Murah rezeki abang sebab selalu bersedekah... terima kasih ya." Diya ingin segera beredar supaya pemuda itu tidak menyedari kehilangan lukisannya.
"Hey Diya!" Langkahnya dimatikan dengan laungan dari rakannya.
"Amboi, sejak sekolah kat pekan besar langsung tak nak tegur aku."
"Aku tak perasan kau le. Makin sihat aku nampak?"
"Udah pagi, petang, siang malam kat kedai ni. Hari hari bau makanan...bedal je le. Kau tu mana menghilang...langsung tak nampak batang hidung."
"Kau tau le princess kat rumah aku tu. Ada saja kerja yang kena aku buat."
"Ala ciannya."
"Nak buat macam mana...dah nasib badan."
"Hari ni boleh terlepas pula?"
"Dia tak de kat rumah, ikut ibu dan abah. Tinggal alu dengan Naim je. Nasir pun ikut sekali."
"Patut la.."
"Ok lah Kama, aku balik dulu. Takut awal pula tuan puteri aku balik... tak sempat nak makan." Diya mohon diri.
Yusri dari tadi hanya memerhati pujaan hatinya berbual dengan adik Jamal.
"Kamariah, sini jap." Panggilnya setelah bakal pemaisuri hatinya beredar.
"Ada apa abang?"
"Hmm, siapa tadi?"
"Oooo tu kawan saya...Diya, anak Cikgu Jalil dan Cikgu Hajar. Kenapa abang tanya, perkenan ke?" Yusri hanya membalasnya denga senyuman.'Diya, sabar ya sayang, abang akan bina kehidupan untuk kita sebelum melamar sayang.'

ANDA SEDANG MEMBACA
cinta pertama
RomancePercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?