Kesibukan kerja telah menjarakkan hubngan mereka. Entah mengapa sejak kebelakangan ni dia semakin rindukan Diya. Tidak seperti sebelum ini. Mungkin juga kini hubungan mereka menjadi halal tetapi dia tidak tahu penghujung cintanya. Diya masih tidak memanggilnya 'abang'
"Panggilan abang tu hanya untuk suami Diya saja."
Masih ingat lagi kata yang terluah dari bibir Diya.
'Ya Allah.. kenapa aku tidak dapat menanggung oeritnya cinta ini. Sudah beberapa malam dia tidak dapat melelapkan mata. Demi melupakan rindu, dia tumpukan perhatian kepada kerja.Awal pagi kepalanya merasa begitu berat. Sukar membukakan mata. Tangisan Diyana membuat dia cuba bangun tetapi kepalanya berpusing. Tangannya mencapai telefon. Anaknya yang menangis di biarkan.
Telefonnya menjerit minta diangkat. Dia hanya mencapai tanpa melihat nama pemanggil.
"Hello.."
"Diya... Diyana demam." Kedengaran suara Yusri lemah dan tangisan Diyana. Diya terus mencapai beg tangannya.
"Sya.. saya keluar ada hal penting. Kalau apa apa hubung telefon bimbit saya." Diya terus memandu ke rumah Yusri. Sesampai di rumah Yusri, Diya terus menekan loceng berkali kali. Dia bimbangkan anak saudaranya. Pintu pagar terbuka dan pintu rumah turut terbuka. Diya terus meluru ke dalam rumah.
"Diyana sayang mama. Diyana demam ke?" Badan anak saudaranya di pegang. Tiada menunjukkan badannya panas.
"Tak panas pun, Yus." Diya berpaling ke arah Yusri. Alangkah terkejutmya melihat Yusri rebah.
"Yus! Yus!" Diyana di letak di dalam baby cot dan dia menghampiri Yusri. Diya menyentuh dahi Yusri. Panas.
"Yus..."
Mata Yusri terbuka sedikit.
"Kita pergi ke klinik ya." Yusri mengangguk lemah. Diya memapah Yusri.
"Bawa kereta abang." Perlahan tutur Yusri. Diya membuka pintu untuk Yusri. Kemudian dia berlari mengambil Diyana dan mengunci pintu. Diya terus memandu ke klinik berhampiran.
"Diya bawa Diyana, abang boleh berjalan." Kata Yusri sambil membika pintu kereta. Sambil mendukung Diyana, sebelah tangan Diya tetap merangkul pinggand Yusri dengan niat membantu Yusri berjalan. Yusri melabuhkan tangannya ke bahu Diya untuk memberi sokongan kepadanya berjalan. Sewaktu hendak mengeluarkan kad pengenalannya, Diya ternampak gambar seorang gadis didalam dompet tersebut. Diya cuba memanjangkan lehernya untuk melihat lebih jelas. Yusri perasan tingkah Diya terus menutup dompetnya. Diya mencebik. Yusri hanya melemparkan senyuman. Dia duduk menunggu giliran. Dia terus bermain main dengan Diyana sambil menunggu Yusri selesai mendapat rawatan.
Pulang ke rumah, Yusri terus masuk ke biliknya. Badannya begitu lemah saat ini. Kepalanya masih berdenyut."Diya!" Dia memanggil gadis yamg sedang berdiri tidak jauh darinya. Gadis pujaan hatinya hanya melambai ke arahnya sambil tersenyum. Terserlah lesung pipit di pipinya. Manisnya senyuman itu. Yusri terus berlari mendekati Diya. Rambutnya yang ikal mayang beralur di tiup bayu. Diya terus melambai ke arahnya. Terangkat baju di bahagian perutnya. Terserlah kulitnya yang outih. Yusri menelan air liurnya. Matanya memandang sekeliling. Dia tidak mahu mata lelaki lain melihat keindahan di depan matanya. Ingin segera dia menutup kulit yang terdedah itu. Diya menhulurkan tangan. Yusri menyambut tubuh Diya yang turun dari batu. Terus Diya berada dalam dakapannya. Mata Diya di tatap. Kemudian turun ke hidung Diya yang kecil dan mancung. Pipinya yang putih mulus dan akhirnya bibirnya yang mekar menggoda. Tanpa membuang masa bibirnya melabuh di bibir Diya. Bahagianya saat bibir mereka bertaut.
"Yus...Yus." Kedengaran suara Diya memanggilnya.
'Tak mungkin Diya memanggilnya sedangkan bibir kami masih bertaut.' Fikir Yusri.Diya masuk ke bilik Yusri dengan hidangan bubur nasi. Yusri harus menjamah sesuatu sebelum makan ubat. Kelihatan Yusri masih nyenyak tidur. Nama Yusri di panggil berkali kali tetapi tiada reaksi dari Yusri. Akhirnya Diya mengambil keputusan untuk menyentuh bahu Yusri. Dia cuba mengejutkan Yusri sekali lagi. Yusri membuka matanya.
"Diya.." Begitu lemah Yusri bersuara.
"Makan bubur sikit. Nanti boleh makan ubat."
"Abang tak lalu, tolong suap."
Diya akur. Usai makan dan makan ubat, Yusri kembali rebahkan badan. Bibirnya mengorak senyum apabila memikirkan mimpinya.
"Kenapa?" Tanya Diya apabila melihat Yusri tersenyum.
"Terima kasih."
"Dah berehatlah. Kalau nak apa apa Diya ada kat luar dengan Diyana." Yusri mengangguk.Diya mengemas rumah Yusri. Setelah selesai, dia membawa Diyana keluar membeli bahan dapur untuk di masak. Diya juga pulang ke rumahnya mengambil pakaiannya. Rasa belas kepada Yusri yang tidak sihat. Dia telah meninggalkan wang untuk kegunaan adik adiknya sementara dia tiada di rumah.
"Diya ke mana?" Tanya Yusri ketika melihat Diya baru balik.
"Maaf Yus bawa Diyana keluar. Diya ambil baju dekat rumah sekejap." Diya meletak Diyana di tempat mainannya dan keluar semula untuk ambil barang barang di dalam kereta. Yusri turut keluar.
"Yus, badan Yus belum sihat lagi. Masuk dalam ya." Lembut suara Diya memujuk. Yusri tetap degil dan turut membantu membawa barang masuk ke dalam. Beg baju Diya membawa masuk ke bilik ke dua. Kemudian dia terus ke dapur.
"Diya nak masak apa? Nak abang tolong?"
"Yus kan belum sihat. Pergilah rehat. Nanti dah siap Diya panggil." Yusri akur. Kepalanya masih berdenyut. Terjaga dari tidur tadi mencari Diya tiada di rumah. Yusri bimbang Diya balik menjaga anaknya di rumah Diya. Apabila melintas bilik ke dua, Yusri ternampak beg baju Diya, dia tersenyum. Ini kali kedua Diya bermalam di rumahnya. Mungkin juga detik permulaan.
Masakan ringkas dihidangkan oleh Diya. Ketika Diya mahu mengajak Yusri, Yusri sudah keluar.
"Yus, mari makan." Kata Diya sambil membawa Diyana ke dapur. Diya mencedok bubur nasi untuk Yusri. Sup juga di cedokkan dalam mangkuk kecil untuk Yusri. Yusri duduk di sebelah Diyana yang duduk atas kerusi bayi. Diya menyuap Diyana. Kemudian baru Diya makan. Walaupun Yusri sudah selesai makan, dia tetap menunggu Diya. Tekun dia melihat Diya makan dengan sopan.
"Yus, dah makan ubat?" Tanya Diya. Hilang semua lamunan Yusri. Dia menggelengkan kepala. Diya mengambil ubat dan menyerahkan kepada Yusri. Air kosong juga disediakan. Kemudian Diya mengemas meja dan membasuh pinggan. Yusri masih setia menunggu.
"Yus,"
"Hmm.." Matanya mengalih ke arah Diya.
"Diya solat dulu, Yus jaga Diyana." Yusri akur. Dia mengangkat Diyana dan membawa ke hadapan. Setelah selesai solat, Diya menggantikan Yusri menjaga Diyana. Diyana adalah bayi yang senang di jaga. Dia tidak memberi masalah. Diya melihat Diyana tekun dengan mainannya. Diyana banyak menyerupai Yusri dari Dira. Diya duduk di sisi Diyana. Rambut anak saudaranya di belai.
"Diya, nak solat isyak ke, dah masuk waktu ni." Yusri keluar dari biliknya. Rambutnya masih masih ada kesan basah. Yusri terus melabuhkan badannya ke sofa. Diyana menghampiri Yusri.
"Diyana nak tidur ya. Nanti mama buatkan susu." Diya terus ke dapur. Setelah menyerah botol susu, Diya masuk ke bilik untuk solat. Usai solat, dia kembali ke ruang tamu. Diyana telah tidur di atas riba Yusri.
"Nak Diya bawa Diyana ke dalam bilik?"
"Tak pe, abang boleh angkat. Demam abang dah kurang sikit." Yusri bangun dan membawa anaknya ke dalam bilik. Diya mengambil alat kawalan jauh. TV dihidupkan. Dia terus mencari cerita yang menarik untuk menghilangkan bosannya.
"Diya, tetima kasih kerana rawat abang."
"Dah jadi tanggungjawab Diya."
"Hmmm"
"Yus pergilah rehat. Jangan tidur lewat."
"Jom tidur..."
"Diya...Diya..."
"Tak pe, abang faham. Diya belum sedia. Abang izinkan Diya tidur bilik berasingan sehingga Diya sedia. Dan abang nak Diya ingat satu perkara, Diya bukan perampas." Kata Yusri sebelum masuk ke dalam bilik. Diya memastikan semua pintu dan lampu si tutup sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.

ANDA SEDANG MEMBACA
cinta pertama
RomansaPercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?