Yusri melihat Diya bermain dengan Diyana. Kini Diyana semakin mesra dengan Diya. Jika Diya bersama, Diyana mahu Diya tidurkannya. Sejak balik tadi Diya kurang bercakap. Adakah Diya marahkannya?
"Diya..."
Diya berpaling ke arah Yusri yang duduk di atas sofa.
"Diya marah abang?"
"Kenapa nak marah?"
"Habis tu kenapa masih membisu?"
"Iqram, macam mana keadaan dia? Kenapa Khairi tak balik pejabat semula?"
"Diya sayang Iqram?"
Diya hanya mengangguk. Bila dia tersedar sesuatu, dia cepat menggeleng.
"Tak...Diya ambil berat sebab dia kan kawan kita."
"Diya bertengkar dengan Zarina tadi ke?"
"Dia yang buat Diya marah. Diya tak tahan sabar sebab dia asyik panggil Diya betina. Tak terlintas nak rampas suami dia. Nanti orang pula yang rampas suami Diya."
"Diya akan pertahankan suami Diya kalau orang nak rampas?"
"Tentu la."
"Diya buat macam mana?"
"Mana boleh bagitahu. Itu senjata rahsia Diya lah."
"Hmmm nak..." kata kata Yusri terhenti apabila telefon Yusri berdering. Dia melihat skrin kemudian menolak simbul merah. Kemudian berbunyi semula.
"Kenapa tak jawab?"
"Malas."
"Bisingla. Diyana nak tidur ni."
Yusri tukarkan ke mode getaran.
"Siapa tu?"
"Entah lah. Mula mula dia call abang dah tidur. Ingat tak ada satu malam abang tak call Diya. Tiba tiba telefon ni berdering, abang angkat, dia kata I love you, abang jawab le love you too. Tak de niat apa apa pun. Lepas tu, setiap hari dia call dan hanya cakap I love you. Merimaskan. Dah lah dengan masalah syarikat. Bad dan Leesya... abang jadi tension. Diya pula degil nak duduk seorang..." Yusri meraup wajahnya. Rambutnya di kusutkan.
"Kenapa Yusri tak blockkan nombor tu?"
"Ya Allah Diya, kenapa otak abang dah tak berfungsi. Tak boleh fikir macam tu." Telefon Yusri berdering semula. Terus Yusri menyekat panggilan tersebut.
"Awak tu terlampau banyak berfikir hingga perkara remeh macam ni tak dapat nak fikir."
"Thanks dear."
"Oh ya, hujung minggu ni Diya nak ikut Fifi balik kampung dia."
"Kenapa?"
"Nak tolong selesaikan masalah mak su."
"Bercakap tentang mak su, kenapa dia menangis?"
"Macam mana Yus tahu."
"Abang ikut Diya malam tu. Risau juga korang semua perempuan, keluar malam."
"InsyaAllah Diya jaga diri. Terima kasih sebab ambil berat tentang Diya."
"Sebab Diya isteri abang."
"Boleh tak?"
"Berapa hari?"
"Sabtu pagi bertolak, ahad balik la."
"Minggu ni abang pun kena ke Pulau Pinang. Mungkin hari Jumaat bertolak ke sana."
"Diyana?"
"Hari Jumaat tu abang singgah rumah umi dulu. Drop Diyana kat sana kot."
"Hmmm..."
"Kalau acik tu masih nak lepak rumah kawannya, abang tak balik dari Penang, tidur rumah Mak su. Abang tak tahu bila selesai urusan di sana."
"Okey, boleh tak..."
"Nak apa lagi sayang.."
"Nak tidur dengan..."
"Abang?"
"Kenapa tau suka potong cakap orang. Diya nak cakap Diya nak tidur dengan Diyana."
"Okey lah, abang pun kurang rehat sebab panggilan misteri ni. Abang nak masuk tidur dulu. Assalamualaikum." Yusri melangkah lemah. Siapakah di dalam hati Diya? Adakah milik Iqram? Terbayang di matanya bagaimana Diya mengambil berat tentang Iqram. Yusri mengeluh.
Diya membawa Diyana masuk ke biliknya. Diyana dibaringkan di atas katil. Kata kata Yusri masih bermain di fikirannya.
Abang ingat Diya. Dia kata I love you, abang balas love you too tapi tak bermakna apa apa
Yusri tidak pernah cintakan dia. Mungkin Yusri masih cintakan kakaknya. Sepuluh bulan bersama kakaknya mungkin telah tersemai benih cinta antara mereka. Mungkin dia tidak berpeluang untuk meraih cinta Yusri.
'Apalah kamu ni Diya. Jangan berputus asa. Ya, aku akan cuba menangi hatinya semula.' Diya tersenyum. Dia merancang untuk memikat Yusri.
Dalam kesibukan kerja Khairi masih rasa kekurangan. Malam itu dia keresahan.
"Kenapa ni Yi?"
Khairi memandang wajah tua ibu saudaranya.
"Entahlah umi, macam ada yang tak kena."
"Kesunyian kot. Tak kan kau tak boleh lupakan Zarina."
"Yi tak pernah cintakan Zarina."
"Tapi Ina canang satu kampung yang kamu berdua saling menyintai. Dia tak balik dengan Mus pun dulu sebab kamu cemburu."
"Yi cuma simpati je umi. Kebetulan waktu balik kampung tu Yi baru tahu Yi bukan sebatang kara. Yi tak nak kehilangan keluarga Yi lagi macam Yi kehilangan mama dan adik Yi."
"Kamu ada adik? Umi ingat mama dan papa kami meninggal dalam kemalangan."
"Papa yang meninggal dalam kemalangan. Dia dapat tahu yang mama ada di utara, tu yang papa ke sana dan menemui kemalangan. Yi masih belasan tahun masa tu. Yi tak faham kenapa orang nak sabotaj kereta papa, nama baik papa."
"Ada yang sakit hati dengan papa kamu tu."
"Umi... wasiat papa!" Khairi sedikit menjerit. Terkejut uminya. Dia mengurut dada."
"Maaf umi."
"Apa wasiat papa?"
"Cari mama dan adik. Tapi Yi tak tahu nak mula di mana?"
"Keluarga mama kamu."
"Yi tak tahu."
"Zhen... itu nama keluarga mama kamu. Zhen Sue Lian. Itu nama yang papa kamu pernah cerita pada umi. Masa dia mula jatuh cinta."
"Zhen... macam pernah dengar nama itu tapi di mana ya?" Lagak Khairi seperti aksi pelawak terkenal.
"Mungkin dengan cari keluarganya kamu boleh tahu hal mama kamu. Mungkin mama dan adik kamu berada dengan mereka."
"Walau berapa ramaipun keluarga Zhen di Malaysia ni...aku tetap mencari."
Tersenyum di bibir Khairi. Kini dia mampu untuk mencari keluarganya.
Assalamualaikum , ibu mungkin tidak dapat update setiap hari selepas ini keran mempunyai tanggungjawab lain... InsyaAllah ibu cuba
ANDA SEDANG MEMBACA
cinta pertama
RomancePercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?
