BAB 11 [flashback]

176 9 0
                                        

Yusri termenung di apartmentnya. Terbayang bayang wajah gadis yang berjaya mencuri hatinya. Sabar ya sayang, sikit lagi abang akan melamarmu.
Deringan telefon menhentikan lamunannya. Dari Thomas.

Ketika melanjutkan pelajaran ke luar negara, Yusri belajar berdikari. Dia belajar sambil bekerja. Pelbagai kerja dia lakukan kerana tidak mahu menyusahkan uminya. Dia tahu papanya memasuki sejumlah wang tetapi dia tiddak mahu menggunakannya. Tiada istilah enjoy dalam hidupnya sebagai pelajar. Rakan rakannya banyak menghabiskan cuti untuk bersiar siar, dia terus belajar dan kerja. Dalam memcuba, akhirnya dia dapat tawaran bekerja di sebuah syarikat . Walaupun hanya sebagai penghantar surat, Yusri rasa ianya satu pengalaman berguna baginya. Dia belajar dan tetus belajar. Kesungguhannya dapat perhatian ketuanya dan menawarnya kenaikan pangkat. Dari situ dia mula belajar selok belok perniagaan. Dia memiliki keistimewaan kepetahan berkata kata yang dapat menarik pelanggan. Dari sebuah syarikat kecil, dengan bantuan Yusri, syarikat itu semakin membesar. Yusri adalah asset yang besar baginya.
Oleh kerana hidupnya keseorangan tanpa isteri dan anak, Yusri dan anak saudaranya Thomas dijadikan pewarisnya. Selepas kematian Henry, Yusri terus membantu Thomas mengendali syarikat sehingga Yusri mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air. Dia tetap pemegang saham bersama Thomas.
Apabila Thomas menghubungi untuk melabur di sini, dia gunakan kekuasaannnya dalam memilih syarikat usahasama.
Mengendali syarikat milik keluarganya bukan masalah besar baginya tetapi menarik kepercayaan ibu tirinya amat sukar. Dia tahu ibu tiri tidak suka kehadirannya sejak dari awal lagi. Di sebabkan pertemuan yang tidak sengaja antara dia dan papanya membuat papanya bina semula masjid yang telah lama runtuh. Dia sendiri pada mulanya tidak dapat terima kehadiran papanya. Sikap ego dan bongkak keluarga tirinya juga menjengkilkan. Bila mengenangkaan dia anak lelaki tunggal dan abang kepada tiga orang adik perempuan, dia harus bertanggungjawab terhadap adik adiknya.
Yusri nekad untuk memikat hati ibu tirinya dan menyatu semula keluarganya.
"Aik tak balik kampung minggu ni?"
"Selamat pagi mama, jemput sarapan."
"Hmmm..."
"Mama, saya ada hal nak bincang dengan mama."
"Aku sibuk. Ari ni ada perjumpaan persatuan."
"Saya hantarkan mama."
"Pak Din kan ada."
"Dia keluar hantar papa tak balik lagi."
"Hish orang tua ni dah bagitahu nak guna driver."
"Tak pe mama, saya jadi driver untuk mama hari ni."
Datin Hanum terpaksa akur. Dia melayan Yusri seperti pemandu.
"Mama, boleh saya tanya, kenapa mama tak suka saya?"
"Tau pun aku tak suka, habis tu kenapa masih tunjuk muka kat rumah aku."
"Saya tunggu ubahsuai apartment saya siap."
"Oooo dah beli rumah."
"Saya tahu mama risau saya rampas hak mama dan adik adik. Saya tak ganggu hak tu. Saya cuma bantu papa. Bila syarikat papa stabil, saya akan buka syarikat sendiri." Datin Hanum mencebik. Dia terus memandang ke luar.
"Mama tak mahu berniaga ke?"
"Maksud kamu?"
"Yus tahu mama suka jaga kecantikan mama, itu kemahiran mama, apa kata mama buka spa."
"Perniagaan papa kamu pun tak kukuh."
"Siapa kata guna duit papa. Apa kata saya melabur untuk mama."
"Buka perniagaan untuk mama tapi mama kena belajar selok belok perniagaan dengan saya."
"Biar aku fikir dulu."
Selesai perjumpaan, Datun Hanum dan rakannya membuat rawatan.
"Eh, dia kan anak lelaki datuk, kenapa you jadikan dia driver?"
"Dia yang nak."
"Untung you ada anak tiri yang baik macam dia. Tak macam I."
"Kalau Datuk tak ada, apa akan jadi kat you ye. I dengar semua saham datuk atas nama dua orang anak dia."
"Tak tahu lah apa nasib I."
'Kalau aku jadi macam Ju, apa yang aku ada. Harta papa semua along yang ambil.'
"Ju, apa kata kita berniaga."
"Mana nak cari modal."
"Modal jangan risau tapi kita kena belajar dulu."
"Apa you cakap ni?"
Datin Hanum hanya melemparkan senyuman.

"Yus, jom kita pergi minum dulu." Datin Hanum menghampiri Yusri sebaik selesai berdandan.
"Boleh, nak minum kat mana?"
"Tempat yang selesa untuk mama dan Aunty Ju berbincang dengan Yus."
"Ok." Yusri tersenyum. Dia tahu umpannya dah mengena.

"Yus, Aunty ni rakan baik mama sejak sekolah lagi. Kami terpisah bila aunty sambung belajar. Aunty ni belajar tentang kecantikan tau. Tapi nasib aunty tak macam mama. Yus boleh tak bantu kami."
"Mama terima tawaran saya."
"Yusri, aunty ni macam mama kamu, ada anak tiri. Semasa uncle kahwin dengan aunty, aunty sebagai isteri kedua. Tapi atas kerelaan isteri pertama. Isteri tua uncle sakit dan mahu aunty jaga suaminya. Masa tu aunty hanyalah setiausaha uncle. Malah masa isteri tua terlantar sakit, aunty yang jaga. Anak anak dia tak setuju dengan pernikahan kami dan tuduh aunty nak kikis harta papanya. Kini aunty tak ada apa apa."
"Saya akan bantu aunty sampai anak anak tiri aunty kagum pada aunty tp dengan satu syarat... belajar berniaga dengan saya."
"Macam mana?"
"Datang ke pejabat waktu rehat setiap hari."
"Tak mengganggu kerja Yusri?"
Yusri hanya tersenyum.

Seperti yang dijanjikan Datin Hanum dan Datin Juriah bertemu Yusri di pejabatnya. Amat sukar untuk mereka memahami tetapi Yusri tetap sabar mengajar. Masa rehat Yusri selama sejam habis tanpa satu ilmu pun yang mereka fahami.
Keesokan harinya Datin Juriah datang lebih awal.
"Eh, awal Aunty sampai?"
"Saja datang awal."
"Jom masuk bilik saya."
"Yus sibuk ke?"
"Tak. Saya baru saja balik jumpa client."
Mereka berdua masuk ke dalam pejabat.
"Yus...hmmm ni ada makanan unruk Yus."
"Wow, aunty masak untuk saya?"
"Yus, boleh tak jangan panggil aunty. Ibu... Ibu teringin ada anak yang panggil ibu tapi anak anak tiri ibu tak mahu.." Hati Datin Juriah menjadi sayu. Dia ingin menjadi seorang ibu tapi Allah tidak memberi rezeki untuk dia mengandung.
"Ibu, boleh saja. Kini saya ada umi, mama san ibu.'
"Eh, jemput la makan."
"Terima kasih. Wow, macam ibu tahu je saya suka makan ni. Sedap pula tu." Datin Juriah gembira melihat Yusri makan dengan seleranya.
"Eh Ju, awal you sampai." Datin Hanum masuk ke bilik Yusri.
"I kasian kat Yusri ni. Semalam tak makan tengah hari sebab ajar kita yang bebal ni."
"Ooo, Yus, susah ke ajar kami?"
"Yang penting kemahuan mama dan ibu."
"Ibu?"
"Anum, I tak ada anak yang mahu panggil begitu. Boleh kan I kongsi anak lelaki you."
"I pun tumpang kasih anak lelaki orang juga." Datin Hanum ketawa.

Sebulan Yusri mencurahkan ilmu dan kini tiba masa untuk mereka hidup dalam dunia perniagaan.
"Ibu, mama ini kak julie. Dia pakar dalam bidang ni dan dia dah latih staff kita sebulan yang lalu. Sekarang kita berempat bincang tentang hari pembukaan spa ni."
"Berempat?"
"Biar saya bagitahu. Memang saya yang keluarkan modal semuanya tapi saya berikan saham ni pada kak Julie 10%, ibu dan mama 20% dan baki milik saya. Setuju kan?"
"Tapi macamm mana..."
"Hal kewangan tu saya uruskan... kak julie urus hal perkhidmatan manakala mama dan ibu tarikan pelanggan. Bokeh tak."
"Encik Yus dah bantu kak Julie tentu kak beri 100% khidmat."
"Apa kata dalam dua minggu lagi kita buat majlis perasmian. Tapi boleh tak mama dan ibu uruskan majlis tu. Esok Yus kena ke luar negara atas urusan perniagaan.

Sejak itu hubungan Yusri dan Datin Hanum  semakin baik. Datin Hanum yakin Yusri tidak akan abaikan adik adiknya jika dia dan suaminya sudah tiada.

cinta pertamaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang