Dira termenung di apartment mewah mereka. Panggilan telefon dari pemanggil misteri menganggu fikirannya.
"Suami kamu ada hubungan dengan perempuan lain di pejabat."
Selalu dalam drama, panggilan dari seorang perempuan yang memberitahu tentang hubungan dia dengan suami orang yang di panggil. Drama le sangat. Tapi dia terima dari seorang lelaki.
Teringat pula perbualan rakan rakan di spa tadi. Mereka menceritakan tentang suami salah seorang pengunjung spa yang curang.
"Macam mana nak tahu suami kita curang ya?" Tanyanya.
"Naif betul you ni."
"Betul tu Dira. Suami kita kalau curang, pertama, sering kata ada meeting, balik lambat. Bukan kadang kala tapi kerap."
"Ya Dira, telefon sentiasa kat tangan. Bawa ke hulu ke hilir."
Hmmm, abang selalu balik lambat tetapi akan jemput aku makan malam bersama. Kalau dia kena kerja semula, dia akan keluar makan dengan aku dan pembantu dia. Dia curang ke? Fikir Dira.
"Kamu kena hati hati Dira. Suami kamu tu kacak dan kaya pula."
"Bukan nak fitnah lah Dira. Dulu I ada nampak suami you selalu jumpa perempuan dekat hentian bas. Lepas tu dah tak ada dah sekarang. Mungkin dah putus kot. Tapi kena juga hati hati."
Dira terdiam. Tangannya mengusap perutnya yang memboyot. Kandungannya hampir cukup bulan. Yusri berjanji akan bawanya balik bersalin di kampung.
'Tak mungkin, abang sayang Dira. Tak pernah abang abaikan Dira." Gumam Dira.Yusri terpaksa menghantar Dira pulang ke kampungnya lebih awal kerana dia terpaksa ke luar negara menguruskan perniagaan di sana. Yusri tidak mahu Dira tinggal keseorangan. Begitu sayangnya Yusri kepadanya. Adakah dia layak sangsikan suaminya itu.
Dua hari berada di kampung tersebar berita Yusri bertumbuk dengan Badrul di kedai. Berita itu turut sampai ke tellinga Dira.
"Betul ke Dira aku dengar laki kau ada perempuan lain." Tanya kawan baik, Suraya.
"Aku pun tak tahu, Su. Nak kata dia ada perempuan lain, dia tidak pernah abaikan aku. tak ada macam cerita dalam tv tu."
"Kau tahu ke. Kalau mereka jumpa dalam pejabat je." Dira terdiam.
"Tapi kan.." Suraya bercakap perlahan seperti berbisik.
"Aku dengar laki kau tumbuk Bad sebab Bad cakap tentang Diya."
"Kenapa sentiasa ada Diya." Gumam Dira.
"Cuba kau fikir, kenapa dia bagi kereta Diya?"
"Sebab aku tak tahu memandu."
"Itu alasan, kau kan boleh belajar. Kan kau cakap yang laki kau tu ambil berat tentang Diya." Dira terdiam dan berfikir.
"Ambil balik kereta tu. Kereta tu sepatutnya milik kau. Dia tu bukan siapa siapa dalam keluarga ni." Dira termakan dengan hasutan Suraya. Kebetulan pula Diya baru pulang dari bandar bersama adik adiknya. Diya telah tamat latihan praktikal dan bercuti. Tanpa berfikir panjang, Dira menyerbu ke arah Diya. Tudung Diya di tarik.
"Kenapa ni Kak Long?" Tanya Nazri.
"Kau diam, jangan masuk campur urusan aku." Nazri terdiam. Dia hanya memerhati.
"Kau memang melampau ya Diya. Dalam diam kau cuba menggoda suami aku."
"Apa yang kau cakap ni?"
Tiba- tiba Dira menjerit. Jeritannya menarik perhatian Cikgu Hajar di dalam rumah. Segera Cikgu Hajar menghampiri mereka.
"Kenapa ni?"
"Ibu, tengok ni. Kereta tu sepatutnya milik Dira tapi Diya yang pakai. Dira minta hak milik Dira tapi Diya tak bagi."
"Apa ni kak..."
"Dah tu. Kamu Diya, bagi balik hak milik kakak kamu tu."
Dengan berat hati Diya menyerah kunci kereta kepada Dira. Dia terus berlalu dari situ. Cikgu Hajar turut masuk semula ke dalam rumah.
"Su, kau tengok, senang je aku dapat apa yang aku nak."
"Betul tu, Diya tu bukan siapa- siapa pun.... emmm Dira, jom kita ronda-ronda."
"Tapi aku bukan ada lesen."
"Ala, dulu kau boleh bawa kereta abah kau tanpa lesen pun."
"Betul juga, jom." Dira mencapai dompet di sisinya dan berjalan ke arah kereta. Tidak siapa tahu dia dan Suraya keluar.Suasana rumah sunyi membuat Cikgu Hajar melihat sekeliling. Jam di dinding di lihat. Suaminya ada menguruskan majlis di masjid. mungkin terus berjemaah di masjid. Dia melihat ke luar. Kereta Diya tidak ada, mungkin Diya keluar kerana merajuk dengannya tadi. Dira juga tiada di luar.
"Nazim,oo Nazim, pergi panggil kakak kau kat rumah Kak Suraya, dah nak maghrib ni."
Tanpa banyak soal, Nazim terus berlari keluar rumah.
"Mana pula Diya ni keluar. Dah nak maghrib pun tak tahu nak balik."
"Apa yang ibu rungut ni? Diya dah balik ni."
"Eh, kau dari mana? Mana kereta kau?"
"Dari belakang tu je. Kan Diya dah bagi kunci pada Kak Long tadi." Kata Diya sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Dia ingin bersiap-siap mengadap Ilahi. Hati kecil Cikgu Hajar keresahan. Tidak lama kemudian Nazim berlari ke arah rumah.
"Ibu, Mak Cik Yah cakap Kak Su pun tak ada kat rumah. Tadi katanya nak ke rumah kita."
"Mana pula perginya Si Dira ni dengan perut memboyot tu." Rungut Cikgu Hajar. Dia turut masuk ke dalam rumah apabila Azan berkumandang.Usai solat maghrib, Cikgu Hajar mengerah anak lelakinya pergi ke masjid memanggil bapa mereka dan pergi ke rumah Umi Saadiah. Mungkin Dira ke sana. Kebimbangan mula di rasai. Diya cuba hubungi Yusri.
"Ke mana perginya Dira ni?" Tanya Cikgu Jalil Zhen sebaik sahaja sampai ke rumah. Tidak lama kemudian, Nazri dan Najmi pulang dari rumah Umi Saadiah. Umi Saadiah turut mengikuti mereka kerana bimbang tentang Dira.
"Kak Saadiah cuba hubungi Yusri tetapi tak dapat."
Dalam kekecohan, sebuah kereta peronda berhenti di hadapan rumah mereka. Cikgu Jalil Zhen menjengok ke luar. Diya juga turut keluar dari biliknya sambil memegang telefonnya.
"Maafkan kami, ini ke rumah Nadira Binti Jalil Zhen?"
"Ya Encik, kenapa dengan anak saya?"
"Nadira terlibat dengan kemalangan bersama rakannya yang bernama Suraya. Kami tidak dapat hubungi keluarga Suraya."
"Dia di mana sekarang?"
"Di hospital daerah."
"Kami akan ke sana bersama keluarga Suraya.""Yus dengar tak?" Diya berbisik ke telefon Yusri.
"Ya, Yus akan balik segera."
"Diya hendak pergi ke hospital sekarang." Diya mematikan talian. Dira di bawa ke hospital besar kerana keadaannya parah. Doktor cuba menyelamatkan Dira dan bayi yang di kandungnya. Cikgu Jalil Zhen menandatangi surat kebenaran untuk melakukan pembedahan demi keselamatan bayi. Yusri sampai keesokkan harinya dan hanya melihat bayi comel yang selamat di lahirkan dan tubuh Dira yang berselirat dengan wayar. Suraya tidak dapat di selamatkan. Dia meninggal dunia di tempat kejadian.
"Apa yang berlaku?" Tanya Yusri sebaik saja keluar dari bilik ICU.
"Abah pun tak tahu. Abah cuma tahu dia kemalangan."
"Dira tidak ada lesen memandu. Suraya ada ke?"
"Dira yang memandu."
"Ini semua salah Diya. Dia yang bagi kunci kepada kakaknya. Diya sengaja mengapi-apikan kakaknya."
"Hajar, jangan keruhkan keadaan." Tegur Cikgu Jalil Zhen. Diya hanya duduk jauh dari kumpulan keluarganya. Sejak kemalangan, berbakul bakul sumpah seranah yang Cikgu Hajar hemburkan. Cikgu Hajar menyalahkan Diya dengan segala yang berlaku.Seminggu Dira bertarung akhirnya dia mengalah. Dira meninggal dunia. Segala penjagaan bayi kecil, Yusri serahkan kepada Diya. Bayi perempuan yang bernama Diyana. Memandangkan Diya sudah tamat pengajian dan menganggur, Diya menerima tanggungjawab menjaga Diyana. Malah Diya menggelarkan dirinya mama bagi Diyana.
"

ANDA SEDANG MEMBACA
cinta pertama
RomancePercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?