BAB 39

135 13 0
                                    

Diya bertolak awal pergi kerja. Fikirannya teringat kepada Mak sunya. Mak sunya begitu setia menunggu adakah pak sunya pun begitu. Bagaimanakah penantian itu tiada penghujung. Sesampai di pejabat, Diya masih teringatkan mak su.

"Diya aku rasa macam kenal pak su la." Kata Fifi sebelum tidur semalam.
"Maksud kau?"
"Macam pak long aku. Tapi pak long aku baru balik dari Mekah. Dia pun kata nak mencari seseorang yang dirinduinya."
"Apa kata kita jumpa pak long kau. Aku masih ingat rupa pak su. Mana tahu orang yang sama."
"Bila nak balik kampung aku?"
"Kau sabar la. Aku kena minta kebenaran laki aku dulu."
Deringan telefonnya mengejutkan Diya. Diya melihat skrin telefonnya sebelum menjawab
"Sis!"
"Banyaklah sis, Assalamualaikum  wahai adik ku."
"Waalaikumussalam. Nazri nak bagitahu ni, Naz tak balik malam dan selama 2 minggu."
"Mak aii lamanya kenapa?"
"Ada trip misi kemanusiaan. Pergi ke pekampungan orang asli. Sebahagian dari assignment."
"So si Nazmi?"
"Tadi ada dia call, masih nak lepak rumah kawan dia. Nak siapkan assignment  juga tu."
"Hmm masing masing tak balik rumah la ni."
"Aln kak ngah lagi seronokkan boleh balik rumah abang."
"Tak de maknanya."
"Abang! Kak Ngah kata dia tak nak balik rumah abang."
Terdengar Nazri menjerit ke arah seseorang.
"Naz, apa ni?"
"Diya nak duduk seorang? Abang tak izinkan." Kedengaran suara Yusri. Diya terdiam.
"Kita lunch bersama nanti. Then ada perbincangan kat pejabat. Nak abang jemput atau datang sendiri?" Tegas.
'Kenapa pula tiba tiba tegas pula ni?'
"Diya!"
"Diya datang ke sana."
"Okey... nah Naz." Telefon bertukar tangan
"Hmmm... tak boleh nak lari lagi."
"Macam mana Naz jumpa Abang Yus."
"Abang Yus ke sini. Kebetulan masa sembang tadi nampak dia. Ingat jerit dia tak dengar."
"Kak ngah tak nak bagi duit belanja."
"Tak payah, dah dapat dah duit belanja."
"Kau minta dekat abang Yus ke?"
"Tak minta pun, dia yang bagi. Lebih banyak dari kak ngah bagi."
"Eeee Alang!"
"Bye kak ngah... selamat berbulan madu.." Nazri berbisik di akhir ayatnya. Kemudian kedengaran tawanya sebelum mematikan telefon. Hati Diya menjadi geram. Nak tak nak Diya terpaksa pergi ke pejabat Yusri waktu lunch. Sesampai di pejabat, kebanyakan pekerja sudah keluar makan tengahari.
"Hello DD." Tegur Khairi. Diya membalas dengan jelingan
"Assalamualaikum tuan puteri." Khairi memberi salam apabila faham dengan jelingan Diya.
"Waalaikumasalam, muslim juga apek ni."
"Hey nyonya, lu ingat wa ni bukan islam ke. Wa lahir lagi sulah islam tau." Khairi terus bercakap pelat cina.
"Apek dah makan ke?"
"Haiya nyonya, wa punya boss tala mau makan lagi la kalau buah atinya tala sampai."
"Siapa buah hati dia?" Diya berbisik.
"Kau rasa..." Khairi turut berbisik.
"Apa yang berbisik tu. Kenapa lambat sangat?" Tegur Yusri tegas. Mukanya tegang. Mereka mengikut belakang Yusri.
"Kenapa tu? Garang semacam je. PMS ke?" PMS, agak agak le Diya tuduh suami macam tu.
"Tak payah nak mengumpat kat belakang tu." Diya terdiam. Terasa juga apabila melihat Yusri tiba tiba dingin. Sewaktu makan pun mereka kurang berbual. Selepas makan, Khairi meminta diri dahulu sebelum mereka. Dia mempunyai perjumpaan dengan pelanggan. Tinggal mereka berdua. Yusri pandang tepat ke wajah Diya. Diya menunduk.
"Beg baju masih ada dalam kereta?" Diya mengangguk.
"Kenapa ni, dah hilang suara?"
"Diya ada buat salah ke?" Suara Diya agak serak. Dia menahan air mata dari jatuh. Kenapa dia jadi sebak hanya teguran tegas Yusri. Yusri terdiam. Dia nampak mata Diya berkaca. Yusri melepaskan keluhan.
"Maaf, abang tengah stress sekarang ni. Banyak masalah kebelakangan ni." Bukan saja masalah kerja, masalah panggilan misteri yang mengganggunya setiap malam.
"Kenapa?"
"Nanti kita bincang dalam mesyuarat. Jom." Yusri bangun untuk membayar. Diya menunggu di luar. Ketika melangkah masuk ke pejabat Yusri kelihatan Iqram bersama Zarina. Mereka bersama masuk ke bilik Yusri. Diya melihat Zarina memeluk erat lengan Iqram seperti bimbang untuk melepaskannya.
"Maaf tadi you ke kolej I ke, Yus?"
"Ya, I ke sana nak jumpa wakil misi tu. Nak hantar sumbangan."
"You sepatutnya beritahu I. Boleh le ke sana juga. But I'm busy lately."
"I know. Just nak bagitahu, supplier lari."
"Oh... ni supplier yang I syorkan tu ke?" Yusri mengangguk.
"Okey, yang tu I akan uruskan. Tapi next week I kena pergi balik US. Diya, can you find new supplier dear?"
"Habis tu kerugian yang..."
"Diya, kita jangan fikir hal kerugian tu dulu. Sekarang ni biar projek berjalan dulu." Tiba tiba Iqram juga menjadi tegas. Tangan Zarina yang merangkul tangannya di tolak.
"So kita nak buat sebut harga baru atau pilih candidate yang telah ada?"
"I really hope you and Yusri will solve this. I..."
"Are you okey, Iq?"
"Hey, dia suami aku. Jangan nak mengada datang dekat." Zarina menolak Diya yang cuba mendekati Iqram. Iqram masih memicit kepalanya.
"Entahlah Nad, lately ni I kurang sihat. Tak dapat nak tumpu perhatian pada kerja."
"You sepatutnya banyak berehat."
"I nak projek terakhir I berjaya."
"Come on Iq. You strong. Can fight it."
"I hope so." Perlahan sahaja suara Iqram.
"Zarina, you bawa ubat I?"
"Eh darling, I terlupa."
"Call abang Zul, suruh bawa ubat sekali."
"Kau nak berehat ke, Iq?"
"Do you have any painkillers?" Yusri terus ke mejanya. Dia mengambil ubat yang digunakan jika dia tidak sihat. Air dan ubat di hulur kepada Iqram. Sebaik saja makan ubat, Yusri membantu Iqram berbaring. Dia biarkan Iqram berehat.
"Diya, tunggu sini dengan Zarina, ab...saya pergi panggil doktor." Yusri keluar.
"Hey betina, kau apa masalah ni?"
"Apa yang kau cakap?"
"Yang kau tergedik gedik ambil berat tentang suami aku kenapa?"
"Dia kawan aku. Kau tu isterinya kenapa tak tahu nak bawa ubat bersama."
"Jangan ajar aku macam mana nak jaga laki aku. Kau tu yang betina tak tahu malu. Semua lelaki kau nak layan."
"Hey, jaga mulut kau!"
"Diya..." Iqram memanggil Diya.
"Sorry Iq. Are you okey."
"Still headache. You two tinggikan suara lagi tambah sakit kepala." Diya terdiam. Dia menjauhkan diri dari Zarina. Dia tidak mahu berbalah dengan  Zarina demi Iqram. Iqram cuba duduk.
"Ina, tolong jangan marah Diya. You are my wife now. Diya menjadi milik orang lain." Zarina memeluk tubuh.
"Iq, are you okey?" Khairi meluru masuk ke dalam bilik Yusri. Dia dapat panggilan dari Yusri.
"Okey."
"Nak aku hantar kau balik."
"Yes, I need you now."
"Tapi tadi dah call abang Zul." Zarina mencelah. Dia benci kalau suaminya lebih pentingkan bekas suaminya dari dia.
"It okey. Khai boleh bagitahu abang Zul. Jom Khai. Yus, I borrow your assistance." Yusri hanya mengangguk.

cinta pertamaWhere stories live. Discover now