DIYA termenung. Buku di depannya tidak dapat menarik perhatiannya. Cerca dan makian kakaknya membingungkannya. Dia tidak tahu apakah punca kakaknya begitu marah.
"Diya," suara lembut dari mak sunya, Hanum. Hanum insan yang banyak berada di belakang Diya sejak dari kecil.
"Mak Ndak ada call mak su tadi. Dia cerita yang Yusri keluar dari rumah selepas kita balik. Dira marah marah Yusri. Dari dulu Dira tu tahu marah je. Sampai dengan suami dia pun macam tu. Tiada siapa tahu Yusri ke mana, dia tidak balik ke rumah mak dia." Panjang lebar Hanum menerang. Dia faham perasaan anak saudaranya saat ini. Diya selalu jadi mangsa marah Dira. Diya mengeluh. Melihat keadaan Diya yang terus termenung, Hanum meninggalkan Diya keseorangan. Sebaik sahaja Hanum keluar dari biliknya, Diya mencapai telefonnya. Dia menelefon seseorang. Deringan di hujung talian membuat dia berdebar. Dia tidak tahu kenapa dia berperasaan begitu.
"Hello," suara garau di hujung talian. Diya cuba memgawal perasaan.
"Abang Yusri..." Ada getaran dalam suara Diya.
"Hmmmm...." suara Yusri lemah.
"Abang sibuk ke?" Kedengaran keluhan keluar dari bibir Yusri.
"Kalau abang sibuk tak pe lah, Diya tak mahu ganggu abang."
"Diya..."Yusri menghelakan nafasnya.
"Kenapa kita dikejami sedangkan kita cuba terbaik untuk puaskan hati semua orang?"
"Diya tak faham?"
"Apa salah Diya sampai Diya di maki?"
"Diya dah biasa, abang tapi abang dah berjanji dengan Diya akan bahagiakan Kak Dira."
"Sebab janji abang keluar dari rumah..."
"Tapi kenapa?"
"Abang tak mahu bertengkar..."
"Abang balik untuk majlis abang?"
"Diya?"
"Diya mungkin tak balik, lagipun dah dekat exam."
"Hmmm.."
"Abang dah janjikan?"
Tersenyum Yusri mendengar suara keanak anakan yang Diya buat.
"Baiklah...demi Diya. Tapi dengan satu syarat."
"Syarat?"
"Diya sentiasa menjadi sahabat abang...berada di sisi abang ketika diperlukan."
"InsyaAllah, abang."
"Okey, abang balik hari ini... majlis tu tetap berjalan lancar. Diya jangan bimbang, keluarga kita tidak akan dapat malu."MAJLIS menyambut menantu berjalan lancar. Walaupun wajah pengantin lelaki kelihatan suram, Yusri cuba memeriahkan majlis.
"Abang akan beri apa saja yang Dira minta tapi jangan berleter dan marah marah abang. Abang tudak suka dimarah dan tidak pernah dimarah."
Amaran Yusri kepada Dira, sebaik sahaja selesai majlis. Hanya mereka berdua saat itu.
Seminggu kemudian Yusri membawa Dira berpindah ke appartment mewah miliknya. Yusri curahkan segala kemewahan kepada Dira walaupun dia jarang berada di rumah.
"Abang siapa nak uruskan rumah ni?" Tanya Dira
"Dira la..."
"Ala, nanti rosak jari jari Dira abang, tak lembut nak belai abang." Rengek Dira manja.
"Nanti abang suruh mak Nab yang kerja dengan abang dulu. Masak pun Dira tak boleh kan?"
"Ala abang..."
"Tak pe abang akan beli makanan. Dira berehat saja kat rumah."
"Abang, kalau nak mandi dekat kolam mandi di bawah tu?"
"Pergilah tapi abang tak dapat nak temankan sebab abang sibuk." Kata Yusri sambil tergesa gesa keluar dari rumah. Dia pergi kerja tanpa sarapan. Bagi Yusri dia akan tunaikan permintaan Diya walaupun hatinya tersiksa. Segala yang dia lakukan hanya kerana Diya. Setiap saat dia mengingati Diya tetapi dia tahankan hati untuk menghubungi Diya. Dia bimbang Diya menerima padahnya nanti.SETELAH berjuang di medan peperiksaan, akhirnya Diya dapat melepaskan nafas lega. Dia hanya mahu menghabiskan cutinya dengan membantu mak sunya. Selama ini setiap kali cuti dia lebih bayak menghabiskan masa Hanum. Bukan dia tidak mahu bercuti bersama keluarganya tetapi dia merasa tidak selesa.
"Diam tak diam kakak kau dah masuk dua bulan lebih. Ibu kamu minta kamu balik hujung minggu ni dan habiskan cuti kat rumah."
Diya diam. Tiga bulan cuti semesta, dua bulan dia membantu Hanum, malahan dia juga membantu dalam rekaan pelamin.
"Diya?" Panggil Hanum apabila melihat anak saudaranya hanya membisu.
"Mak su kan banyak kerja hujung bulan ni?"
"Amboi amboi, kau ingat aku ni makan gaji buta. Aku adalah nak bantu mak long aku... Kau tu pergi balik. Menyibuk je kacau kerja orang." Pintas Aina, sahabat baik Diya yang menjadi pekerja Hanum.
"Jangan le marah beb," balas Diya sambil menyucuk pinggang Aina. Akibat kegelian, Aina melatah. Diya semakin suka menyakat Aina. Hanum hanya tersenyum melihat geligat anak anak buahnya. Dia keluar dari bilik mereka.
Akhirnya Diya ambil keputusan untuk balik ke rumah. Dia juga rindukan abah dan adik adiknya. Kepulangannya di sambut dengan muka masam kakaknya. Sampai sahaja di rumah, leteran Dira kedengaran.
"Assalamualaikum mak ndak."
"Waalaikumusalam, Diya, patut le murai tu cabut ekor.." gurauan Mak Ndak disambut dengan tawa Diya. Dia sengaja lari dari leteran Dira.
Sejak Diya di rumah pelbagai permintaan dari ahli keluarganya minta dia masakkan. Diya tidak pernah menolak segala permintaan mereka. Malahan Cikgu Jalil Zhen paling manja dengan anaknya. Hampir setiap hari ada saja mahu Diya masakkan.
Awal pagi Dira bersiap siap. Suaminya menelefonnya beritahu akan pulang. Hatinya gembira. Manakala Diya setelah selesai urusannya di rumah, dia terus menziarahi jirannya yang baru kelahiran anak ke tiga.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam...ooo Diya, masuk le."
"Terima kasih kak Qaseh, abang Jamal mana?"
"Mana lagi kedai le." Diya melangkah masuk sambil bersalaman dengan tetamu yang turut menziarahi Qaseh.
"Anak ni anak siapa?"
"Isk mak cik ni le adik ipar Yusri... anak nombor dua Cikgu Hajar."
"La, maaf umi tidak kenal. Tak nampak masa majlis menyambut hari tu."
"Saya periksa mak cik, tak dapat balik."
"Kakak kamu tak balik ke, Dira?"
"Mana tak baliknya Qaseh, tu dok terpekik setiap hari tu suara dia la, Qaseh." Mak Odah, mak mertua Qaseh mencelah.
"Kakak kamu ada sini? Tak datang pun ke rumah umi."
"Kak Long tu tak berapa sihat."
"Kebetulan kamu ada sini Diya, Mak Odah nak minta tolong hantarkan Mak Cik Saadiah ni tadi tumpang abang Jamal... Abang Jamal telefon tadi ramai pelanggan, tak dapat nak balik."
"Boleh je... mak cik nak balik sekarang ke?"
"Cadangnya begitu le tapi tadi kamu kata kakak kamu tak sihat, nak jenguk le dia sama... anak kawan di lawati tak kan menantu sendiri dibiarkan. Tapi kamu baru je datang."
"Tak pe mak cik, lagipun rumah Mak Odah udah macam rumah Diya sendiri, ni nasib baik kama tak ada."
"Betul tu kak Saadiah...dia dengan anak perempuan saya kawan rapat... tunggu le sekejap lagi si kama tu balik kerja... kat sini je dia."
"Ala Mak Odah ni, jatuh saham Diya."
"Mana nak jatuh depan mak cik ni... dia ada anak seorang je... tak kan kamu nak beadu dengan kakak kamu... mahu hari hari kamu jadi kuli."
"Jom mak cik, jemput ke rumah tapi ibu dengan abah tak ada, keluar ke pekan kejap... Kak Long ada le." Diya menjemput Puan Saadiah ke rumahnya.
"Kamu ni Diya... eh umi, bila sampai."
"Tadi ziarah Qaseh. Kamu tak sihat ke?"
"Ye... tunggu abang balik nak pergi klinik."
Diya telah lama menghilang ke dapur. Dia membawa hidangan untuk tetamu.
"Ya Allah Diya, tak payah susah susah."
"Bukan..."
"Assalamualaikum." Kedengaran suara garau di luar rumah. Diya terus ke dapur. Dira segera ke pintu menyambut suaminya.
"Diya bawa cawan dan mangkuk ke depan." Arah Dira dari ruang tamu. Sebaik dengar nama Diya, Yusri terus mencuri pandang ke ruang dapur. Tidak lama kemudian muncul gadis yang menjadi penyejuk hatinya. Diya hanya memberi senyuman tawar sebelum kembali ke dapur.
"Jemput makan, ibu, abang bubur ni... Dira yang masak."
"Dira masak!" Suara Yusri teruja. Sepanjang perkahwinan mereka belum pernah dia rasa air tangan isterinya. Belum sempat Dira bersuara, kedengaran suara memberi salam.
"Eh, kak Saadiah, bila sampai?"
"Tadi ziarah Qaseh, terjumpa Diya, katanya Dira tak sihat."
"Eh, dah masak buburnya. Baru cadang nak masak bersama." Tegur Mak Ndak.
"Diya ni kalau kita baru sebut je dia dah siapkan." Balas Cikgu Jalil. Dia bangga dengan anak keduanya.
"Diya yang masak?" Suara Yusri menjadi kendur. Dia kecewa dengan isterinya. Teringin juga merasa masakan isterinya.
"Yus, adakah umi bersalah?" Luah Puan Saadiah ketika anak lelakinya menghantar dia pulang.
"Dah jodoh saya." Suara Yusri lemah...
YOU ARE READING
cinta pertama
RomancePercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?