BAB 48

122 10 2
                                    

Khairi tidak menyangka Simon menghubunginya. Mereka bertemu setelah membuat temujanji.
"Maaf kerana menghubungi Khairi. Alan kata Khairi nak tahu tantang Zhen Su Lian kan?"
"Ya."
"Su Lian, kakak saya. Kami panggil dia Sue. Dia gadis yang lembut dan pandai. Papa bangga sangat dengan Sue sebab Sue dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saat tu papa baru sahaja kecewa kerana abang sulung kami baru sahaja memilih Islam sebagai agamanya. Papa dah halau abang kami. Sebaik saja Sue balik, dia dah menikah dengan pemuda Islam... sekali lagi papa mengamuk dan halau Sue. Selepas itu kami terputus hubungan dengan Sue... Kenapa Khairi bertanya tentang Sue?"
"Uncle tahu nama suami Sue?"
"Ya Ishak. Dia ada datang mmencari Sue satu ketika dulu tapi tu le macam kau juga, kena halau bila sebut nama Sue. Mama kami tertekan sejak kehilangan dua anak dia. Mama rindukan anak dia. Kamu ada jumpa Sue ke?"
"Saya anak Sue. Anak sulung dia. Entah mana silapnya mama kami di fitnah dan papa menghalau mama masa mama tengah sarat mengandung. Saya yakin mam cari keluarganya."
"Mungkin Jian. Sue rapat dengan Jian."
"Mana saya nak cari Uncle Jian."
"Dia seorang cikgu dan namanya Jalil. Dia ada hantar kad jemputan perkahwinannya. Nanti uncle hantar kepad Khairi. Mungkin ini boleh membantu kamu mencari mama kamu semula."
"Terima kasih Uncle."

Diya cuba memujuk Hanum keluar bersiar siar dengannya. Dia sengaja mengambil cuti demi maksunya.
"Diya dah penat dah kita berjalan. Jom makan."
"Hah, Diya ada tempat yang best sekali nak makan. Tapi apa kata kita call Fifi join kita. Nanti Diya call dia." Diya menjauhi mak sunya. Dia mengajak Fifi makan di restoran ZulHasni.
"Kedai makanan Arab? Sedap ke? Mak su tidak pernah makan makanan Arab ni."
"Belum cuba belum tahu."
Diya mengambil tempat agak jauh dari orang lain. Kedatangan Diya dan Hanum telah di maklumkan oleh Fifi kepada Pak longnya. Zulhasni beranikan diri untuk semuka dengan Hanum.
"Diya, kenapa nama restoran ni ZULHANUM..." Tanya Hanum bila terbaca nama restoran yang terpapar di dinding restoran.
"Tu mak su kena tanya tuan punyanya." Kata Diya sambil matanya melihat ke belakang Hanum.
"Han..." Hanum terdiam. Panggilan dan suara yang lama tidak didengari. Dia merindui suara itu. perlahan lahan dia berpaling.
"Diya jom balik."
"Han... Please, bagi Abang jelaskan semuanya."
"Bukan ke kita tiada hubungan lagi."
"Dengan dulu penjelasan abangsebelum Han buat keputusan. Please sayang." Hanum tunduk.
"Kami tinggalkan mak su dan pak su berbincang. Kami duduk di sana ya." Diya menarik Fifi untuk duduk jauh dari mereka berdua. Fifi terpinga pinga kerana dia baru sampai.

Iqram datang ke pejabat Yusri. Mereka berbincang sebelum keluar untuk makan. Yusri menghubungi Khairi. Kebelakangan ini Khairi  sibuk menguruskan hotal mereka yang hampir siap.
"Kita jumpa Khai kat restoran pak su Diya."
"Diya mana?"
"Dia cuti, nak uruskan hal mak su dia. Dia ingin satukan mereka semula."
"Dia tu nak bahagiakan orang je diri dia?"
"Tugas kita bahagiakan dia."
"Di hatinya ada orang lain. Jika I dapat tahu siapa lelaki itu, I akan rapatkan mereka."
"Mana you tahu?"
"Dia beritahu I cuma bayang lelaki itu. Dia tidak dapat lupakan lelaki itu hingga kini."
"Siapakah lelaki itu?"
'Siapapun sekali lelaki itu tidak akan aku lepaskan. Aku akan menjadi tamak demi Diya.' bisik hati Yusri.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam restoran, mata Yusri tertacap wajah Diya. Dia terus menghampiri Diya.
"Patutlah kaki Iq laju je nak datang sini ada Nad di sini. Buat apa?"
"Nak hantar kertas kerja... mestilah makan."
"Amboi dah pandai loyar buruk nampak?"
"Sejak selalu habiskan masa dengan Khai. Mana dia tak datang ke?"
"Hai rindu kat aku ke? Baru hari ni je tak jumpa."
"Tak de makna aku nak rindukan kau. Lebih baik aku rindukan crush aku."
"Buat apa rindukan orang yang tak tahu balas cinta kau."
"Dah, dah, kenapa tak order lagi. Aku belanja."
"Bestnya kalau boss belanja."
Zulhasni memesan makanan setelah memberi penjelasan kepada Hanum. Hanum meminta masa untuk memikir hal hubungan mereka. Mereka makan sambil berbual. Khairi sentiasa menghidupkan suasana. Sedang mereka rancak berbual, datang seorang gadis yang agak kurang kainnya.
"Abang Yusri, ingat Nana tak?"
"Nana?"
"Ala anak Datuk Hilmi. Tu papa, dia suruh panggil abang ajak berbincang tentang perniagaan."
"Datuk Hilmi dari NN Holding ke?"
"Ya, jom le abang, kita makan ke sana." Nana menarik tangan Yusri. Yusri terpaksa ikut apabila Nana terus menarik tangannya. Diya melihat telatah mereka dari jauh. Begitu  mesra Nana melayan Yusri. Yusri hanya akur semua tindakan Nana. Dia tidak menolak saat Nana menyuapnya. Diya tidak dapat menahan air matanya. Dia tidak mahu yang lain melihat dia lemah. Dia segera memberi alasan yang dia mahu ke tandas. segera Diya beredar. Air matanya berjujuran saat dia dalam bilik air. Fifi dan Hanum turut meminta diri. Hanum memeluk badan Diya memberi kekuatan.
"Semakin Diya mencuba semakin dia menjauh."
"Diya, Yusri tu milik sah Diya. Jangan putus asa."
"Mak su, Diya nak balik. Tak nak tengok lagi lakonan tu."
"Jom, mak su pun dah habis makan."
"Aku pun"

Sementara itu setelah selesai berbual dengan Datuk Hilmi, Yusri datang semula ke meja mereka.
"Mana Diya?"
"Macam tak sanggup nak tengok lakonan kau je." Kata Khairi. Dia juga geram melihat cara Yusri melayan Nana.
"Aku tak buat apa apa pun?"
"Siap bersuap lagi tu."
"Tu Datuk suruh aku merasa makanan yang mereka order, tu je."
Diya menghampiri meja mereka.
"Diya nak balik dulu. KK esok kita jumpa kat Hotel. Diya nak mula masukkan barang dekat bilik bilik vvip." Kata Diya tanpa melihat ke arah Yusri. Yusri hanya melihat Diya beredar.
"Jangan biarkan yang hampir digengam terus menghilang." Khairi  berkata sambil bangun.
"Pak su juga. Jangan tunggu, bertindak." Khairi terus beredar.

Assalamualaikum, ibu updatekan 3 bab kali ini setelah lamaibu bercuti. bukan senang nak melupakan kehilangan. Ibu menjaganya sepanjang dia demam dan tidak dapat menulis dan kini dia telah pergi buat selama lamanya. Semoga anak ibu tenang di sana. Al fatihah untuk MUHAMMAD AFIQ ISKANDAR BIN MOHD AZIZ

DHAZZMI

cinta pertamaWhere stories live. Discover now