BAB 65

127 9 0
                                    

KHAIRI melihat wajah sugul Yusri. Setelah puas menangis, Yusri menarik nafas.
"Cuba cerita apa yang berlaku?"
"Aku tak tahu... masa aku buat kerja lewat, ada panggilan  dari Nana... dia bercerita hal dia... aku dengar je. Aku tak sangka dia bangun dan tuduh aku curang. Tak Khai, aku sayang dia, aku tak sanggup menduakan dia."
"Ni kes salah faham..."
"Aku tak tahu mana nak cari dia, Khai, aku bingung. Puas aku mencari sepanjang hari."
"Ni dah mandi ke?" Yusri menggarukan kepalanya.
"Pergi mandi dulu dalam bilik air aku tu. Lepas ni kita fikir balik mana Diya pergi." Yusri akur.
"Diya pernah menghilang sebelum ni kan?" Khairi bertanya selepas Yusri selesai bersiap.
"Mana dia pernah lari sebelum ni."
"Tu dari kau.. dari..."
"Balik kampung!" Yusri menjerit.
"Okey, jom balik kampung, aku drive.. kau tu masih tak betul. Ni dah makan ke dari pagi tadi?" Yusri menggeleng.
"Dah jom makan dulu. Tak lari ke mana Diya tu."

Hairan Puan Saadiah apabila melihat Diya ikut ibu bapanya berjemaah malam itu. Selesai solat, dia menghampiri Diya.
"Assalamualaikum Diya, bila balik?"
"Waalaikumussalam, umi." Diya bersalaman dengan Puan Saadiah.
"Mana Yus, Diyana?"
"Hmmm... Yus outstation sibuk sikit. Diya balik dulu."
"Diyana?"
"Umi, ibu, Diya nak ke tandas kejap." Diya memohon diri.
"Kak Yah, dari tadi Diya mengelak untuk menjawab soalan dari kami. Bimbang saya."
"InsyaAllah tiada apa apa, kita doakan yang terbaik untuk mereka."
"Eh, kak Yah, balik dengan siapa, jom saya hantar sekali."
"Tak apa lah, kak datang dengan Eda tu, dah tunggu pun... saja jumpa Diya."
Sebaik saja sampai rumah kelihatan Yusri dan Khairi menunggu di halaman.
"Ya Allah bertuah punya anak, kata outstation."
"Outstation?"
"Diya cakap tadi."
"Diya ada sini umi..."Yusri ingin segera bertemu Diya. Khairi menarik lengannya.
"Cer bawa bersabar. Bertenang. Kita masuk dulu dalam rumah." Yusri akur.
"Duduklah Khairi. Eda, buat air untuk abang kamu ni."Yusri dan Khairi duduk. Puan Saadiah turut sama. Matanya merenung tepat pada Yusri.
"Kenapa ni Yus?"
"Yus tak tau, umi. Tiba-tiba dia lari dari rumah."
"Masakan pokok bergoyang kalau tak ada angin kan, Khairi?"
"Itu yang saya cakap umi, tapi dia kata dia tak tahu."
"Dah la. Kita minum dulu sebelum ke sana. Bawa berbincang elok elok, jangan nak guna kekerasan."

Terkejut Cikgu Jalil dan Cikgu Hajar kedatangan mereka. Setelah menerangkan tujuan mereka, Cikgu Hajar memanggil Diya. Pada mulanya Diya enggan keluar bertemu Yusri memandangkan ibu mertuanya ada bersama,dia krluar juga bertemu tetamu. Diya bersalaman dengan mertuanya dan Khairi. Saat berhadapan dengan Yusri, Diya teragak agak. Namun begitu Yusri terus menariknya  ke dalam pelukan. Diya kaku.
"Kalau sayang nak balik sini abang izinkan tapi jangan buat abang macam ni. Abang risaukan sayang." Diya tidak menjawab. Dia menolak badan Yusri supaya menjauhi dirinya.
"Apa sebenarnya berlaku?" Cikgu Jalil cuba memecah kebuntuan mereka.
"Yus tak tahu, abah."
"Kenapa tak cakap dengan semua orang yang abang ada perempuan lain."
"Abang  cuma sayang Diya saja."
"Ingat Diya tak tahu, setiap malam ada panggilan dan abang sanggup bangun dari tidur untuk jawab panggilan tu."
"Dia tu hanya nak mengadu masalah dia."
"Bo..." Telefon Yusri berdering. Yusri melihat skrin kemudian hulurkan telefon kepada Diya.
"Nah, tanya dia sendiri."
"H..Hello."
"Hey, mana abang Yus?"
"Dia... dia..."
"Dengar sini betina, bagitahu kat Yusri, I dah lama tunggu kat bilik hotal yang dia booking semalam. I tunggu sampai dia datang."
Diiya terus mencampak telefon ke arah Yusri.
"Dia tunggu abang kat bilik hotel yang abang booking. Apa selama ni tak cukup ke apa yang Diya beri pada abang?" Air mata Diya terus mengalir. Diya terus berlari ke dalam bilik. Yusri meletakkan telefon ke telinganya.
"Hello... Nana... Nana.." Talian telah terputus.
"Nana... betul le kau ada yang lain, Yus?" Tanya Puan Saadiah.
"Tak ada umi. Dia cuma kata nak mengadu sebab dia tak ada sesiapa dia nak mengadu. Dia cuma bercerita yang dia jatuh cinta dengan suami orang. Dan lelaki tu terlalu menyintai isterinya..." Suara Yusri semakin perlahan. Dia seperti menjamah ayat ayat Nana.
"Ya Allah kenapa selama ini aku tak perasan..." Wajahnya di raup. Yusri bangun dan terus ke bilik Diya. Pintu Diya di ketuk.
"Sayang, maafkan abang. Sayang tolonglah. Abang tak cintakan dia lansung. Diya... buka pintu ni sayang.."
Cikgu Jalil menghampiri Yusri setelah berdiam sekian lama.
"Yus, dah lewat ni. Tidur di sini saja. Kamu berdua masuklah ke bilik Nazri, Hajar bawa Kak Saadiah ke bilik tetamu. Kita berbincang esok ya." Mereka akur. Yusri dan Khairi masuk ke bilik Nazri.
"Hajar, kak rasa ni pembawakan budak ni... lain macam je perangai Diya." Bisik Puan Saadiah semasa mereka berdua  di dalam bilik tetamu.
"Mungkin juga kak... Diya tu jenis yang suka berbincang untuk selesaikan masalah, bukan lari dari masalah."
"Kita doakan terbaik untuk mereka."

Awal pagi Diya telah sibuk di dapur. Walaupun pagi itu Diya merasa kepalanya pening. Kaum Adam dalam rumahnya telah lama keluar ke surau. Selesai menyediakan sarapan, kepalanya semakin sakit. Tekaknya rasa loya. Akhirnya, dia mengeluarkan semua isi di dalam perutnya. Namun hanya air kerana dari aemalam dia kurang makan.
"Diya..."
"Diya..." Suara garau mendekatinya. Belakangnya diusap lembut.
"Sayang kenapa ni?"
"Yus, bawa Diya pergi klinik."
"Tak pe, Diya tak apa apa mungkin masuk angin. Semalam tak makan."
"Tak salah kan pergi check." Desak Cikgu Jalil.
"Jom sayang, kita pergi."
Oleh kerana desakan demi desakan akhirnya Diya akur. Dia dan Yusri keluar untuk ke klinik.
"Harap berita baik." Ucap Puan Saadiah.
"Apa maksud Umi?" Khairi bersuara.
"Kamu tu mungkin jadi bapa saudara." Usik Cikgu Hajar.
"Ye ke... Tak lama lagi Khai jadi Pak Long le."
"Ya, Pak Long tu bila nak cari mak longnya?" Puan Saadiah terus mengusik. Dia merasa Khairi seperti anaknya.
"Belum ada jodoh lagi, tapi kalau ada nanti bolehke abah, ibu dan umi jadi wakil Khai."
"Khaikan anak kami juga, kalau jadi kita buat majlis kat sini."
"Ala, tak perlulah beria-ria, saya ni duda pun."
"Macam dah ada yang mengikat hati tuan putera kita ni?" Khairi menggarukan kepalanya.

Yusri tersenyum mendengarperkhabaran dari doktor sebentar tadi. Dialah insan yang paling bahagia saat ini. Wajah Diya di sebelahnya ditatap seketika. Tidak bahagiakah isterinya  menerima berita ini.
"Diya..." Tiada balasan dari Diya. Masih marah isterinya.
"Kita makan dulu. Abang lapar sebab tak sarapan tadi."
Yusri memilih sebuah warung kecil.
"Diya ingat tak dulu kita selalu pilih warung macam ni untuk sarapan."
"Ketika itu abang curang dengan isteri abang. Sekarang pun abang boleh kan. Kak Dira berbadan dua saat abang curang kan?"
"Di..." Percakapan Yusri terhenti apabila makanan mereka dihidangkan.
"Kita makan dulu sayang."

Diya mengurungkan diri sebaik sahaja pulang ke rumah. Dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa.
"Diya, abang balik ke rumah umi. Tolong keluar dan makan, jangan siksa diri Diya. Abang sayang Diya. Abang hendak Diya tenang ya sayang"  Pujuk Yusri. Kemudian dai bertemu ibu bapa mertuanya.
"Ibu, abah, biarlah Diya tenang dulu. Yus balik ke rumah umi. Khai aku pinjam kereta kau."
"Bawa la bro. Aku temankan Diya di sini. Jangan risau aku akan pastikan adik aku jaga kesihatannya dan makan. Kau pergi balik sana dan rehat. Kau tidak tidur semalaman."
Yusri tersenyum dan membawa uminya pulang ke rumah mereka.

cinta pertamaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang