Khairi merebahkan badan di dalam biliknya. Kepenatan yang dirasai sekarang.
'Adakah aku akan terus begini? Tanggungjawab aku? Adik....'
Khairi menjeling ke arah satu gambar keluarganya dalam simpanan. Saat itu keluarga mereka paling bahagia. Dia masih ingat saat itu....(Flashback)
Sekembalinya dari sekolah, pintu rumah dikunci. Puas dia memanggil mamanya. Tiada jawapan dari dalam. Nasib baik papanya pulang awal. Sebaik saja masuk ke dalam rumah, kawan baik papanya keluar dari bilik papa. Papa tetus meluru ke dalam bilik. Khairi tetus ke biliknya untuk menyalin pakaian. Tidak lama kemudian kedengaran suara merayu mamanya sambil menangis dan papanya marah marah. Papanya menghalau mamanya yang sarat mengandung. Khairi ingin berlari mengikuti mamanya tetapi di pegang oleh kawan papanya. Dia benci lelaki yang di panggil uncle Farid. Sudah beberapa kali Uncle Farid membuat mama marah.
Seminggu kemudian mamanya datang bersama seorang lelaki. Papa halau mereka tanpa beri mama peluang menjelaskan segala galanya. Lelaki cina itu datang ke rumah sekali lagi tanpa mamanya tetapi membawa bayi. Papa tetap menghalau tanpa mahu melihat bayi kecil tersebut.
Seminggu selepas peristiwa tersebut, papanya di hubungi seseorang. Mereka ke hospital.
"Is, ..a..aku nak min..minta maaf.. Nab yang suruh...a..aku. Sue tak...ber...bersalah... a.. aku letakkan ubat tidur. Tolong bawa a..aku jum...jumpa Sue."
Farid menemui kemalangan. Dia meninggal selepas seminggu bertarung nyawa. Papanya menyesal dan cuba mencari mamanya.
"Khai, kau kena cari adik perempuan kau sampai jumpa. Dia mungkin bersama lelaki cina. Mungkin juga abang mama. Papa tak tahu di mana keluarga mama... Zhen.. nama keluarganya.. Zhen Sue Lian." Pesan papanya
'Ah, mana aku nak cari adikku.'
Selepas papanya meninggal, dia ditempatkan di rumah anak anak yatim. Apabila bertemu dengan Iqram, hidupnya berubah. Tetapi pemergian Datuk Yusuf, kehidupannya di rumah tersebut berubah. Dia sentiasa di buli dan didera oleh pengetuanya. Sebaik sahaja tamat peperiksaan, dua lari dari rumah tersebut. Tidak sanggup lagi di dera. Dia mula kehidupannya sendiri. Selagi ada kerja, dia lakukan demi sesuap nasi. Walaupun keputusannya keluar cemerlang namun dia tidak mampu untuk sambung belajar. Dalam mencari kerja dia dapat tawaran kerja kerani merangkap penghantar surat. Syarikat kecil hanya dia seoerang setiausaha dan boss. Majikannya selalu keluar dengan setiausahanya. Dia tidak tahu apakah jenis perniagaan yang majikannya usahakan. Suatu hari majikannya berpesan untuk menjaga pejabat kerana merka berdua mempunyai urusan luar. Sampai tengah hari majikannya masih tidak pulang. Ketika mahu masuk semula selepas rehat pejabat itu dikerumun dengan orang yang ramai. Sebaik saja dia mendekati dia bertanya kepada salah seorang dari mereka.
"Kenapa pak cik?"
"Mana boss pejabat ni?"
"Kenapa?"
"Dah le ambik duit kami...kata dapat pulangan yang banyak, sampai sekarang masih tak ada."
"Pak cik melabur ke?"
"Ye, dulu pak cik melabur rm50 je...dalam sebulan pak cik dapat rm5000. Dia kata kalau pak cik labur lagi banyak dapat lagi banyak. Pak cik keluar lah duit tabung haji untuk melabur. Rm20,000 pak cik labur."
'Ooo boss aku ni buat skim cepat kaya. Nasib baik aku tak ada dalam pejabat... kalau tak aku yang mati kena hentam. Terima kasih Ya Allah masih lindungi aku.'
"Pak cik, dah banyak hari dah saya tak nampak pejabat ni buka."
"Kamu bukan kerja sini ke?" Tanya lelaki yang di sebelah Khairi.
"Tak.. saya pejabat di atas."
"Ooo...kamu nak naik le ni... eh...bagi dia jalan. Khairi melangkah menaiki tangga.
"Pak cik dan mak cik semua, andai duit tu halal, Allah akan pulangkan kepada mak cik andai niat mak cik dan pak cik tu tak betul...bukan hak mak cik dan pak cik le duit tu. Cuba fikir apa salah pak cik dan mak cik semua. Bukan ke mak cik dan pak cik Allah dah berikan rezeki. Tetapi kerana tamak, ini yang terjadi. Niat kita dah terpesong. Susah payah mak cik dan pak cik.simpan duit untuk pergi ke rumah Allah tiba tiba terpesong niat nak dapat duit banyak. Tamak... fikir fikirkan lah di mana silap pak cik dan mak cik semua. Maafkan saya kalau saya biadap. Assalamualaikum." Khairi tetus melangkah ke atas. Dia termenung di tangga menunggu waktu pulang.
Langkahnya longlai pulang ke rumah. Baru sahaja mendapat kerja boss syarikat lari. Ini bermakna dia kembali menganggur. Apalah nasibnya. Khairi merebahkan diri di atas tilam usang di rumah sewanya. Tempat tinggalnya hanyalah sebuah rumah usang di kawasan setinggan.
"Api! Api! Bangun semua! Bangun!" Tidurnya terganggu. Hiruk pikuk di luar rumahnya membuat dia terjaga. Dia menjenguk ke luar. Api sedang membara menjilat rumah rumah beedekatan. Khairi mencapai barang keperluannya dan keluar dari rumah. Dia berlari ke kawasan lapang. Nasib baik tiada baramg yang banyak perlu di angkut.
"Sial kamu!" Badannya dipukul seseorang.
"Di mana ada kamu tentu bawa malang. Dulu bapa kamu kamu bunuh lepas tu tuan aku, ni rumah aku kamu bakar. Kamu bawa malang." Mak Nab, wanita yang dari dulu membencinya. Dia tidak tahu apa dosanya kepada Mak Nab dan kenapa dia selalu bertemu Mak Nab. Kata cerca Mak Nab membuat beberapa mata memandang serong kepadanya. Sebelum tubuhnya menjadi mangsa mereka, dia membawa diri jauh dari kawasan tersebut. Kakinya terus melangkah yang dia sendiri tidak tahu hala tujunya.
'Betul ke aku pembawa malang. Tapi bukan aku yang membunuh papa. Bukan aku penyebab kapal terbang terhempas.
"Aku lakukan semua ni sebab Nab yang suruh." Kata kata pak cik Farid terniang semula di telinganya.
'Adakah Nab yang di maksudkan itu Mak Nab. Ah tak mungkin, papa tak pernah berjumoa Mak Nab.'
Apabila badannya merasa terlalu penat, dia melabuhkan diri di kaki lima kedai.
"Dik... dik bangun dik." Suara mengejutkannya. Apabila membuka mata, matanya tertacap wajah pemuda yang tua beberapa tahun darinya.
"Maafkan saya, abang, saya keletihan semalam. Tertidur di depan kedai abang. Maafkan saya." Khairi bangun dan melangkah pergi.
"Dik, nanti sekejap." Khairi berpaling.
"Adik dah makan?" Khairi menggeleng.
"Jom teman abang makan. Abang pun belum makan." Setelah di desak oleh Ayub beberapa kali akhirnya Khairi mengikut Ayub.
"Nama abang Ayub. Adik dari mana?"
"Saya Khairi. Semalam rumah sewa saya terbakar."
"Perkampungan setinggan tu ke?" Khairi mengangguk
"Keluarga Khairi?"
"Saya anak yatim piatu."
"Ooo... Khai nak ke mana lepas ni? Khai masih muda abang rasa."
"Saya baru 19 abang. Cadang nak cari kerja dan kemudian baru cari rumah."
"Pertemuan secara kebetulan. Abang tengah susah hati mencari pekerja."
"Maksud abang."
"Tak pe, kita makan dulu, nanti kita berbual dekat kedai."
Sejak itu Khairi mula bekerja dengan Ayub dan mengumpul duit untuk melanjutkan pelajaran.

ANDA SEDANG MEMBACA
cinta pertama
RomancePercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?