Diya langkah lemah ke ruang tamu. Dia tidak mahu berdepan dengan tetamu tetapi dia diajar meminta kebenaran dan menyalami ibu bapanya sebelum keluar. Dia dapat melihat Dira tersenyum di sisi bakal mak mertuanya. Selamat berbahagia kak long.
"Abah, Diya nak keluar sekejap."
Yusri terkejut melihat Diya.
Mereka adik beradik. Bagaimana aku nak hidup dengan mereka berdua nanti, keluh hati Yusri.
"Kak ngah keluar seorang ke?"
"Tak dengan adik adik."
"Baiklah, hati hati bawa kereta abah tu." Diya mengangguk sambil bersalam dengan Cikgu Hajar dan Puan Saadiah.
"Itu je le kerjanya kak Saadiah, tak pernah lekang kat rumah. Nak merayau aje." Kata Cilgu Hajar. Diya mendengarnya tetapi dia tidak hiraukan. Dia tahu selama ini ibunya tidak pernah menyukainya.
"Hmmm.. kita nak keluarkan umi. Yus tunggu kat luar." Yusri meminta diri untuk keluar. Dia ingin segera memgejar Diya dan adik adiknya.
"Adik...adik, tunggu."
"Ada apa abang?" Jawab Nazri.
"Nak ke mana?"
"Entah...saja nak keluar."
"Ibu dah suruh kak ngah keluar...kami ikut je."
"Adik..." Tegur Diya.
"Maaf ya, kami minta diri dulu." Diya meloloskan diri ke dalam kereta.TIGA wanita sibuk memilih pakaian membuat Yusri merasa bosan. Malahan baginya moodnya untuk hadapi majlis perkahwinannya hilang begitu saja. Segala keindahan yang diimpikan kini bertukar suram. Sambil bermain dengan telefonnya, matanya tertacap kelibat Diya dan adik adiknya. Bandar kecil, tak de tempat lain nak tuju.
"Umi, Yus ada hal sikit. Dah selesai nanti call Yus boleh tak."
"Kenapa?"
"Hal pejabat."
Yusri keluar dan mengejar Diya. Dia tidak mahu melayan karenah Dira. Dira asyik mahu rangkul lengannya. Hisy, belum sah dah macam ni. Umi dan mak Dira macam tak nampak je."KAK ngah, kita pergi tengok wayang nak." Syor Naim.
"Ok, Naz, pergi beratur. Kami tunggu kat sana."
Yusri perlahan lahan menghampiri Nazri yang beratur membeli tiket.
"Assalamualaikum , Nazri."
"Waalaikumussalam, eh abang Yusri."
"Nak tengok cerita apa?"
"Apa apa je bang. Siankan Kak ngah."
"Kenapa?"
"Sampai rumah semalam terus disuruh kemas rumah. Tidur lewat dan kena bangun awal untuk sediakan makanan. Tak dapat rehat dah kena halau pula..."
"Hmmm...kita tengok cerita ni ye...abang belanja tapi dengan syarat nombor kerusi ni bagi kak Diya duduk...abang ambil nombor ni."
"Tapi abang tunang..."
"Please Naz... nanti Naz akan faham."
Akhirnya Nazri akur.
Diya mengambil tempat hujung sekali. Hanya satu kerusi kosong sebelahnya. Adik adiknya sibuk dengan makanan yang di beli. Keadaan panggung mula gelap tetapi sebelahnya masih kosong.
"Kenapa?" Suara datang dari sebelahnya membuat Diya tersentak. Diya mengalih pandangan ke sebelah.
"Kenapa, apa?"
"Tolak pinangan abang."
"Pinangan? Ooo...Diya muda lagi dan ingin capai kejayaan dulu. Diya rasa Diya tidak mampu jalankan dua tanggungjawab. Itu sebab Diya tolak dan Diya bagitahu abah jika ada jodoh...Diya akan terima setelah Diya bekerja. Mungkin abang yang tak sanggup menunggu."
"Kalau itu yang Diya nak, abang sanggup tunggu."
"Tapi abang akan bernikah dalam beberapa hari lagi."
"Abang kena tipu. Abang akan putuskan pertunangan ini."
"Apa maksud abang?"
"Sebab abang kena tipu. Baru pagi ni abang dapat tahu tunang abang bukan Diya."
"Jangan...nanti keluarga Diya dapat malu. Tolong abang jangan buat begini. Ibu akan marah Diya nanti." Suara Diya mengendur. Dia dapat bayangkan cacian dan hinaan yang dia terima.
"Tolong, jangan putuskan pertunangan ini. Diya merayu...tolong bahagiakan kakak Diya dan ibu. Diya sanggup lakukan apa saja untuk abang asal abang tak putuskan pertunangan abang." Yusri tersenyum. Walaupun dia tidak dapat memiliki Diya tetapi dia berharap untuk bersama Diya buat seketika.
"Baiklah, abang akan tunaikan permintaan Diya tapi dengan satu syarat. Diya kena tunaikan syarat abang."
"Baik."
"Sebelum abang bernikah...abang nak Diya jadi kekasih abang..."
"Tapi..."
"Syyy...jangan kuat sangat. Kekasih untuk seminggu... Setuju?"
"Kalau Diya setuju, abang akan bahagiakan kakak Diya?"
"Ya."
"Hanya seminggu, sebaik saja abang bernikah...kita tak ada apa apa hubungan?"
"Ya."
"Baiklah...Diya setuju."
"Ok...minta telefon."
"Kenapa?"
"Minta la."
Diya menghulurkan telefonnya. Nazri hamya memerhati saja. Yusri menaip nombor telefonnya dan menyimpan dalam phonebook Diya. Dia juga membuat panggilan ke telefonnya.
"Ok...tunggu panggilan dari abang."
Suasana menjadi sunyi. Yusri tumpu perhatian kepada cerita yang terpapar di layar putih. Diya merasa bosan kerana dia sudaj tidak tahu jalan cerita.
"Apa semua ni, Naz?"
"Syyy...Naz tengah tengok wayang ni...nanti nanti lebkita cerita." Mata Nazri tidak bergerak dari skrin. Diya memohon diri dan keluar dari panggung.
Kekasih selama seminggu? Untuk apa? Bukan ke dia sepatutnya belajar menjadi kekasih Kak Dira. Hati Diya berbisik. Tangannya memegang ke dada.
Kenapa aku rasa gembira. Aku sepatutnya gelisah untuk menjadi kekasihnya. Kekasih...mungkin aku ingin menjadi kekasihnya sejak terpandang wajahnya semalam...mungkin...
Dia teringat peristiwa yang lalu.Dia segera ke warung abang Karim kerana malas hendakemasak. Hari ini hanya dia dan Nazri sahaja di rumah. Yamg lain pergi kenduri. Ibunya tidak pernah membawanya pergi ke mana mana kenduri sejak dia di sekolah rendah. Hari ini Nazri turut tidak mahu mengikut keluarganya. Nazri sering disisinya saat dia dalam kesusahan.
Di kaunter kelihatan seorang pemuda yang tekun melakar sesuatu. Walaupun rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus, ketampanannya tetap mencuit hati Diya. Perlahan lahan Diya menghampiri pemuda itu. Sewaktu pemuda itu sibuk menyediakan pesanannya, dia mencuri lukisan pemuda itu sebagai kenangan dan balasan kerana telah mencuri hatinya.
Dia dah dua kali mencuri hatiku...mampukah nanti aku hidup dengannya sebagai abang ipar. Ya Allah berikanlah aku kekuatan.
"Kak ngah!" Sergah adik bongsunya. Diya tersentak.
"Apa yang kak ngah berangan ni?"
Diya hanya diam. Matanya melilau mencari Yusri .
"Dia dah kembali kepada tunangnya." Nazri seperti faham kakaknya.
"Jom kita pergi McD." Saran Nazri.
"Yeah.." kedua dua adiknya kegembiraan. Mereka berlari anak ke kedai makanan segera tersebut.
"Banyak duit Alang, belanja tengok wayang and now..."
"Bertuahlah Alang kalau ada duit yang banyak. Ni duit abang Yusri. Tiket wayang tu pun dia belikan."
"Alang..."
"Tapi tadi sampai bagi handphone tu apa kes... kak ngah...abang Yus yang lamar kak ngah dulu kan?"
"Dia marah sebab kak ngah tolak pinangan dia dulu dan..."
"Angah, alang cepat la..."
"Ok adik , acik pergi cari tempat...angah dengan alang pergi beratur...korang berdua macam biasakan." Kedua dua adiknya mengangguk.
"So?" Nazri minta Diya sambungkan cerita apabila melihat dia berdiam.
"Abang Yusri ugut nak putuskan pertunangan sebab dia kena tipu. Kalau terjadi, tentu kak ngah kena halau dan abah bersedih. Apa yang angah boleh buat, alang?"
"Dia nak putuskan?"
"Angah merayu. Angah sanggup buat apa saja asal Abang Yus tak putuskan pertunangan tu."
"Dan syaratnya...alang rasa tentu ada syaratnya kan?"
"Jadi kekasihnya selama seminggu... sehingga hari pernikahan."
"Alang pun tak tahu nak cakap apa."
"Tak perlu cakap apa apa pun. Selepas seminggu, abang akan bahagiakan kakak korang berdua walaupun hati abang menderita. Demi umi dan ibu kan."
Terkejut Diya dan Nazri apabila Yusri berada di belakang mereka.
"Mana mereka?" Tanya Diya untuk memghilangkan rasa gugup.
"Tak tahulah, tak habis habis lagi. Naik lapar pula abang menunggu...dah nak order apa ni." Yusri membayar pesanan mereka.
"Eh, abang Yus ada sama."
"Abang ni duit tadi."
"Nazri ambil le duit tu buat belanja. Kalau adik adik nak duit belanja bagitahu abang. Abang kan dah jadi keluarga. Diya pun."
Diya hanya tunduk.

ANDA SEDANG MEMBACA
cinta pertama
DragostePercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?