BAB 26

152 10 0
                                    

Setelah puas menangis di depan Hanum, ibu saudaranya memberi semangat kepadanya. Berani kerana benar. Kalau bersembunyi, tentu orang akan terus menunding jari kepada kita. Diya bangun pagi itu dengan semangat baru. Dia ingin semuka dengan Iqram untuk menjelaskan segalanya. Telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Segera dia membaca mesej tersebut

I tak sihat hari, tolong datang ke rumah - Iqram.

Iqram sering tak sihat kebelakangan ni. Mungkin juga terlampau memikir. Diya mencapai kunci dan keluar. Sewaktu sampai di depan rumah Iqram, Khairi turut sama sampai.
"Iq tak sihat." Kata Khairi tanpa menunggu penjelasan dari Diya. Dengan kunci pendua yang Khairi miliki, mereka masuk ke dalam rumah Iqram. Mereka bersama sama naik ke bilik Iqram.
"Ya Allah, apa ni?" Jerit Diya. Di hadapan mereka terpampang situasi yang mengaibkan. Zarina dan Iqram tidur berpelukan tanpa seurat benang.
Jeritan Diya mengejutkan Iqram. Dia terkejut melihat Zarina di sebelahnya.
"Diya.."
Diya tidak bersuara dan terus berlari keluar. Iqram ingin mengejar Diya tetapi dia perasan tubuhnya hanya bertutup sehelai selimut.
"Ini yang kau nak kan,Ina..." Khairi menarik nafasnya.
"Aku, Khairi Iskandar bin Ishak melafazkan talak satu kepada isteriku Zarina bin Ahmad. Habis edah, halalkan hubungan kamu berdua." Khairi keluar dari bilik.
"Khai ... Aku..." Iqram meraup wajahnya. Dia melihat Zarina yang hanya membaluti tubuhnya dengan selimut. Iqram mencapai pakaiannya di lantai dan menyarungkannya semula ke badannya. Dia bangun untuk ke bilik air saat matanya tertacap mesej di telefonnya.

Okey, sekejap lagi Diya sampai - Diya.

Kenapa Diya datang ke rumahnya tanpa dia menjemput. Diya juga bukan mahu datang ke rumahnya tanpa sebarang alasan. Matanya menyorot ke arah Zarina. Zarina hanya menunduk.

Puas dia cuba hubungi Diya tetapi hanya suara operator yang menjawab. Diya tidak mahu memjawab panggilannya dan mesejnya. Begitu juga Khairi. Dia hilang dua insan yang paling dia sayangi hanya kerana satu malam. Seminggu dia mencari mereka dan seminggu juga keadaannya tidak terurus. Akhirnya Iqram jatuh pengsan. Bapa saudaranya bimbang melihat anak saudara kesayangannya itu.
"Iq, apa yang berlaku sebenarnya?" Iqram enggan membuka mulut. Aib Zarina tetap dia simpan.
"Encik Iqram, kami dah membuat beberapa pemeriksaan dan..." Wajah doktor muda menjadi tatapan Iqram dan keluarganya.
"Encik mengidap barah hati..."
"Tahap berapa?" Tanya Lokman, bapa saudara Iqram.
"Tiga."
"Ya Allah."
"Pak su, tolong ketemukan Iq dengan Khai. Tolonglah. Iq nak jumpa Khai."
"Kita buat rawatan ke US."
"Selagi tak jumpa Khai, Iq tak nak terima apa apa rawatan."
Mereka akur. Khairi mesti dicari.

Terkejut Ahmad apabila surat mahkamah sampai ke tangannya. Khairi menceraikan Zarina. Memang dia nampak Khairi pulang ke kampung tanpa Zarina. Mungkin sebab kematian neneknya membuat dia tidak membawa Zarina pulang. Seminggu Khairi berada di rumah pusaka tersebut.
"Assalammualaikum."
"Waalaikumusalam, eh, abah, masuk le."
"Kamu dah nak balik ke?"
"Ya, abah, nak bawa umi sekali." Umi adalah adik bongsu papanya yang menjaga neneknya selama ini. Kini uminya tiada sesiapa. Tak salah dia bawa ke rumahnya di bandar.
"Kenapa ni?" Agak tinggi juga suara Ahmad sambil menunjuk surat di tangan.
"Kami tidak serasi. Saya tidak mampu memberi apa yang dia ingini. Daripada dia menjadi isteri derhaka, lebih baik saya lepaskan."
"Khai..."
"Abah tetap abah saya dan hubungan kekeluargaan kita tidak akan putus."
Suara tenang Khairi membuat kemarahan Ahmad kendur. Entah kenapa dia dapat rasa Khairi lebih menanggung derita. Khairi menyembunyikan sesuatu darinya.
"Khai, Encik Lokman mencari kau." Akhirnya Ahmad menyampaikan hajat Iqram. Isterinya ada memberitahu yang Iqram tidak sihat dan ingin sekali berjumpa Khairi.
"Kenapa?"
"Iqram ingin berjumpa... dia tidak sihat."
Sekembali ke bandaraya,Khairi bertemu dengan Iqram. Dia langsung tiada dendam terhadap Iqram.
"Tolong jangan beritahu Diya yang aku sakit. Biarlah dia tenang dulu. Kau tahu dia ke mana?"
Khairi menggelengkan kepala.
"Aku pergi buat rawatan, kau tak nak fikir untuk rujuk semula?"
"Dia tidak bahagia dengan aku. Biarlah dia mencari kebahagiaannya sendiri."
"Betul ke dia kata kau masih mencintai Diya?"
Khairi melarikan matanya dari menatap wajah Iqram. Sukar untuk dia menjawab perasaannya sekarang ini. Iqram faham. Diya bukan milik sesiapa saat ini. Masih ada harapan untuk memenangi hati Diya.

Yusri tersenyum apabila melihat Khairi kembali bekerja. Kesibukan seharian membuat dia tidak dapat semuka dengan Khairi. Sewaktu ingin pulang, dia melihat lampu bilik Khairi masih menyala. Dia menghampiri.
"Assalamualaikum bro, tak balik lagi? Tak marah ke orang rumah?"
"Dah tak ada orang yang nak marah."
"What?"
"Aku dah bercerai."
"Hah!.. Wei, jom kita keluar minum dulu.."
"On you?"
"Sudah tentu la."

Khairi menceritakan apa yang berlaku pada dirinya dann isterinya. Selama ini dia pendamkan kini dapat dia luahkan.
"Yang jadi mangsa adalah bakal tunang Iqram. Kasihan dia. Entah menghilang ke mana."
"Siapa? Aku kenal ke?"
"Ya lah. Tu yang aku kata Iqram tu saingan kau...dan aku."
"Aku tak faham."
"Diya. Entah ke mana dia bawa hati yang luka."
"Diya ke... jangan risau, dia cuma balik kampung. Ada penawar rindunya di sana."
"Siapa?"
"Umi aku bagitahu Diya ada jumpa anak aku kat sana."
"Harap dia boleh move on."
"Iqram?"
"Balik ke luar negara semula."
"Bekas isteri kau?"
"Entah, akupun tak tahu.Mungkin masih di rumah Iqram."

Diya pulang ke kampung untuk tenangkan fikiran. Nasib baik Datuk Ismail memahaminya dan meminta berehat secukupnya.
"Kak Ngah tahu ke Abang Yus dah balik sini."
"Ye ke adik, baby Diyana?"
"Ada di rumah umi."
"Eee, rindunya."
Diya menghabiskan cuti bersama Diyana. Segala kesedihannya hilang saat ada di sisi Diyana.
"Diya, ni abang Yus bagi."
"Apa ni?"
"Entah le, umi pun tak tahu. Abang Yus bagi masa balik ke sini hari tu."
"Dah lama ke abang balik?"
"Tak sampai seminggu lagi. Tak rehat dah sibuk dengan kerja."
"Baby mama ni kena tinggal ya."
"Diya macam mana?"
"Sibuk juga lah, umi. Macam kena belajar semua. Datuk tu nak Diya tahu selok belok syarikat. Macam Diya bakal pengganti dia pula."
"Kalau betul, macam mana?"
"Eee,, tak nak lah umi. Nanti mengamuk Datin. Diya ni bukan nak kikis harta orang."
"Umi faham. Mainlah dengan Diyana, umi nak ke kedai sekejap."
Diya tenang dan damai di kampung. Rasanya mahu terus menetap di kampung tetapi dia harus pulang. Tanggungjawabnya di sana. Dia bernekad untuk meneruskan hidup. Tinggalkan semua kenangan pahit.

cinta pertamaWhere stories live. Discover now