Udin menyalakan api rokoknya. Pemerhatiannya terhadap seorang wanita yang cantik dan anggun. Dah seminggu pemerhatiannya, Nana hubunginya untuk memerhati suami kepada wanita itu. Kedua dua insan yang jadi perhatiannya sangat baik. Apa niat Nana? Sekali lagi rokoknya di sedut. Hari ini dia berada di depan pejabat wanita itu. Udin mengeluh. Mengenangkan nasibnya.
Dalam pergelutan menghadapi tahun terakhir, dia dapat panggilan dari ketua kampungnya. Ayahnya kembali ke rahmatullah. Segera dia pulang. Kehilangan ayahnya satu tanparan hebat kepadanya. Dia kini memikul beban ketua keluarga. Adik adiknya masih kecil dan perlukan banyak wang. Dia korbankan pengajiannya demi keluarga. Dia menggantikan ayahnya sebagai nelayan. Sekali lagi dia diduga. Ibu yang tercinta jatuh sakit. Udin bingung mencari duit. Pendapatannya sebagai nelayan tidak menentu. Kebetulan waktu itu musim tengkujuh. Demi ibunya yang tersayang, Udin menjualkan satu satu pusaka peninggalan ayahnya. Udin terpaksa jual bot ayahnya. Ibunya selamat dan pulih tetapi pendapatan mereka tiada. Puas Usin mencari kerja.
"Mak, Udin nak cari kerja kat bandar."
"Terpulanglah pada kamu. Mak dah banyak menyusahkan kamu dan pela..."
"Mak jangan ungkit lagi. Din buat semua ini kerana adik adik."
"Maafkan mak Din."
"Mak tak salah."
Pada mulanya dia mencari kerja di bandar berhampiran tetapi gagal mendapat kerja. Dari seorang kenalan, dia dapat kerja di sebuah kelab malam di kotaraya. Dia bekerja sebagai 'bonzer' hanya menghalang kekecohan yang dilakukan oleh pemabuk.
"Udin hali ini wa mahu lu buat kerja untuk wa." Majikan cinanya datang bertemunya.
"Buat apa Mr. Low?"
"Lu nampak itu amoi. Dia mahu lu teman dia."
"Teman dia... dia anak latuk ooo.. Mesti bagi dia selonok."
"Tapi..."
"Tara tapi tapi...lu kerja sama wa... buat apa wa suluh!" Majikannya berlalu. Udin melihat ke arah gadis yang di maksudkan. Gadis itu melambai ke arahnya.
"Bro,muka lu jambu tu ada yang perkenan." Usik rakan sekerjanya.
"Kau ingat GRO tu untuk perempuan ke? Kita pun kerja macam GRO juga... penghibur pelanggan." Tambah seorang lagi.
"Yang penting duit masyuk kawan." Akhirnya Udin akur. Dia menghampiri gadis itu. Dia hanya menemani gadis yang baru kehilangan teman lelaki kepada rakan baik. Dia terlampau banyak minum. Akhirnya dia terpaksa membawa gadis itu balik ke apartmentnya. Di situ sekali lagi gadis itu menggodanya. Udin yang terpengaruh dengan air haram turut terangsang. Malam itu dia meniduri gadis yang dia tidak tahu namanya. Awal pagi dia telah meninggalkan gadis itu.Udin tetap dengan kerjanya. Selama seminggu dia tidak nampak gadis yang dia tiduri. Hatinya tertanya tanya ke mana menghilang gadis itu. Usai kerja malam itu dia pulang ke penginapannya. Dalam perjalanan sekali lagi dia bertemu dengan gadis dulu dangan wajah sugul. Air mata membasahi pipi gadis itu. Udin mengikuti gadis itu sehingga gadis itu ingin membunuh diri.
"Adik... jangan." Jeritnya.
"Tak guna aku hidup lagi." Udin terdiam. Adakah gadis ini mengandung kerena ketelanjurannya.
"Adik, kita boleh berbincang."
"Tapi..."
"Adik hulur tangan kepada abang, mari ke sini, sayang..." Pujuk Udin.
"Sayang... awak sayang saya?"
"Ya, hulur tangan tu... ke sini."
Gadis itu hulurkan tangannya. Udin menariknya ke dalam dakapannya. Gadis itu menangis sepuasnya dalam dakapan.
"Cuba cerita pada abang, apa yang berlaku." Tanya Udin setelah tangisan gadis itu reda.
"Nama saya Lily... abang?"
"Udin, panggil abang Udin."
"Abang bukan yang kerja kat kelab tu."
"Ya, adakah adik mengandung ke?"
"Apa yang abang merepek?"
"Habis tu?"
"Abang nak berkongsi cerita tak?"
Lily bercerita yang dia bercinta dengan seorang lelaki. Dia tidak tahu lelaki amal hubungan songsang. Dengan Lily juga dia langgar. Kini Lily di sahkan mengidap HIV. Dia merasa dirinya tidak berguna.
"Sakit tu bukan pengakhir bagi hidup. Banyak cara untuk berubat."
"Tapi tiada orang nak kawan dengan saya."
"Abang ada."
"Betul."
Apabila tahu Lily mengidap HIV, Udin juga membuat pemeriksaan. Dia juga dijangkiti. Kini dia bertekad untuk kumpul wang yang banyak untuk keluarganya. Dia tidak mahu mereka menderita kerananya.Deringan telefon mengejutkannya. Kereta Diya sudah tiada.
"Sial! Boleh aku berangan pula."
Udin beredar dari pejabat Diya. Deringan telefon berbunyi lagi.
"Kau dah intip Yusri?"
"Yusri?"
"Suami perempuan tu la bodoh."
"Dia macam biasa balik kerja, beli makanan dan ambil anak. Dia tiada aktiviti luar."
"Tak kan tak lepak mana mana kelab?"
"Dia orang baik bukan suka macam tu... Cik Nana bila..." Talian di putuskan.
"Sialan, bila aku nak minta duit matikan telefon. Dulu janji sehari 1000 ni dah seminggu langsung tak de duit."Nana baring di atas katilnya. Dia baru sahaja berbual dengan Yusri. Walaupun Yusri tidak membalas kata katanya tetapi dia puas dapat mendengar suara Yusri. Nana tidak sedar dirinya di perhati. Pakaian baju tidurnya tersingkap membuat nafsu pemerhatinya terusik. Dia tidak dapat tahan dirinya lalu keluar dari persembunyiannya.
"Udin, kau buat apa kat sini?"
"Aku nak duit aku."
"Hey, kerja kau tak selesai nak duit pula."
"Tugas aku hanya ikut mereka dan aku dah buat, mana duitnya."
"Aku tak ada duit sekarang!"
"Kau jangan main main dengan aku!" Marah Udin. Matanya meliar ke sekujur tubuh Nana yang hanya berbalut baju tidur yang nipis. Dada Nana yang menonjol menarik perhatiannya.
"Hey, jaga mata kau. Kau pergi buat kerja, nanti aku bagi duit tu." Udin akhirnya beredar. Dia pergi ke tempat kerjanya."Sayang, kenapa sugul ni?" Lily menghampiri Udin.
"Aku kena tipu."
"Siapa yang berani abang?"
"Nana."
"Kenapa abang nak ambil kerja tu. Tengok dia permainkan abang. Kalau si Boy tu minta semua dia bagi."
"Dia nak kenakan aku."
"Ada caranya abang."
"Maksud sayang?"
"Boy tu bisesual. Laki ke , perempuan ke semua dia sapu."
"Habis tu?"
"Kita salurkan penyakit kita kepada Nana melalui Boy."
"Hmmm sayang ni memang pandai." Udin tersenyum. Dia mahu selesaikan masalahnya dengan Nana. Dia mahu manganya tahu yang dia dalam bahaya. Kalau bukan dia mungkin Nana akan upah orang lain. Mangsa tu mudah terdedah kepada bahaya.Assalammualaikum
Ibu kekeringan idea... semakin kurang penulisannya...
Udin nak balas dendam pada Nana
berjayakah dia
bagaimana Udin nak membantu keluarganya.love you all
dhazzmi
YOU ARE READING
cinta pertama
Roman d'amourPercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?