BAB 63

115 8 0
                                    

Nana bertemu dengan Zarina sekali lagi. Dia tahu hanya Zarina yang boleh membantunya.
"Nah."
"Apa ni?"
"Bukti yang Diya bukan seorang wanita yang jujur. Hanya nak kikis harta."
Zarina melihat sekeping kad jemputan yang diberi oleh Nana.
"Mana kau dapat kad ni?"
"Dari kenalan Badrul."
"Nak sebarkan pada siapa?"
"Jangan jadi lembab lah, sebarkan kepada keluarga Yusri. Kau bukan ke ada kad keahlian Spa Datin Marina. Zarina mengangguk.

Pintu bilik Yusri diterpa. Terkejut Yusri melihat mama dan adiknya masuk.
"Mama, Leesya kenapa ni?"
"Abang, Bad madukan Leesya."
"Apa yang Leesya merepek ni."
"Sekarang dia kat luar sama perempuan tu." Air mata Aleesya mengalir laju.
"Yus, Bad hanya takutkan kau saja. Tolonglah nasihatkan adik ipar kau tu."
"Sekejap..." Yusri menelefon seseorang.
"Assalamualaikum.. kat mana? Oh.. terus datang pejabat, ajak dia sekali." Selepas putuskan talian, Yusri duduk di sofa bersama mamanya dan Aleesya.
"Cuba ceritakan pada abang."
"Ada orang bagi kad jemputan nipada Leesya." Yusri mengambil kad tersebut.Dia tersenyum.
"OO kad jemputan ni, abang pun dapat. Entah mana abang buang. Cuba Leesya tengok tarikh dan nama pengantin perempuan."
"Eh ni tarikh kami menikah dan Nadiya Jalil Zhen... siapa?"
"Masa ni sepatutnya Bad menikah dengan Kak Diya. Tu sebab abang kelam kabut keluar dari majlis. Abang tak nak insan yang abang sayangi di rampas dengan orang lain."
"Itu sebab abang desak papa suruh Bad nikah Leesya masa tu juga." Yusri tersenyum.
"Diya dan Bad bercinta ke sebelum ni?"
"Mama, Diya benci Bad. Mereka sekampung. Dan Diya dan Bad pernah berkelahi satu ketika dulu. Hanya kedua ibu bapa mereka yang ingin menjodohkan mereka." Yusri sembunyikan niat dendam Badrul. Dia tidak mahu memburukkan Badrul depan keluarganya.
"Maafkan kami Yus ganggu kau kerja."
"Tak apa mama. Mana dapat kad ni?"
"Zarina kata ada orang bagi kad dia. Zarina tu macam bencikan Diya je."
"Diya tu bekas kekasih arwah suami dia."
"Habis tu macam mana boleh abang jatuh cinta kat kak Diya?"
"Abang jatuh cinta kat kak Diya dah lama."
"Semasa masih bersama Dira lagi kan?"
"Maksud mama?"Aleesya ingin tahu.
"Betulkan Yus, Dira pilihan umi tapi Diya pilihan hatikan. Sanggup berjumpa belakang isteri."
"Mama, Yus cuba untuk setia pada yang satu tapi tu cinta pertama Yus. Yus tak boleh lupakan dia. Mungkin jodoh kami kuat... kami bersatu."
"Mama gembira tengok Yus bahagia sekarang."
"Kalau Leesya tahu abang dah kahwin, tak de Leesya bagi nombor telefon abang kat Nana." Yusri terdiam. Nana tidak berhenti menghubungi dia.
"Assalamualaikum , abang nak jumpa saya ke... eh, sayang, mama kenapa datang ni?"
"Diya mana?"
"Betul le kata Khai, abang ni tak nampak Diya mula resah... dia ke toilet kejap. Sayang tak jawab soalan biy."
"Biy tak cakap pun biy dah kahwin."
"Mana adaa biy kahwin la..." Mata Badrul tertacap kad jemputan di atas meja.
"Siapa pula yang nak tabur fitnah ni? Perkahwinan ni tak jadi dan abang Yus yang menikahi Diya."
"Assalamualaikum, eh Datin..."
"Mama lah sayang." Diya bersalaman dengan Datin Marina dan Aleesya sebelum mengambil tempat di sebelah Yusri.
"Hmmm... semua dah ada, jom lunch, on me."
"KK on the way."
"Dia nak apa?"
"Tadi dia ajak lunch. Diya jawab lunch dengan abang. Dia nak join."
"Suruh dia ke restoran Pak su."

Khairi telah menunggu sewaktu mereka sampai.
"Kalau bab makan free kau nombor satu. Tak de hari ni on you."
"Amboi Diya sejak bila mamat bajet ni berkira ye."
"Sejak kau ada duit."
"Dulu kamu berdua ni okey je, ibarat merpati dua sejoli berkepitje, mana ada Yusri di situ ada Khai... ni sekarang asyik nak gaduh je."
"Sebab dia nak rampas Diya dari saya lah pak su."
"Hak kau hilang sebaik sahaja aku lafaz akad tau.."
"Tengok tu pak su, sian saya ni dah lah yatim kematu... tak de siapa yang peduli." Khairi mula berdrama. Tersenyum Datin Marina melihat gelagat mereka.
"Khai, kamu jadilah anak Pak su."
"Boleh ke... emmm abuya."
"Atau pun KK kena panggil Pak Long."
"Kenapa pula?" Semua mata tertumpu pada Diya. Diya hanya tersenyum. Khairi turut tersenyum."
"Itu tak tahu lagi."
"Lain macam ni... Dah ada orang yang jumpa kunci pintu hati kawan aku ni ke?" Yusri menepuk bahu Khairi. Khairi hanya menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
"Dah, pergi buat rawatan kat Spa mama kalau kepala tu gatal sangat. Tak pe kalau nak berahsia, lambat laun aku tahu juga." Semua berderai ketawa.

Di satu sudut ada mata yang memandang ke arah keluarga bahagia. Tawa mereka ibarat hirisan di hatinya.
"Aku dah buat hubungan mereka renggang kenapa semakin rapat. EEE geramnya!!!"
Dengan hati yang marah Nana keluar dari restoran tersebut. Dia mencari rancangan baru untuk merobohkan hubungan Yusri dan Diya.

Senyuman kebahagian terpancar di muka Yusri membuat Datin Marina merasa bahagia. Dulu ketika suaminya memberitahu dia bertemu anak lelakinya semula hatinya mula resah. Dia bimbang semua harta suaminya akan jatuh kepada anak lelaki menakala dia hanya memiliki anak perempuan. Dia tahu suaminya mengahwininya atas alasan perniagaan dan ugutan mereka akan mencederakan isteri dan anak yang dikandung oleh Saadiah. Kadang kala diamerasa cintanya terhadap lelaki bernama Ismail membuat dia buta. Dia tidak melihat cahaya kebahgiaan di mata suaminya. Namun suaminya tetap membahgiakan dirinya. Kenapa mereka dua beranak sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain. Dia dapat lihat pengorbanan Yusri terhadap Dira dahulu. Wajah ketat Yusri sama seperti suaminya tetapi mereka cuba sedaya upaya tidak mahu menyakiti hati insan yang mereka nikahi. Tanpa Datin MArina sedar air matanya mengalir.
"Mama, kenapa ni?"
"Yus, sakit ke membahagiakan orang yang tidak dicintai."
"Apa yang mama cakap ni. Yus sentiasa bahagiakan insan yang Yus cintai."
"Tapi Yus pernah hidup dengan insan yang Yus tidak cintai." Yusri terdiam. Dia menjeling ke arah Diya.
"Kenapa ni mama? Mama ada masalah?" Mata ibu tirinya di tatap.
"Mama, papa kini sayang mama. Mungkin dulu saat mula perkahwinan. YUs faham perasaan papa masa tu tetapi masa beredar mama, mama dah hadiahkan anugerah yang terindah bagi papa. Mama, papa sayangkan mama walaupun cintanya terbahagi dua. Mama tak perlu ragui sekarang ni. Papa tetap adil dengan mamakan?"
"Mama rasa mama kejam dulu. Kalaulah mama boleh undurkan masa."
"Tak perlu undurkan masa mama, perbaiki untuk masa depan."
"Yus, mama ingin berjumpa umi kamu , boleh kan?" Yusri mengangguk. Akhirnya mamanya menerima kehadiran umi tanpa rasa cemburu. Itu doa Yusri selama ini.

cinta pertamaWhere stories live. Discover now