BAB 23

142 10 0
                                    

Diya menaiki penerbangan bersama dengan Iqram di kelas perniagaan manakala pelajarnya di kelas ekonomi. Iqram asyik ajak dia berbual tetapi Diya merasa malas. Dia tidak mahu melayan Iqram kerana dia tahu niat hati Iqram. Iqram ingin mengambil hatinya.
Sepanjang program Iqram tidak pernah berenggang dengan Diya. Malahan ramai pelajar yang mengatakan dia adalah kekasih hati pensyarah mereka. Tambahan pula Iqram tidak menafikannya.Iqram merasa gembira berada di sisi Diya.

Malam itu Iqram tidak dapat lelapkan mata. Esok mereka akan pulang semula ke Semenanjung. MUngkin juga sukar untuk dia bertemu dengan Diya. Seminggu bersama Diya amat sukar untuk memikat hati Diya. Adakah hati Diya milik Khairi. Tetapi sepanjang majlis perkahwinan Khairi, Diya tidak kelihatan kecewa langsung. Iqram merebahkan badannya. Kenangan lalu diimbar kembali.

###########################

Sudah seminggu dia pulang ke Malaysia. Insan pertama dia mencari adalah Khairi. Malang sekali tiada sesiapa tahu di mana Khairi berada. Dia mengupah penyiasat persendirian untuk mencari Khairi. Hasilnya amat memilukan.
"Wang pusaka peninggalan papa tuan kepada Khairi tidak dapat ke tangan Khairi. Semua digunakan oleh pengusaha rumah tersebut. Tamat pengajian, Khairi melarikan diri kerana dia tidak tahan di dera oleh pengusaha tersebut. Kini tiada sesiapa yang tahu di mana Khairi berada."
"Bermakna Khairi tidak melanjutkan pelajarannya. Khairi tu pelajar terbaik."
"Walaupun pelajar terbaik tetapi tiada wang untuk melanjutkan pelajaran macam mana tuan."
Iqram bingung. Patutlah selama ini Khairi tidak pernah membalas suratnya. Mungkin suratnya tidak pernah sampai ke tangan Khairi. Kenapa ada orang yang menjadi tidak jujur apabila mempunyai wang yang banyak?

Malam itu dia merasa begitu sunyi. Rumah agamnya tiada makna apa apa. Dia keluar untuk bersiar-siar.
"Ah... habis pula rokok aku ni." Iqram memberhentikan keretanya di sebuah kedai serba guna.
"Adik, minta rokok tu sekotak." Mintanya kepada pekerja kedai yang sedang tekun menulis sesuatu.
"Yang mana satu bang?" tanya pekerja tersebut sambil memanggung kepalanya.
"Khai!"
"Eh,Iq!, Bila balik ke sini?"
"Baru sebulan yang lalu... Khai bagi aku yang tu sekotak..."
"Kau merokok?"
"Hmmm..."
"Kau tunggu kat luar sekejap, nanti aku keluar. Aku pun nak habis shift aku malam ni."
"Ok."
Iqram duduk di binaan tembok berhampiran kedai tersebut sambil merokok. Dia tidak menyangka mereka berada berdekatan cuma tidak berjumpa selama ini.
"Sejak bila merokok?" Tanya Khairi sambil menghulur setin minuman.
"Entahlah, mungkin terpengaruh dengan Pak Su dan uncle- uncle aku kot."
"Heavy smoker?"
Iqram hanya tersenyum. Sememangnya dai perokok tegar.
"Kau kerja?"
"Untuk tampung hidup aku yang anak yatim ni. Aku kan tiada sesiapa."
"Kau ada aku. Pelajaran kau?"
"Aku baru menyambungkan pelajaran semula. Itu pun atas bantuan Abang Ayub. Dia nak aku berjaya."
"Aku pun nak kau berjaya. Tak perlu kau bekerja lagi."
"Tak apa lah Iq, aku pun selesa sekarang. Lagipun aku hanya membantu Abang Ayub. Aku dapat tumpukan pelajaran aku."
"Kau tinggal di mana?"
"Tu atas tu."
"Kau tak mahu balik ke rumah aku ke?"
"Mak Nab masih ada kat sana kan?"
"Ya kenapa?"
"Tak pa lah. Aku akan jadi kawan kau. Aku akan datang jumpa kau selalu. Kau dah balik bermakna aku dah ada kawan."

Sejak itu hubungan mereka kembali erat. Keluarga Iqram juga gembira bertemu Khairi semula. Khairi seperti sebahagian dari keluarga mereka. Dia juga tahu Khairi talah mengikat tali pertunangan.

"Hai, aku tengok kau sugul saja sejak buat latihan praktikal. Teruk ke? Tu la, aku ajak buat dekat syarikat aku tak mahu."
"Tak le teruk sangat tapi..."
"Tapi apa?"
"Kenapa?"
"Kau ni dah kenapa?"
"Kenapa aku di pertemukan dengan dia setelah aku bertunang?"
"Wow, you in love?"
"Aku tak tahu Iq... dia terlalu istimewa. Kalau kau jumpa dia kau pun tidak dapat lupakan dia Iq."
"Dah jadi milik kau aku nak ganggu buat apa?"
"Bukan milik aku."
"Siapa kah gadis yang buat sahabat aku macam orang gila ni?"
"Diya."
Sejak itu Khairi sentiasa menceritakan tentang Diya. Hampir setiap hari nama Diya meniti bibir Khairi. Terlalu istimewa gadis ini. Hatinya teringin sekali bertemu Diya yang di maksudkan.
"Khai, hari ni tak ada cerita Diya ke?"
"Hatinya telah diserahkan pada orang lain."
"Kau kecewa?"
"Entahlah, aku tak boleh buang perasaan sayang aku pada dia. Lagi tak lama lagi aku akan kahwin kan."
"Assalamualaikum..." Suara garau menegur mereka dari belakang.
"Abah."
"Abah?" Khairi bersuara perlahan.
"Eh Khai pun ada. Ni abah datang nak hantar kad jemputan. Adik kau Zarina nak kahwin."
"Dengan siapa abah?"
"Dengan aku Iq."
"So sahabat baik aku ni bakal jadi adik ipar aku... tak sangka kecil pula dunia ni."
Khairi menunduk sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Bimbang pula Iqram bocorkan rahsia.

"Betul kata kau Khai, bila sekali melihatnya...aku tidak boleh melupakannya walau sesaat."
Wajah gadis berlesung pipit bermain di matanya. Adakah dia dapat bertemu Diya lagi selepas ini. Apakah alasan untuk dia bertemu Diya. Dia tidak mahu berjumpa Diya hanya sebagai kawan tetapi sebagai kekasih.

Anak anak ibu yang membaca tolong beri komen ,.vote cerita ini...maaf kalau tidak mengikuti cita rasa ank2 semua...

Ibu...Dhazzmi Ridza...

cinta pertamaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang