Khairi gembira saat menghirup udara pagi. Dia melihat adiknya sudah berada di halaman rumah sambil memegang penyapu.
'Kenapa adik aku rajin benar awal pagi ni. Dari lepas subuh tadi aku tengok dia tidak berhenti bekerja.'
"DD..."
"KK awal bangun?"
"Hey ingat apek ni macam mamat macho dalam rumah tu. Suka bangun lewat."
"Mamat macho tu aku terima tapi bangun lambat tu bukan aku tau." Suara garau menegur mereka dari belakang.
"Isk belangkas ni tak boleh biarkan betinanya berenang keseorangan."
"Siapa betina?" Diya menginga.
"Sorry DD... Orang tua tu tak boleh nak bagi kita dating sekejap."
"Amboi amboi makin galak mengata aku nampak."
"Bro kau tak kasihan ke kat adik aku ni?"
"Kenapa pula?"
"Dari semalam kena kerja."
"Aku..."
"Kau pun sama kerjakan dia kaw kaw..."
"KK..." Diya mengangkat penyapunya ke atas tanda mahu memukul Khairi. Segera Khairi melarikan diri. Habis satu rumah Diya mengejar Khairi.
"Ya Allah budak berdua ni kenapa?" Jerit Mak Ndak.
"Wey aku nak join juga berlari pagi pagi ni." Lokman menghampiri mereka.
"Man, tolong abang." Khairi cuba berlindung sebalik Lokman.
"Eh... Aduh... Diya ni Man yang kena bukan abang Khai. Sebab apa baby boom ni meletup abang?"
"Dikerjakan..."
"OOOO... patut le."
"Apa yang patut... ni memang dua dua nak kena ni." Lokman dan Khairi berlari ke arah Yusri.
"Ops...ops... stop jap ada call... nanti main balik." Khairi mengeluarkan telefonnya dari dalam poket.
"Sayang tak penat ke?" Yusri menghulurkan tangan kepada Diya. Dia menarik Diya duduk di atas pangkin.
"Sekali sekala senaman tak salah kan?"
"Betul kata Khai tu, dari pagi tadi sayang kerja tak berhenti. Dah lah semalam di ker..."
"Abang!!!" Laju saja tangan Diya mencubit peha Yusri.
"Sakitlah sayang." Tangan Diya di gengam.
"Thank sayang."
"Thank... sebab cubit abang?"
"No... Thanks because be mine." JAri jemari Diya dikucup. Dia menyalurkan kasihsayangnya melalui kucupan. Dia tahu Diya banyak berkorban demi kecapi kebahgiaan.
"Yus.. DD..." Suara Khairi sedikit serak.
"Iqram pengsan... now in ICU.Aku nak balik KL sekarang."
"Kami ikut, nanti bagitahu family." Mereka masuk ke dalam rumah. Khairi meningalkan ibu saudaranya di situ manakala Yusri dan Diya sekali terpaksa meninggalkan Diyana. Mereka segera pulang.Sayu Diya melihat Iqram terlantar di dalam wad ICU. Semua bapa saudaranya dalam perjalanan. Nasib baik sewaktu Iqram pengsan Zul dan isterinya ada bersama.
"Masa di hotel dulu pun dia kelihatan pucat."
"Dia gembira sangat apabila kamu berdua bersatu."Diya bergilir gilir menjaga Iqram. Zarina hanya datang sekali kemudian tidak kelihatan. Diya lebi menghabiskan masa dengan Iqram.
Suara alunan bacaan Yassin kedengaran mendayu di dalam bilik ICU. Diya menghabiskan ayatnya sebelum melihatke arah Iqram
"Nad..." Perlahan suara Iqram memanggilnya.
"Iq... Nanti Diya panggilkan Doktor.."
"Nad..." Tangan Diya di gengam. Iqram tidak mahu melepaskannya
"Iq..."
"Nad, I happy lihat kau bersama Yus... Thanks... kerana jadi teman Iq.. Iq har... hargai saat kita ber... bersama."
"Iq.. you.."
"I dah tak banyak masa. Please... be be.. side .. me. I... love ... You.."
Nafas Iqram semakin laju.
"Iq... bawa mengucap..." Diya mengajar Iqram mengucap. Mesin Nadi Iqram berbunyi nyaring membuat jururawat dan doktor berlari mendekati Iqram. Diya di minta keluar. Sebaik Diya keluar, Yusri sampai bersama Khairi. Diya terus berlari ke dakapan Yusri dan menghemburkan air mata di dada Yusri.
"Iq tak apa apa sayang. Sabarlah."
Namun begitu sebaik sahaja doktor keluar, penyataan yang menyedihkan dari mulut doktor. Terbayang kesedihan di wajah semua keluarga Iqram. Akhirnya Iqram mengaku kalah setelah sekian lama berjuang dengan penyakitnya.Keluarga Iqram membuat keputusan untuk semadikan Iqram di Malaysia, di sisi pusara ke dua ibubapanya. Ramai kenalan Iqram hadir diupacara tersebut. Apabila semuanya selesai seorang wanita menghampiri Diya.
"Nadiya Jalil Zhen kan?"
"Ya."
"Diya tak kenal kakak?"
"Maaf... rasa macam kenal... Kak Sabariah kan?"
"Ya... ingat lagi Diya... banyak yang kak nak sembang dengan Diya tapi kak kena balik ke tempat kerja. Diya tolong call kak esok... penting. Ini kad kak... call kak ya." Sabariah bersalaman dengan Diya sebelum meminta diri pulang. Diya, Yusri dan Khairi masih berada di rumah Iqram kerana pada malamnya ada majlis tahlil. Uncle Hisyam, bapa saudara Iqram minta mereka membantunya.Diya keluar setelah meminta kebenaran Yusri. Atas permintaan Uncle Hasyim mereka tinggal di rumah Iqram sehingga selesai majlis tahlil. Mereka akur walaupun kehadiran mereka tidak di sukai oleh Zarina dan Mak Nab.
"Assalamualaikum Diya."
"Waasalaikumussalam, kak, jemput duduk."
"Terima kasih Diya kerana sudi jumpa kakak."
"Diya gembira dapat jumpa kakak semula."
"Maaf kak nak tanya Diya dengan Encik Iqram tu saudara ke?"
"Diya cuma kawan baik dia. Kenapa kak tanya?"
"Bukan apa kak ni doktor yang merawat Encik Iqram. Kak selalu nampak Diya dengan Encik Iqram. Cuma kita tidak pernah bertembung. Kak nak tanya Puan Zarina tu siapa pula?"
"Isterinya."
"Kenapa Puan Zarina dan ibunya tidak benarkan kami postmortem."
"Penting ke nak buat tu. Sedangkan semua tahu Iqram mengidap kanser."
"Masalahnya Diya sebelum ni keputusan kesihatannya memuaskan. Dan ketika dia pengsan, kami dapati dia overdose drugs."
"Overdose, macam mana boleh jadi?"
"Biasanya pesakit kanser banyak mengambil pain killer untuk kurangkan rasa sakit mereka. Pengambilan ubat-ubatan ini okey tetapi kalau berlebihan akan merbahaya kepada pesakit."
"Maksud kak Saba, Iqram sengaja mengambil ubat berlebihan."
"Kak rasa Encik Iqram bukan mengambil ubat sendiri. Ada orang yang menjaga pengambilan ubatnya."
"Iqram ada jururawat peribadi?"
"Kak tak tahu, Diya yang rapat dengan arwah. Diya,kak rasa ada kemungkinan Encik Iqram dibunuh."
Diya terdiam.Fikiran Diya melayang memikirkan perbualan dia dengan seniornya. Dia kenal Doktor Sabariah ketika sama sama menyertai program ukhwah. Sejak itu mereka sering berjumpa untuk berbincang. Mereka terpisah saat Sabariah tamat pengajian. Deringan telefon menyedarkan Diya dari lamuanan.
"Sayang..." Suara lirih suaminya di hujung talian.
"Kenapa matikan telefon,risau abang."
"Maaf... tadi Diya tengah berbincang, tak mahu di ganggu. Maafkan Diya abang."
"It's okey, cuma Diya kena datang ke rumah Iqram sebelum pukul 3. Peguam nak bacakan wasiat."
"Kenapa terlalu cepat?"
"Permintaan Zarina. Peguam mahu Diya turut bersama mendengar bacaan nanti."
"Baik abang, nanti Diya ke sana. Diya nak balik ke rumah dulu."
"Cantik sangat tu sayang... abang ada kat rumah ni... tunggu sayang... rindu."
"Bukan abang kat rumah Iqram ke?"
"Abang balik sekejap untuk ambil baju. Dah Diya nak balik sini, abang tunggu lah."
"Okey abang, jumpa sekejap lagi."
"Bye sayang...Assalamualaikum."
Selepas menjawab salam Diya memutuskan talian.
'Hmmm gila apa minah ni tak sabar sabar nak baca wasiat. Yang peguam nak aku sama dah kenapa? Iq ada tinggal sesuatu pada aku ke?"Cinta Iqram terhadap Diya membawa ke akhir hayatnya. Persahabatan mereka begitu bermakna ke
Apakah wasiat Iqram
betul ke Iqram di bunuh...HAH! HARI NI DOUBLE UPDATE... IBU CUBA BUAT TERBAIK UNTUK ANAK ANAK...
JANGAN LUPA VOTE N COMMENT..
LOVE YOU ALL
DHAZZMI
YOU ARE READING
cinta pertama
RomancePercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?