BAB 64

105 8 0
                                    

DIYA melihat Yusri sering menjawab panggilannya setiap kali dia tidak bersama. Tetapi apabila panggilan itu berbunyi saat bersama Diya, Yusri abaikan sahaja panggilan itu. Apabila di tanya, Yusri hanya menjawab panggilan tidak penting.
'Siapa kah yang memanggilnya setiap malam? Adakah Yus mempunyai wanita lain dalam hidupnya?' Tiba tiba Diya teringat potret dalam dompet Yusri.
Dia gadis istimewa dalam hidup Yus.
Adakah Yusri bertemu semula dengan gadis istimewa? Diya, adakah kau sanggup berkongsi kasih dengan orang lain. Tak aku tak sanggup... fikiran Diya semakin celaru. Dia melabuhkan dirinya di atas katil. Dia lihat Diyana lena di atas katilnya. Yusri masih dalam bilik air.Tersenyum Diya mendengar suara Yusri yang menyanyi di dalam bilik air. Nyanyian berbaur usikan kepada Diya.
"Abang, jangan bising sangatlah, Diyana tidur." Diya mengetuk pintu.
"Apa sayang, nak mandi sama?" Usik Yusri sambil mengeluarkan kepalanya.
"Bisinglah." Diya menolak semula kepala Yusri untuk masuk semula ke dalam bilik. Yusri mengenyit mata sebelum masuk semula. Diya bahagia tapi kenapa dia sangsikan cinta Yusri. Matanya tertacap ke wallet Yusri di atas meja. Perlahan lahan Diya menghampiri meja tersebut. Teragak agak dia mahu mencapai wallet tersebut. Matanya sekali melihat ke arah bilik air. Masih kedengaran curahan air. Dengan bacaan bismilah, Diya mencapai wallet Yusri. Saat dia ingin membuka wallet tersebut, satu tangan memegang wallet tersebut.
"Sayang perlukan duit ke?" Tanya Yusri sambil memeluk pinggang ramping Diya.
"Tak.." Diya tunduk. Dia takut Yusri marah.
"Hey, kenapa ni?" Yusri menolak dagu Diya supaya memandangnya. Dahi Diya dikucup
"Diya nak apa apa tak payah nak mengambil tanpa kebenaran. Cakap je, abang bagi."
"Diya... Diya..."
"Sayang..." Jari jemari Diya di raih dan digengam.
"Luahkan..."
"Siapa gadis dalam wallet abang tu... insan yang abang sayang. Rambutnya panjang tapi kak Dira tidak pernah berambut panjang."
"Siapa yang sentiasa berambut panjang dan rambut yang memikat." Yusri membelai rambut Diya. Dia memang suka rambut panjang milik Diya.Diya masih tunduk. Yusri menariknya duduk di atas duduk. Akibat tidak dapat mengimbang badannya, Diya terduduk di atas riba Yusri. Yusri tersenyum dan menarik DIya rapat ke badannnya. Kedua dua di depan Diya, Yusri membuka walletnya. Dia menunjuk potret yang menjadi kesayanganya.
"Abang, mana abang dapat gambar ni?"
"Itu rahsia. Cuma hanya ini yang ada dalam hati abang dari dulu hingga sekarang." Tubuh Diya di tarik hingga rebah ke atas katil.
"Abang, pergilah pakai baju dulu..."
"Tak nak..." Pipi Diya di kucup.
"Sayang kena denda sebab nak buka wallet abang tanpa kebenaran abang... Bersedialah dengan denda dari abang..."
"Abang... " Diya merengek manja. Yusri mengucup bibir isterinya. Deringan telefon mengganggu aktiviti mereka. Yusri melihat sebentar telefonnya kemudian biarkan.
"Kenapa tidak menjawab, mungkin penting."
"Sayang lebih penting..." Yusri mematikan lampu. Dia melayari bahtera bahagia mereka.

Diya terjaga dari tidurnya. Yusri tiada di sisinya. Dia melihat pintu ke 'balcony' terbuka. Diya perlahan lahan menghampiri pintu. Dia cuba mendengar perbualan Yusri. Namun begitu Yusri hanya mengiyakan dan hmmm sahaja.
"Baiklah dah lewat sangat ni... ya tadi dah tidur tetapi terjaga sebab nak buat kerja... tak... insyaAllah kalau abang tak sibuk. Ya... selamat malam." Hati Diya geram. Yusri pernah hubungi dia apabila Kak Dira tidur dulu. Yusri curang dulu dan kini dia ulang lagi. Dulu alasan tidak cintakan Kak Dira tapi kini apa alasannya.
"Eh, Diya... terkejut abang. Kenapa bangun ni?" Yusri ingin merangkul bahu Diya. Diya menepis tangan Yusri.
"Sayang..."
"Tak perlu berlakon sayang kalau di dalam hati ada orang lain."
"Apa yang sayang cakap ni?"
"Bila bunyi telefon ada Diya, kata tidak penting, tunggu Diya tidur. Dulu pun macam tu kan tunggu kak Dira tidur baru nak curang!"
"Diya..." Diya keluar dari bilik dan masuk ke bilik lamanya. Pintu dikunci. Puas Yusri mengetuk dan merayu. Diya tidak menghiraukannya.

Suasana cerah mengejutkan tidur Yusri. Dia tertidur di depan pintu bilik Diya. Kini pintu bilik Diya terbuka.
"Sayang..." Yusri mencari Diya. Rumahnya menjadi sunyi. Yusri masuk ke biliknya, Diyana sudah tiada di tempat tidurnya. Sekeping kertas terletak di bawah telefonnya

ABANG, IZINKAN DIYA PERGI.

"Ya Allah Diya, jangan tinggalkan abang!" Yusri terus ke pejabat Diya. Malangnya PA Diya memberitahu dia bercuti panjang. Yusri terus mencari. Appartment Diya turut dilawati tetapi kosong. Nazri menjalani latihan di Negeri Sembilan. Dengan fikiran buntu, Yusri sanggup memandu ke sana hanya bertemu Nazri.
"Maaf abang buat abang menunggu. Kenapa nak jumpa Alang ni?"
"Ada kak ngah telefon Alang?"
"Tak da,tapi kenapa?" Yusri menggelengkan kepala. Mukanyna diraup berkali kali.
"Abang, kak ngah tak seperti kak long. Kak long abang boleh dibeli tapi kak ngah bukan macam tu."
"Memang kak ngah lain. Dia istimewa Alang." Air matanya mula mengalir.
"Abang dah pergi tengok rumah mak su?"
"Belum."
"Pergi tengok rumah mak su, kak ngah selalu mengadu masalah kat mak su atau kak Fifi."
"Terima kasih Alang. Kalau kak ngah telefon alang, bagitahu abang."
"InsyaAllah abang."
Yusri kembali memandu ke kotaraya. rumah mak su di tuju. Jawapan yang sama dia dapat. Yusri sudah bingung. Dia tidak tahu di mana mahu mencari Diya.

"Maaf cik, Encik Khairi ada?"
"Ada sekejap ya... Encik Khairi, Encik Yusri nak jumpa Encik."
"Yus, apa mimpi dia datang sini. Diya kata pagi tadi Yus outstation... suruh dia masuk."
"Assalamualaikum."
"Waalalaikumusalam... sekejap je pergi outstationnya?"
"Outstation?"
"Diya hantar Diyana pagi tadi kata kau outstation dan dia terpaksa ke HQ, tu yang hantar Diyana awal."
"Dia okey ke pagi tadi?"
Mendengar soalan dari Yusri membuat Khairi bersandar.
"Apa yang kau dah buat dengan adik aku? Patut le pagi tadi dia hanya memakai kacamata hitam. Kau buat dia menangis semalaman?" Khairi sudah berdiri di depan Yusri.
"Aku.. aku.."
"Apa salah adik aku sampai kau buat dia menangis" Khairi dah geram melihat Yusri di depannya.
"Dia tak buat apa apa salah... Aku pun tak tahu apa salah aku. Dia tuduh aku curang. Aku sayangkan dia Khai, aku tidak sanggup hidup tanpa dia Khai. Khai..." Sekali lagi air mata lelakinya mengalir laju. Tidak sampai hati Khairi hendak memukul Yusri. Akhirnya bahu Yusri di tepuk perlahan lahan. Dia biarkan Yusri menangis sebelum memikir dengan waras.

ASSALAMUALAIKUM
NANA BERTINDAK LEBIH JAUH. DIA CUBA MENGGANGGU MALAM YUSRI
DAPATKAH YUSRI RAIH SEMULA CINTA DIYA
KE MANAKAH DIYA LARI

LOVE U ALL
DHAZZMI

cinta pertamaWhere stories live. Discover now