BAB 45

131 9 0
                                    

Nazmi tunduk apabila berdepan dengan kakaknya. Dia tidak sangka selama ini kawannya hanya menjerat dirinya.
"Kau nak jadi apa hah! Kak Ngah percaya kau datang sini untuk menuntut ilmu. Jumpa kawan kerana..." Diya memarahi adiknya.
"Diya, bawa bersabar. Kita dengar penjelasan Nazmi dulu." Pujuk Yusri. Dia yakin adik iparnya tidak terlibat dalam hal ini.
"Alang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya, Abang Yus."
"Habis tu!" Sembur Diya.
"Diya..." lembut Yusri menegur.
"Alang cuma nak lepak dengan diorang je. Mana alang tahu diorang ambil barang tu dan buat kerja terlarang tu."
"Kalau abah tahu."
"Jangan bagitahu abah."
"Hmmm...biar abang uruskan dengan pihak polis dan kolej." Yusri menawarkan diri. Nazmi hanya tunduk. Dia menyesal dengan tindakannya.
"Kak Ngah." Lembut dia memanggil kakaknya, bimbang di marahi Diya.
"Alang menyesal. Mungkin pihak kolej akan gantung Alang, Kak Ngah. Dah berapa kali kami diberi amaran."
"Kak Ngah tak tahu nak cakap apa. Macam mana nak ceritakan pada abah." Air mata Nazmi mengalir. Diya sayu melihat adiknya. Tidak sampai hati untuk memarahi adiknya.
"Dah, jom balik. Alang selamat kerana air kencing negetif. Tapi kes tunjuk perasaan dan memukul pensyarah, Alang di buang kolej. Dah berkali kali kumpulan ni pukul pensyarah. Alang tak tahu ke?"
"Pukul pensyarah? Alang tak tahu."
"Nasib baik juga kawan Alang nama Amir kata Alang tak terlibat. Alang cuma ikut dia je. Tapi pihak kolej tak mahu pelajar yang ada rekod."
"Tak pe le abang, Alang terima je kalau kena marah."
"Alang balik dulu ke rumah Kak Ngah, nanti hujung minggu kita balik kampung bersama. Ceritakan hal sebenar pada Abah."
Nazmi mengangguk.

Khairi masih terus dengan pencariannya. Bukan senang nak mencari keluarga Zhen dalam Malaysia. Hujung minggunya dihabiskan dengan mencari keluarga Zhen. Jika dia dapat hubungi mereka dia cuba bertanya tentang mamanya. hingga saat ini dia masih gagal.
Hujung minggu ini sekali lagi dia temui jalan buntu. Dia datang ke Port Dickson dengan harapan yang tinggi tetapi gagal. Akhirnya dia bersantai di tepi pantai. Dia memandang ke arah bangunan yang hampir siap dibina. Tak sangka usahasama mereka sembilan bulan yang lalu sedang pesat di bina. 90% telah siap dan tidak lama lagi akan ada majlis perasmian. Mungkin dia akan sibuk. Keluhan keluar dari mulutnya.
"Hey, Encik Khairi." Suara lunak menegurnya. Bila mendengar suara lunak, dia terimgat Diya. Kenapa dia merindui Diya sedangkan hatinya rela melepaskan Diya kepada Yusri.
"Encik Khairi ni okey ke?"
Khairi memanggung kepalanya melihat gadis yang berdiri di depannya.
"Eh, Fifi, buat apa kat sini?"
"Kawan sekuliah ajak bercuti kat sini. Encik Khairi buat apa kat sini."
"Stalker Fifi." Bulat mata Fifi apabila mendengar kata kata Khairi.
"Hahahahaha... gurau je le... comel pula buat muka macam tu."
Wajah Fifi membahang memdengar pujian dari Khairi. Makin galak Khairi ketawa. Fifi tunduk.
"Maaf le... abang gurau je."
'Abang?... Dia bahasakan diri dia abang... aduii.. cair aku... tolong... tolong bagi nyawa...Diya... aku jatuh cinta buat kali ke 10 dengan orang yang sama."
"Fifi...Fifi...okey ke ni?"
"Saya okey." Balas Fifi apabila sedar dari lamunan.
"Encik Khairi buat apa kat sini." Tanya Fifi untuk menghilangkan rasa gugup.
"Apa yang encik encik... panggil abang Khai... tapi bukan bangkai tau...bau busuk lak." Khairi masih bergurau.
"Kenapa kena panggil abang?"
"Entahlah, suruh Diya panggil abang tak nak... teringin nak jadi abang. Mungkin kerana seorang abang tengah merindui adiknya."
"Abang Khai ada adik?"
"Adik yang abang Khai sendiri tak tahu lelaki ke perempuan."
"Maksud abang Khai?"
"Papa halau mama kerana fitnah dan saat itu mama tengah sarat mengandung...sebelum meninggal papa mencari mereka tapi tidak tahu di mana. Wasiat papa minta carikan mereka. Tu sebab abang ke sini. Cari keluarga Zhen yang mungkin dapat membantu."
"Zhen? Alan Zhen."
"Hah?"
"Kawan sekuliah Fifi. Nama Alan Zhen... Zhen lain dari yang lain... jarang jumpa."
"Ye ke... masa abang cari banyak betul nama Zhen."
"Alan ada di sini ke?"
"Tak ada. Ni ladies day, walaupun Alan tu lebih teruk ladies dari kami."
"Fifi, jom kita nak balik dah!" Jerit kawan Fifi.
"Abang bagi nombor telefon abang nanti Fifi call abang or text abang."
"Okey." Khairi memberi kad perniagaannya. Call nombor telefon bimbit tau, jangan le call waktu pejabat."
"Okey abang, bye." Khairi hanya melempar senyuman.
Hati Fifi melonjak dapat berbual mesra dengan Khairi walaupun dia tahu dia tidak dapat miliki Khairi. Dalam hati Khairi hanya ada Diya.

Nazmi melangkah pelahan di belakang Diya. Dia takut dimarahi abahnya. Walaupun abahnya jarang marah tetapi bila marah, semua jadi kecut.
"Elokpun Kak Ngah balik. Adik baru cadang nak bercuti kat sana.SPM dah habis." Nasir meluru ke arah mereka.
"Adik, mana salam. Ni hormat abang Yus." Tegur Nazri.
"Assalamualaikum abang, jemput naik. Abah dengan ibu ada dalam rumah." Nasir bersalaman dengan Yusri.
"Assalamualaikum." Yusri memberi salam sebaik saja masuk ke rumah. Kedua dua mertuanya menyambutnya.
"Diya nak ke dapur, buatkan air."
"Tak pe, tak pe, biar ibu buat. Diya berbual dengan abah." Cikgu Hajar mohon diri.
"Macam ada masalah je?" Cikgu Jalil menduga. Segera Nazmi tunduk.
"Kau buat apa, Nazmi?"
"Abah, Nazmi tak salah pun." Yusri memulakan kata. Dia yang bercerita sementara yang lain hanya berdiam.
"Abah dah agak bila Kak Ngah kata kau selalu bermalam rumah kawan. Kau bermalam rumah Amirkan?" Nazmi mengangguk.
"Abah kenal Amir tu. Anak murid abah."
"Tapi abah, Amir yang beri keterangan yang Alang tak terlibat." Yusri mencelah.
"Amir tu budak baik tapi tu lah... terpengaruh kawan. Abah memang risau tentang kamu sejak kamu duduk kat sana. Dah lah Kak Ngah kamu tak tinggal bersama kamu ni, lagi abah risau." Apabila ayat tinggal bersama di sebut, Yusri menjeling ke arah Diya.
"Dah le Acik, duduk le kat kampung ni. Kamu kerjalah balik dengan Usop tu. Belajar lah dengan dia." Cikgu Hajar mencelah. Hidangan sudah diletakkan di atas meja dan duduk di sisi suaminya. Nazmi hanya mengangguk.
"Maknanya adik tak boleh pergi ke kl lah."
"Kalau nak ke sana, kamu tinggal kat rumah Kak Ngah dan Abang Yusri." Tersedak Yusri bila mendengar ayat Cikgu Hajar. Segera Diya mengusap belakang Yusri.
"Tak payah lah pergi kl, adik. Alang sibuk. Kak Ngah dan Abang Yus pun sibuk sebab kerja. Diyana pun mereka tinggalkan kat sini."
"Baru ibu perasan, dah lama dah cucu ibu kat sini?"
"Dah seminggu ibu, rasanya hari ni nak ambik dia. Pengasuh dia kat sana dah rindu."
"Kita makan tengah hari kat sini ye, Yus. Jom Diya kita masak." Cikgu Hajar mengajak Diya ke daput. Belum sempat mereka ke dapur, adik beradik Cikgu Hajar turut serta.

cinta pertamaWhere stories live. Discover now