BAB 59

113 9 0
                                    

Diya bersiap untuk pulang. Dia menjeling ke arah jam.
'Ya Allah, aku lambat lagi ni.' Rungutnya. Apabila tumpu perhatian pada kerja, dia lupa sekeliling. Diya terus memandu pulang tanpa sedari dia diekori. Apabila mendengar azan berkumandang, Diya membelok ke sebuah masjid. Usai solat, Diya kembali ke keretanya. Dia perasan sebuah kereta hitam ada menunggu di luar pengkarangan masjid. 'Tu bukan kereta belakang aku ke tadi'. Sudah beberapa hari dia nampak kereta yang sama di belakang keretanya. Hati Diya berdetak. Namun dia cuba tenangkan dirinya. Sebaik sahaja keretanya keluar dari masjid, kereta hitam itu turut mengikutinya.
'Ya Allah, kereta tu ekori aku.' Air mata Diya mula mengalir. Perasaan takut menyelubungi dirinya. Dia menghubungi Yusri.
"Assalamualaikum sayang... eh kenapa ni?" Terkejut Yusri apabila mendengar esakan di hujung talian.
"Ada kereta ikut Diya, abang."
"Hah?"
"Diya takut, abang." Tangisan Diya semakin menjadi. Yusri keresahan.
"Ada balai polis tak yang berdekatan?"
"Tak ada..."
"Tempat orang ramai?"
"Ada 7e kat depan tu."
"Okey, masuk 7e tu dan send location kat abang. Jangan keluar dari situ sampai abang datang." Diya akur. Dia terus berada dalam kedai tersebut. Nasib baik hari ini pelanggannya agak ramai.

Udin memerhati mangsanya dari jauh. Dia pakir kereta agak tersembunyi dan masuk ke dalam kedai tersebut. Tersemyum dia melihat gelagat Diya yang ketakutan. Mata Diya asyik memandang keluar. Sempat dia meneliti keperibadian Diya. Seorang gadis yang ayu dan bersopan. Tubuhnya terjaga rapi. Auratnya tertutup.
'Nana, Nana, wanita anggun macam ni kau nak tanding. Kalau aku bagi pilihan pun aku tak kan pilih kau. Gadis murahan."
Tidak lama kemudian seorang lelaki masuk dan menerpa ke arah Diya. Diya merangkulnya tanpa perduli sekitarnya. Tangisan Diya berlagu di dalam dakapan lelaki itu. Udin kenal lelaki itu suami Diya, Yusri.
"Kenapa ni bro?" Udin beranikan diri mendekati mereka.
"Isteri saya ketakutan sebab ada orang ekori dia."
"Patutlah, isteri awak cantik dan awak juga tampan."
"Apa maksud awak?" Yusri merasa geram apabila isterinya di puji oleh seseorang yang tidak kenali.
"Mungkin ada orang yang sukakan awak tetapi awak terlalu sayangkan isteri awak. Menghapuskan isteri awak salah satu cara mendapatkan awak. So, hati hati lah." Kata Udin sambil menepuk nepuk bahu Yusri. Kemudian Udin keluar.
"Jom sayang, tinggalkan kereta sayang."
"Esok sayang nak pergi kerja."
"Abang hantar."

Udin ketawa kegembiraan. Lily di sisinya hanya memerhati.
"Apa yang happy sangat ni, tak nak share ke?" Suara merajuk dari Lily.
"Ala busyuk abang merajuk ya." Hidung Lily diusik.
"Abang dah jalankan tugas abang. Selama ini abang ekori dia tidak le dia sedar. Tadi sengaja abang nampakkan diri. Gelabah dia. Abang juga bagi hint kat suami dia."
"Betul le dia tu isteri Yusri Datuk Ismail?"
"Ya, Yusri tu jemput dia tadi."
"Yusri tu dulu bechelor hot kot. Banyak mak datin nak bermenantukan dia."
"Termasuk mama sayang?"
"Mama ada juga puji tetapi he is not my taste la, you are my taste, hot and sexy." Lily merangkul Udin dan mengucup bibir Udin. Udin balas kucupan sayang Lily tetapi kemudian dia merenggangkan bibirnya.
"Kenapa sayang?"
"BUkan kita dah berjanji ingin berubah."
"Ya. Maaf."
"Malam ini abang nak mula mengekori Boy. Mula jalankan rancangan kita."
"Hmmm tak ada kat kelab la."
"Ya.."
"Sayang balik ke rumah papa lah, boleh kan abang?"
"Itu yang baik. Baik semula dengan mereka."
"Sayang dah rapatlah dengan mereka. Dengar cakap papa. Papa nak sayang belajar balik dan sayang setuju."
Udin tersenyum. Dia mula dengan intipannnya yang baru. Dia tidak perduli dengan Nana lagi.

Awal pagi Yusri dan Diya ada di rumah Khairi. Niat mereka hanya menghantar Diyana.
"Hoi bro, kenapa berkepit hari ni?" Tegur Khairi sebaik turun dari atasnya.
"Kau sibuk je la kalau aku nak berkepit. Kau tu harus ada orang yang dikepit."
"Aku nak kepit dengan adik aku kau tak bagi."
"Ni nampak." Yusri menunjuk penumbuknya.
"Jangan terkejut, Diya. Setiap pagi dia orang bergaduh manja." Mak Intan mendukung Diyana.
"Jom sarapan DD. Biarkan mamat manja tu seorang." Khairi menarik tangan Diya.
"Amboi amboi, nak culik hak aku ke?"
"Perduli apa." Yusri mereka ke ruang makan. Kak Long sudah menyediakan sarapan.
"Kenapa keluar berdua ni? Ada projek tanpa aku ke?"
"Tak lah. Nak minta tolong kau ambil kereta Diya kat 7e."
"Kenapa rosak ke?"
"Semalam ada orang ikut Diya."
"What?" Kuat Khairi menjerit. Terkejut Diya yang berdiam dari tadi.
"Mulai hari ini aku akan hantar dan ambil Diya."
"Diya berhenti kerja kat sana, kerja dengan KK."
"Sedapnya mulut kau."
"Memang sedap semua masakan Kak Long." Khairi masih mahu bergurau. Dia tersenyum melihat Yusri.
"Aku tahu la bro, better kau ambil dia kerja dengan kau, ganti tempat aku yang masih kosong." Khairi memberi cadangan.
"Betul juga, kenapa aku tak terfikir?"
"Kau mana pernah fikir. Loading 24 jam."
"KK ni selalu tembak Yusri, sejak dari dulu. KK tak hormat abang ke?"
"Sayang, Khai ni sahabat. Dia bukan pekerja bawahan abang. Tapi bila masa kerja, kami serius."
"Tak fun le kalau serius 24 jam.. betul tak adik?"
"Adik?"
"Sah sah status kau adik ipar aku."
"Tapi aku tua setahun pada kau tak."
"Pangkat kau, kau kena panggil aku abang tau... Abang Khai."
"Bangkai..."
"Aaa... tu tak nak... bangkai-bangkai tak main." YUsri dan Khairi ketawa. Khairi sering menceriakan suasana.
"Yus, kau nak jumpa Datuk sekali ke?"
"Ya, usulkan cadangan kau."
"Projek Penang tu ke?"
"Projek Diya... tapi dah kita berdua ke sana, tak salah kita berbincang."
"Ada projek yang Diya tak tahu ke?"
"Tu tak payah fikirkan. Nanti ikut je kami."
"Ya. Dah lambat ni... Nanti Diya kena marah lak."
"Kau tu isteri pemegang saham terbesar Diya, mana ada yang nak marah." Khairi menutup mulut apabila terlihat jelingan  Yusri.
"Apa?"
"Dah, jom le kita bertolak. Dah lambat." Yusri sudah berdiri.
"Abang..." Suara manja Diya merayu penjelasan.
"Wow... melting aku." Usik Khairi sambil bergerak ke ruang tamu. Dia tahu Diya akan hadiahkan cubitan ketamnya kalau berdekatan dengan Diya. Mereka bersalaman dengan Intan sebelum bergerak keluar.

ASSALAMUALAIKUM
TERIMA KASIH MASIH MENGIKUTI IBU.. TOLONG VOTE N COMMENT UNTUK MAMBANTU IBU MEMBAIKI PENULISAN IBU...

LOVE YOU ALL
DHAZZMI

cinta pertamaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang