Riuh rendah di dapur apabila kaum hawa kalau memasak. Dah macam ada kenduri.
"Wow, sambal tumis udang petai dah masak. Ni yang Man sayang Diya." Lokman masuk ke dapur. Kehadiran Lokman membuat Yusri cemburu. Dia resah gelisah saat melihat Diya ketawa riang dengan Lokman. Yusri melempar senyum tawar apabila melihat ke arah bapa mertuanya yang berada bersamanya.
"Abah, saya rasa saya nak balik ke rumah umi sekejap, jemput Diyana."
"Jemput umi sekali, kita makan beramai ramai."
"Boleh juga."
"Diya!" Panggil Cikgu Jalil. Tidak lama kemudian Diya sudah berada di ruang tamu.
"Yusri nak balik ke rumah umi, jemput umi dan Diyana. Kau pergi ikut sekali."
"Tapi Diya kan tengah memasak." Yusri memotong.
"Tak pe ramai kat dapur tu. Yang penting dia dah masak sambal tumis." Gelak Cikgu Jalil.
"Kejap ya, Diya tukar baju." Diya memohon diri. Dia ke dapur sebelum masuk ke biliknya. Setelah selesai dia keluar dengan Yusri setelah memohon kebenaran dari abahnya. Cikgu Jalil tersenyum kerana Diya akur arahannya. Dia tidak mahu bisannya terasa jika anaknya tidak mahu ke rumah bisannya itu. Dia tidak mahu apa yang Dira lakukan pada bisannya berulang. Cikgu Jalil masuk ke ruang dapur melihat ipar duainya memasak.
"Ke mana Diya tu?" Tanya Cikgu Hajar.
"Yusri nak pergi ambik anaknya dan jemput bisan kita. Tak manis pula Yus balik seorang." Cikgu Jalil menjawab sambil duduk di kerusi. Dia melihat ke arah adik adik iparnya.
"Apa yang dah di masak?"
"Diya dah masak semuanya."
"Hah? Ingat baru masak sambal tumis je."
"Abang Long, anak dara abang tu cekap. Minta apa pun sekejap je dia siapkan."
"Untung Abang Yusri... Man juga yang melepas."
"Sedar sikit lah Man, tu adik sesusu kau." Mak Ndak memukul manja lengan anaknya.
"Tapikan Diya bertuah dapat lelaki sebaik Yusri. Sabar melayan kerenah Diya."
"Diya tu buat masalah ke Man?" Tanya Cikgu Jalil.
"Eh, mana ada? Lagipun Abang Yusri tu memang penyabar orangnya. Tengok macam mana arwah Kak Dira layan dia. Tak nak ke rumah mertua pun dia tak marah."
"Yusri memang baik dan Pak Long tak nak apa yang Dira lakukan pada dia tu berulang. Pak Long tahu kedua dua pernikahan ni bukan kehendak dia. Semuanya kerana taatnya seorang anak kepada seorang mak. Permintaan mak tak kan dia tolak."
"Diya juga anak kita yang baik, abang. Dia tak kan menyakiti hati Yusri. Walaupun Hajar layan Diya buruk , Diya tetap taat pada Hajar. Hajar tahu dia dapat bahagiakan Yusri."
"Dah lah abang long, kak long, Diya tu bahagia je kami tengok. Wajah Yusri pun nampak ceria je tiap kali balik dengan Diya bukan macam bersama arwah Dira dulu. Eh, tak elok kita sembang hal ni. Yang kita kena risau ni adik bongsu kita tu kak long. Tak kan nak biarkan dia hidup keseorangan."
"Betul juga tu. Tapi dia tu bukan nak kita jodohkan dengan sesiapa."
"Ala, Diya dah jumpa orang sesuai untuk mak su. Dia tengah cari jalan untuk rapatkan mereka."
"Cakap tentang Hanum ni... dulu ada Zul datang cari Hanum."
"Bila?" Serentak adik beradik Hajar bertanya.
"Hish kamu semua ni, terkejut kak long, dah lama dah, masa arwah Dira ada lagi."
"La, dah lama pun. Kak long bagi tahu ke mana Hanum ada?"
"Tak. Kak long halau dia."
"Kau ni Hajar, benci sangat dengan Zul. Dia ada sebab ceraikan Hanum dulu. Kan Hanum kata dia terpaksa demi keselamatan mereka."
"Betul tu kak long, Hanum hanya cintakan Zul dan hanya tunggu Zul balik je."Yusri sengaja membawa kereta dengan perlahan. Sekali sekala dia menjeling ke arah Diya. Diya juga keresahan dengan tindakan Yusri.
"Kenapa?" Diya mengalih kedudukan memandang Yusri. Diaa tidak memakai talipinggang keselamatan kerana jalan kampung.
"Kenapa apa?"
"Gaya Yus, macam Diya bersalah."
"Yes... Lokman."
"Kenapa cemburu?"
"You are my wife."
"Kami tak ada apa apa. Sebab kami tak boleh nikah. Diya ada dua ibu susu. Ibu dan Mak Ndak."
"Adik beradik susu?"
"Sebelum Yus, dia dulu tawar diri tapi
Mak Ndak bagitahu hal sebenar." Yusri diam.
'Kuatnya aku cemburu. Tapi tidakkah dia faham semua ni?' Bisik hati Yusri.
'Dia cemburu ke? Cemburu tanda sayang kan?' Diya juga berbisik sendiri.
Kepulangan mereka disambut gembira oleh Puan Saadiah. Dia sudah siap sedia untuk ke rumah bisannya setelah Yusri menghubunginya.Jamuan makan tengah hari di hidangkan di halaman rumah. Sebuah pangkin istirehat hasil tangan Cikgu Jalil jadi tumpuan. Gurauan senda dan gelak tawa kedengaran ceria ketika itu. Dalam keriangan, telefon Yusri berdering. Dia segera meninggalkan makanannya sambil menjawab panggilan. Semua mata tertumpu pada Yusri.
"Macam ni kata nak bawa balik Diyana. Sibuk je. Kesian Diya mesti selalu makan seorang."
"Diya selalu makan dengan adik adik."
"Hah?"
"Ya lah, bila abang kata dia tak balik makan kerana sibuk, Diya balik ke rumah diorang. Tunggu sampai Abang balik."
"Nasib baik rumah diorang tu dekat."
"Sebenarnya apartment tu lebih dekat dari rumah abang."
Yusri kembali duduk di tempatnya sebelum telefonnya berdering lagi. Kali ini dia menjawab di depan mereka.
"Ya, Khai.. ok.. kau booking flight malam ni. Ya..ya... always them. Ok..ok jumpa nanti.. Assalamualaikum."
"Kenapa?"
"Indonesia."
"Kalau macam tu tak payah nak bawa Diyana balik."
"Betul tu duduk rumah nenek Hajar pula ya."
"Betul tu Diyana... Pak Cik ada, pak.chu cuti... Pak lang pun cuti. Boleh kita bermain sama." Nazri mencelah.
"Diya nak balik lambat ke nak ikut abang sekali. Abang terpaksa balik sekejap lagi."
"Tentulah Diya ikut abang, baju abang siapa yang packingkan?" Lembut Diya membalas. Dia tidak mahu keluarganya tahu keadaan mereka sekarang.
"Maaf le umi,.Yus kena..."
"Tak payah kau risaukan umi ni. Adik adik kamu ada, Lokman pun ada, boleh hantar umi balik. Lokman tentu suka nak hamtar umi kan?"
"Aik, Man, kau ada affair dengan adik ipar aku ke?" Diya memandang Lokman.
"Eh, tak kuasa aku dengan budak kecil tu. Adalah..."
"Amboi mak Ndak, dah bau nasi minyak ni."
Baru saja Lokman hendak membuka mulut, Mak Ndak mencelah.
"Dah... dah, kalau kamu berdua dapat bersembang sampai subuh esok tak habis, Yusri dah nak balik tu."
Diya akur. Dia bersiap untuk pulang.
"Man, nanti story mory kat aku. Jangan lupa lak."
"Nanti aku call kau ye. Plan mak su tu pun aku belum cakap agi."
"Okey." Selepas bersalaman, mereka bertolak.
"Diya ambil kereta dan balik rumah mak su. Tunggu sampai Yus balik dan balik rumah kita."
"Rumah kita??"
"Maksud Yus rumah Yus lah sampai Nazri balik semula."
"Okey."
"Diya selalu hubungi Lokman?"
"Dia macam abang Diya. Dia tempat Diya mengadu selama ini... sejak dari dulu."
"Now you can rely on me too."
Diya tersenyum.
'Sekarang awaklah punca masalahnya tak kan nak mengadu pada awak.' Diya hanya mampu luahkan dalam hati.
Diya pulang ke rumah mak su dan Yusri tidak benarkan Diya menghantarnya ke lapangan terbang.
YOU ARE READING
cinta pertama
RomancePercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?