BAB 60

130 11 0
                                    

SUDAH  berhari hari Udin memerhati Boy. Kelab yang baru dia kunjungi satu kelab istimewa. Dia tidak sangka ada kelab seperti ini di Malaysia. Ingat di luar negara sahaja.
"Hai," Dia di teguri oleh lelaki dua alam. Suara kasar tapi berpakaian perempuan. Udin menghadiahkan jelingan maut.
"Jangan marah sayang. You minat Boy ke?"
"You kenal Boy?"
"Siapa tidak kenal Boy. Paling hot dalam kelab ni. Tu mangsa baru dia."
"Muda lagi budak tu."
"Orang macam Boy ni Udin, lelaki perempuan dia sebat. Dia kaki kikis." Udin terkejut bila pondan sebelahnya kenal dia.
"Jangan terkejut, kau kekasih Lily Datuk Zubir kan?" Udin menggangguk.
"Lily suruh kau balas dendam pada Boy ke?"
"Lily nak balas dendam?"
"Kau tak tahu ke Boy dulu kekasih Lily sebelum Nana rampas darinya."
"Lily tak bagitahu pun. Tapi saya nak balas dendam kerana Nana tipu saya."
"Hahaha... awak tahu siapa saya?" Udin menggelengkan kepala.
"Ismadi Zubir." Ismadi melihat ke arah Boy. Boy bangun keluar bersama sama dengan anak ikannya. Dia memberi isyarat kepada seseorang.
"Jom ikut saya." Udin akur. Ismadi membawanya ke sebuah banglo di kawasan elit.
"Kita kat mana ni?" Udin bimbang Ismadi ada niat seperti Boy.
"Tak perlu risau, aku lurus okey." Pintu rumah di buka. Seorang wanita anggun menyambut kepulangan Ismadi.
"Adi, kalau kerja sekalipun, jangan le bawa teman lelaki kau ke rumah. Nanti nampak Maya menangis dia."
"Apa ni mama, dia bukan teman lelaki Adi lah.. Ni kekasih Lily. Udin kau duduk dulu, aku nak bertukar." Ismadi menghilang diri ke atas.
"Oh ini Udin ke? Duduk sekejap, nanti mama panggilkan Lily. Bik... tolong buatkan air untuk tetamu." Udin di tinggalkan keseorangan. Perlahan lahan dia bergerak ke ruang tamu.
"Jemput duduk Udin." Seorang lelaki lewat 50an menghampirinya. Udin menghulurkan tangan.
"Datuk."
"Panggil je papa."
"Papa tahu, Lily ajar ajaran sesat pada Udin." Ismadi turun semula dengan pakaian ringkas. Udin memuji kekacakan Ismadi. Sama seperti papanya, walaupun berumur masih kelihatan segak.
"Macam mana boleh jumpa Udin ni? Dah beberapa kali papa suruh Lily bawa Udin."
"Adi tengah kerja tadi, ternampak dia. Orang orang Adi kata Udin mengikuti Boy, Adi pun nak tahu kenapa?"
"Nak balas dendam untuk Lily ke?" Udin terdiam. Dia segan bersuara di depan seorang lelaki yang berjaya dalam hidupnya.
"Sayang!" Lily berlari sambilmenerkam Udin. Tanpa segan silu pipi Udin dikucup.
"Lily... sopan sikit, naik merah muka Udin tu." Usik Datin Hawa. Lily duduk di sebelah Udin.
"Udin, papa nak ucapkan terima kasih sebab kembalikan anak perempuan kami. Kami cuma ada dua orang anak saja."
"Saya tidak buat apa apapun."
"Udin ada keluarga?"
"Hanya mak dan 5 orang adik adik."
"Kenapa kerja dekat kelab malam?"
"Saya terpaksa kerja untuk menanggung keluarga. Selepas papa meninggal, saya tempat mereka bergantung. Saya buat apa saja kerja asal beri pulangan yang dapat membantu keluarga saya."
"Dia kena tipu dengan Nana. Kata nak bagi 1000 sehari tapi bayangpun tak nampak. Boy minta bagi saja." Adu Lily.
"Macam Lily dulu juga kan. Abang tak nampak istimewanya Boy tu. Banding dengan Udin, kacak Udin lagi." Udin tunduk malu dipuji Ismadi.
"Kamu tamat SPM ke?"
"Saya sebenarnya di tahun terakhir semasa abah meninggal. Saya terpaksa tangguh pengajian saya."
"Kalau papa tanggung pengajian kamu berdua."
"Tapi keluarga saya..."
"Keluarga Udin keluarga kami juga. Udin tahu ke Lily sakit?" Udin mengangguk.
"Papa, Lily yang buat Udin sakit sama. Udin terpaksa kerja kerana tak nak keluarganya susah bila dia sakit teruk nanti."
"Udin belajar bidang apa?"
"Perniagaan."
"Bagus, belajar balik kemudian bantu papa. Tapi... dengan satu syarat."
"Papa nak Udin berenti kerja sekarang ke?" Lily mencelah.
"Tak... kamu berdua bernikah. Papa tak nak kamu berdua duduk serumah tanpa ikatan." Lily menunduk.
"Udin, terima je tawaran papa tu. Hal Boy biar abang uruskan. Tunggu saat je kena cekup."
"Udin bermalam le kat sini, esok kita pergi berjumpa keluarga Udin... Lily, papa tak nak Lily nakal masuk bilik Udin pula."
Udin senyum. Dia tidak sangka keluarga sekaya Datuk Zubir boleh terima dia hanya anak nelayan.

Terkejut Datuk Ismail apabila Yusri datang bersama Khairi.
"Kenapa ni?"
"Papa, Putra Jaya tak berfungsi pun."
"Papa pening dengan Bad ni. Nak suruh Diya ke sana balik ke?"
"Tak Diya di berhentikan."
"Tapi Diya okey, buat yang terbaik."
"Tempat dia di sisi suami. Yus nak tarik dia dekat Yus. Apa kata papa panggil Bad ke sini balik. Papa pantau dia. Sejak masuk dalam keluarga, prestasi dia semakin merosot."
"Habis tu di Putrajaya?"
"Minta HR carikan."
"Apa kata suruh Diya train staff dia di sana. Buat sementara boleh kan Yus?"
"Boleh lah Yus, sebab pejabat tu tak jauh pun dari office aku. Kalau kau risau dia diekori, kau boleh hantar dan ambil dia."
"Di ekori?"
"Entahlah papa, siapa yang sakit hati kat dia."
"Atau kat kau, cuba Khai bayangkan, lelaki hot, kaya ramai yang tergila gila... tup tup bagitahu dah kahwin. Tentu orang cemburukan Diya... Ada juga nak cari kesalahan Diya."
"Saya setuju dengan Datuk."
"Aku juga yang salah." Keluh Yusri.
"Eh Khai, nak bincang hal Penang ke? Baru nak cadangkan Diya pergi buat kajian."
"Papa, kenapa kena Diya juga."
"Tengok Khai, dia risau sangat isteri dia. Dulu Diya bebas je ke PD tanpa sesiapa teman."
"Ye ke... Datuk suruh Diya pergi tapi ada orang tu tawar diri untuk teman. Macam alasan dia bagi." Usik Khairi sambil ketawa.
"Kamu berdua ni ada saja. Kau suruh le sesiapa saja pergi."
"Saya rasa saya nak pergi ke sana. Tapi lepas mesyuarat pemegang saham hujung bulan ni, boleh kan Datuk?"
"Dah ada orang tawar diri lagi senang."
"Tapikan, aku rasa nak bawa Diya la..."
"Khai...." Berderai tawa Khairi dan Datuk Ismail.

ASSALAMUALAIKUM
KEBELAKANGAN NI IDEA IBU KURENG... BAB SEMUA MEMBOSANKAN
MAAF YE..

SIAN DIYA DIA JADI MANGSA KERANA MILIKI SUAMI HOT DAN KAYA
MASIH BANYAK YANG CEMBURUKAN DIYA

LOVE YOU ALL
DHAZZMI

cinta pertamaWhere stories live. Discover now