Khairi melihat telefonnya yang berdering. Matanya masih berat untuk membuka. Semalam dia menghantar Yusri menaiki kapal terbang lewat malam.
"Hello." Suaranya kedengaran serak. Fifi di hujung talian rasa tergoda dengan suara romantik dari Khairi.
"Abang Khai tido lagi ke?"
"Hmmm..."
"Ala, ingat nak ajak jumpa Alan. Dia free minggu ni."
"Alan? Alan mana ni sayang?"
'Sayang... abang Khai panggil aku sayang'
"Hmmmm... ni siapa ya?"
'La, dia tak tahu aku call ke. Dia saja je le panggil sayang.'
"Tak pe le, abang penat. Nanti Fifi call balik le."
"Fifi? Eh... Fifi, nanti dulu. Sorry,.. sorry, abang tidur lewat malam tadi. Pukul berapa dah ni?"
"Dah pukul 10 pagi."
"Ya Allah ni semua Yusri punya pasal. Abang hantar dia ke airport pukul 1 pagi, pastu flight delay le pula, pukul 4 baru nak balik rumah. Lepas subuh tadi baru tidur. Bila nak jumpa Alan?"
"Kalau abang masih penat, kita jumpa lepas zohor... dalam pukul 2 macam tu."
"Okey, nanti abang nak jemput Fifi kat rumah ke?"
"Tak pe, tak pe, kita jumpa kat mall ya."
"Ok.. sampai sana nanti roger roger abang."
Setelah berbalas salam mereka memutuskan talian.
Diya termenung di ruang tamu.
'Yusri begitu ambil berat tentang diri ku ini. Kerana apa semua ini? Sayang,cinta, taupun kekeluargaan. Ah, mungkin dia masih anggap aku hanya adiknya seperti dia layan adik adik aku. Diya, kau harus mengalah atau kau akan terus berjuang.'
"Diya... Diya." Tiada reaksi dari Diya. Hanum hairan. sejak kebelakangan ini anaksaudaranya lebih banyak termenung. Tangan Diya di sentuh. Diya tersentak.
"Eh Mak su, kenapa?"
"Diya tu yang kenapa? Asyik termenung je. Tiap kali balik sini hanya termenung je."
"Entah le Mak su." Diya mengeluh.
"Tak baik mengeluh. Kenapa ni?"
"Macam mananak tahu orang tu jatuh cinta pada kita?"
"Dia ambil berat tentang kita."
"Tapi kalau dia ambil berat sebab hubungan kekeluargaan. Rasa tanggungjawab sebab pernah ada hubungan keluarga."
"Betul tu kalau dia anggap kita hanya sebagai adik."
"La dah kenapa dengan anak buah Mak su ni?"
"Mak su masih cintakan Pak su?"
"Apa kena mengena dengan masalah kamu berdua."
"Adakah mak su akan benci keluarga pak su."
"Masalah mak su dengan pak su tiada kena mengena dengan keluarganya."
"Mak su kalau pak su menyesal dengan perceraiaan ni, adakah mak su nak pak su balik?"
"Apa maksud Diya?"
"Mak su..." Fifi memegang tangan Hanum.
"Sebenarnya atau secara kebetulan, Allah telah menemuikan kita untuk sesuatu. Fifi ni anak saudara Pak Long ZulHasni. Diya dah jumpa pak long untuk mengesahkan pak long Fifi adalah pak su Diya." Hanum tunduk.
"Pak long baru saja pulang dari luar negara setelah berpuluh tahun berada di luar negara. Dia ingin berjumpa mak su semula untuk menerangkan hal sebenar."
"Mak su tak nak dengar tentang dia." Hanum bangun dan beredar dari situ.
" Macam mana ni Diya?"
"Nanti aku fikirkan."
"Okey, aku ada hal hari ni. Nak keluar."
"Amboi dating ke tu?"
"Anggap je le dating walaupun bukan.. hahahaha" Fifi ketawa.
'Alangkah indahnyajika pertemuan ini satu temujanji.' Bisik hati Fifi.Seperti yang di janji, Fifi telah awal menunggu Khairi. Khairi tersenyum ketika menghampiri Fifi.
"Mana Alan?"
"Dekat butik mama dia lah."
"Kat mana?"
"Dekat sini je, jom."
Khairi mengikuti Fifi. Sebuah butik pakaian pengantin mereka masuk.
"Aya... ni baju untuk pasangan cina maa. Olang melayu tara datang sini. Mana ada baju untuk lu yang bertudung." Tegur seorang wanita tua. Fifi tersenyum melihat wanita itu.
"Zumu, ni kawan Alan la." Alan keluar dari belakang.
"Maafkan nenek I ni, Fifi. Dia lah sumber inpirasi I tau."
"Tak mengapa. Ni I kenalkan Abang Khai."
"Hai abang... you ni anak cina ke?"
"Hmmm campur.."
"Sila duduk. Fifi kata abang nank tahu tentang keluarga Zhen."
"Baik lah, biar abang berterus terang je. Abang nak cari adik abang. Tetapi abang tak tahu di mana nak mula. Apa yang abang tahu mama abang nama Zhen Su Lian."
"Su Lian... Su Lian, mana anak aku! Mana anak aku!" Nenek Alan terus menerpa Khairi. Terkejut Khairi.
"Kenapa ni?" Keluar dua lelaki dan perempuan dari belakang.
"Kenapa dengan nenek kamu Alan?" Tanya perempuan yang berusia lewat 40an
"Zumu terkam abang ni bila abang sebut nama Zhen Su Lian."
"Jangan sebut nama tu! Nama tu dah mati! Aku tak ada anak nama tu!" Amuk seorang lelaki yang agak berusia. Khairi yakin itu suami nenek tua yang serang dia tadi.
"Saya ni papa Alan, Simon. Kamu berdua siapa?"
"Maaf uncle, boleh tak kita jumpa lain kali. Tolong hubungi saya bila uncle rasa uncle ada masa lapang. Ni kad saya. Ianya penting untuk saya." Kata Khairi sambil menghulurkan kad perniagaan. Simon mengambilnya dan menyimpannya. Khairi dan Fifi memohon diri. Khairi mengajak Fifi menemani dia makan sebelum pulang. Restoran makanan segera menjadi pilihan.Diya buntu untuk menyelesaikan masalah Hanum. Hanum enggan bertemu dengan Zulhasni. Hanum juga tidak mahu mendengar penjelasan dari Diya. Telefon bimbitnya berdering membuat dia masuk ke dalam bilik. Panggilan dari Lokman.
"Wei, kenapa tak call semalam?"
"Assalamualaikum wahai kembarku."
"Waalaikumusalam... kenapa tak call? Kau bukanpun layan suami kau."
"Aku lupa bila sampai rumah mak su. Aku sedih tengok keadaan maksu. sedih tapi tak mahu dengar penjelasan."
"Apa yangkau nak buat?"
"Aku binggung la Man."
"Apa kata kau ajak dia keluar dan bawa dia ke restoran Pak su."
"Habis tu aku nak buat apa?"
"Mana ada habis... belum habis lagi."
"Nak buat apa lepas tu?"
"Let it be. Biar mereka berdua yang selesaikan. Diya hanya bawa mereka berjumpa. Itu sudah memadai."
" Kenapa kau ambil perniagaan dulu. Kau harus ambil kauseling tau."
"Kan aku ikut kau. Lagipun aku suka kat kau sejak dari sekolah lagi. Kau tak masuk asrama penuh, aku pun ikutkan."
"Ingat sikit, kita bukan boelh bercinta pun."
"Aku baru tahu dan aku redha lepaskan kepada Abang Yus tapi kalau kau jatuh ke tangan Bad dulu, aku akan rampas kau dari Bad."
"Isk kau ni. Eh, apa maksud Umi yang kau selalu ke rumah dia."
"Bukan rumah dia la. Aku ke rumah Pandi, kau ingat tak kawan sekolah kita tu."
"Kenapa dengan dia? Bukan ke dah kahwin kat luar negara ke?"
"Kau lupa ke dia ada kembar yang pemalu tu. Masa tingkatan 1 dah masuk MRSM."
"Bakal doktorkan? Dia masih dalam latihan kan?"
"Kebetulan kami berjumpa dan entahlah mungkin jodoh."
"Amboi kau tak nak story kat aku pun."
"Siapa kata aku tak nak story, kau tu yang busy 24 jam macam pm pula. Bila aku call kau kata nanti kau call balik, haram nak call balik."
"Kalau orang cemburu tu apa tandanya?"
"Sayang."
"Aku bingung la dengan Yus, dia tu cemburu tapi hanya dengan kau."
"Yus? Why Yus?"
"Habis tu tak kan aku nak cakap hal orang lain."
"Tak maksud aku why must you call him Yus? Dia suami kau, Diya. Kau kena hormat dia... panggil dengan nama yang romantik... Macam Ana panggil aku, D..."
"Aduiii sakitnya telinga aku. Cepatlah nikah."
"Memang nakcepat cuma tunggu dia habiskan latihannya akhir tahun ni."
"Habis tu tak..."
"Tak HABIS lagi."
"Eeeee... geramnya aku dengan mamat ni. kau tak nak bertunang ke?"
Aku nak buat sekali terus je, bertunang dan menikah. Selalu aku ke sana pun sebab aku jumpa Pandi, ada projek kami berdua."
"Amboi nak rahsia dari aku ke?"
"Dalam rancangan lagi. Nanti kami nak minta khidmat nasihat abang Yus. Dia kan berjaya dalam perniagaan."
"Pandi tu buat apa sekarang?"
"Uruskan kedai runcit family dia."
"Belajar luar negara akhirnya kerja kampung."
"Kau jangan pandang rendah kat dia. Dia balik kampung sebab mak diatinggal seorang lepas bapa mereka meninggal. Dulu dia dah tinggi jawatannya."
"Eh, ada incoming call dari my husband."
"Okey... okey, Diya cuba panggil dia dengan panggilan yang hormat dia."
"Ya lah, Assalamualaikum." Diya memaaaatikan panggilan dan menjawab panggilan Yusri. Yusri hanya berbual tentang masalah syarikatnya dan bertanya khabar. Tiada kata rindu atau cinta... Ah Diya kenapa kau mengharapkan perkara ini dari dia. kau tu yang kena usaha dapat cintanya.
YOU ARE READING
cinta pertama
RomancePercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?