BAB 49

123 10 0
                                    

Akhirnya usahasama mereka selama ini membuahkan hasil. Majlis perasmian hotel yang tersergam indah akan diadakan. Yusri bercadang untuk berada awal sebelum majlis. Dia ingin memastika segalanya berjalan lancar. Kebetulan Diya juga akan ke sana lebih awal kerana dia mahu segala yang dia usahakan berjaya. Yusri berjanji akan menjemput Diya untuk pergi bersamanya dengan Khairi.

Khairi bersiap untuk keluar. Sebaik sahaja ingin keluar,Simon menelefonnya. Simon ingin berjumpanya.
"Hello Boss."
"Assalamualaikum Khai."
"Waalaikumusalam, aku nak bagi tahu aku pergi sendiri le."
"Kenapa?"
"Ada hal sikit. Jumpa di sana nanti."
"Okey bro. Pandu hati hati."
"Kau juga, kau tu bawa anak dara orang."
"Aku tahu." Setelah memberisalam mereka memutuskan talian.

Diya mengemas bajunya. Hanum dan Fifi turut bersamanya untuk memastikan Diya bersedia.
"Diya, ni baju aku reka khas untuk kau."
"Wow cantiknya glem sangat."
"Kau kena glem sebab nanti semua datin datin di sana tu glem. Aku tak nak kau tenggelam dengan kehidupan bongkak mereka tu."
"Thanks Fifi." Diya memeluk Fifi.
"Kak Ngah, Pak su datang. Bawa makanan." Jerit Nazri.
"Wow pak long bawa makanan, bestnya. ni yang sayang pak long." Fifi berlari keluar dari bilik. Dia menyambut makanan yang di bawa dari Zulhasni.
"Anak saudara Pak long ni kalau bab makan dia nombor satu tak sayang badan ke?"
"Okey apa badan macam ni."
"Dia nak pergi sana dengan siapa?" tanya Zulhasni.
"Abang Yusri."
"Bercakap tentang Yusri, betul ke dia nak bertunang dengan anak Datuk Hilmi tu."
"Mana pak su dapat berita ni?"
"Selalu Datuk Hilmi dan anak perempuannya makan kat restoran pak su dengan Yusri. Anak Datuk tu kata mereka akan bertunang tidak lama lagi." Diya terdiam.
"Kak Ngah, abang Yus dah sampai kat bawah."
Diya menghabiskan makanannya sebelum mengambil bag bajunya di dalam bilik. Nazri membawa bag Diya turun ke bawah. Yusri tersenyum apabila melihat Diya. Diya bersalaman denga Fifi dan Hanum..
"Diya hal ni bawa berbincang. Mungkin ada jalan penyelesaian." Bisik Hanum saat mereka berpelukan.
"Jom sayang, jauh lagi perjalanan kita."
"Wow Diya, dia panggil kau sayang." Fifi berbisik.
"Tak de maknanya. Dia gurau je tu." kata Diya sebelum berjalan ke arah kereta. Yusri membuka pintu untuk Diya. Mereka bergerak meninggalkan yang lain.
"Diiya dan Yusri nampak serasi."
"Yang abang bawa berita tu kenapa?" Hanum memarahi Zulhasni.
"Berita apa?"
"Tentang Yusri nak bertunang saat Diya nak berbahagia."
"Tak faham?"
"Yusri dan Diya tu dah berkahwin. Cuma mereka tidak mahu meluahkan perasaan masing masing."
"Tapi Yusri macam tak suka je budak perempuan tu.Dari pandangan abang Yusri sayangkan Diya. Ucapan sayang tadi memang ikhlas."
"Harap mereka bersatu."

Diya hanya diam. Dia tidak tahu memulakan perbualan. Kalau ada Khairi tentu tidak kekok begini.
"Khai mana?"
"Dia tidak jadi ikut kita, ada hal katanya." Diya terdiam semula. Dia ingin kepastian tetapi dia tidak tahu memulakan perbualan.
"Kalau suka sangat dengan Khairi, kenapa ikut abang?"
"Apa yang Yus cakap ni?"
"Dia marah sebab Khai tak ikut kita."
"Bukan sebab Khai."
"Habis tu sebab apa?"
"Sebab YUS!" Diya tinggikan suara. Dia tidak dapat menahan marahnya. Yusri memberhentikan keretanya di bahu jalan.
"Sebab apa?"
"Siapa Diya ni bagi abang?" Diya tidak sedar dia telah menukar panggilan.
"Isteri abang."
"Kalau Diya isteri abang kenapa abang nak bertunang?"
"Bertunang? Buat apa abang nak bertunang kalau abang dah ada isteri."
"Isteri yang abang tidak sayang."
"Diya, sejak dari dulu abang cuba menjadi abang kepada Diya..."
"Dah, Diya tidak mahu mendengarnya. Jom kita pergi." kata Diya. Air mata mengalir di matanya sejak dari mula dia meninggikan suara. Yusri ingin membuka mulut tapi Diya memalingkan muka. Yusri menarik nafas sebelum menghidupkan enjin keretanya. sepanjang perjalanan mereka di temani lagu dan dj. Sesampai di destinasi, Diya terus masuk ke biliknya yang telah di sediakan sejak dari awal lagi. Yusri tidak sempat mengekori Diya dia telah dipanggil oleh kakitangan hotel. Beberapa urusan yang dia harus uruskan sebelum majlis bermula. Setelah selesai Yusri kembali ke bilik Diya. Dia yakin Diya tidak keluar untuk makan sejak dari keluar rumah. Jam menunjukkan hampir 6 petang. Pintu bilik Diya di ketuk berkali kali. Akhirnya Diya membuka pintunya. Mata Diya sembab akibat menangis. Diya berjalan ke arah katil membelakangi Yusri. Sebaik mengunci pintu, Yusri menghampiri Diya. Di rangkul Diya dari belakang.
"Kenapa Diya tidak benarkan abang beri penjelasan. Diya selalu minta mak su mendengar penjelasan pak su tetapi tidak pernah mahu dengar penjelasan dari abang." Yusri menarik nafas. Diya hanya kaku dalam pelukannya.
"Apa yang abang nak cakap. Abang cuba menjadi abang kepada Diya sejak dari dulu tetapi abang tidak boleh menipu diri abang. Abang cintakan Diya dan abang tidak mahu menjadi orang lain dalam hidup Diya. Abang mahu menjadi 
insan yang Diya sayang dan cintai. Abang sabar menunggu Diya terima abang dalam hidup Diya. Abang tidak mahu menjadi insan yang melukakan hati Diya. Abang nak membahagiakan Diya. Tolaong bagi peluang untuk abang." Yusri memusing Diya mengadapnya. Air mata Diya yang mengalir diseka. Dia mengucup kedua dua mata Diya, kemudian beralih ke pipi Diya. Akhirnya bibir mereka bertaup. Diya membalas rangkulan suaminya.
"Sayang tak makan sejak dari tadi. Jom makan." Kata Yusri.
"Dah dekat solat maghrib ni. Lepas maghrib ya."
"Okey, abang masuk bilik abang sekejap nanti abang datang balik. Love you." Yusri menyentuh hidung Diya sebelum keluar. Diya terus menyucikan diri untuk mengadap Yang Maha Esa.

Berita dari bapa saudaranya suatu berita gembira. Ingin sekali meraikan dengan insan sepatutnya mendengar berita ini. Sebaiksahaja dia menghampiri bilik Diya, dia terlihat Yusri keluar dari bilik Diya diikuti Diya. Mereka berpegangan tangan. Kenapa hatinya merasa geram melihat mereka tetapi apabila melihat wajah ceria Diya dia menjadi tenang. Dia berjalan semula ke biliknya. Lupakan niat ingin keluar makan.

Yusri dan Diya memilih makan malam di luar kawasan hotel. Mereka  tidak mahu di hidu perubahan mereka.Sepanjang malam mereka memadu kasih yang selama ini terpendam. Malam itu Yusri mengajak Diya bermalam di biliknya.
"Kenapa bilik abang begitu rahsia sangat? Tak mahu Diya ubahsuaikan."
"Tentulah rahsia. Abang sebenarnya bertekad mahu meluahkan sesuatu untuk Diya pada malam perasmian tetapi...."
"Ala tak ada surprise le ni?"
"Ada sayang, mari." Yusri memimpin Diya masuk ke ruangan bilik tidur. Terkejut Diya melihat terpampang gambar mereka berpakaian pengantin.
"Abang..."
"Tak perlu letak gambar bawah bantal kan." Usik Yusri. Yusri terjumpa gambar yang sama Diya sorokkan di bawah bantalnya. Diya tunduk malu.
"Sayang, Happy 1st Anniversary." Yusri menghulurkan jambangan coklat dan bunga. Hadiah ini dia sediakan untuk majlis perasmian tetapi dia rasa sekarang waktu yang sesuai.
"Terima kasih abang."
"Kasih Diya sentiasa abang terima tapi terima kasih je tak ada balasan."
"Balasan, Diya mana tahu nak sambut anniversary. Diya tak belikan hadiah."
"Ada hadiah yang istimewa tau."
"Apa?" Yusri hanya tersenyum nakal.
"Abang ni." Diya cuba mencubit Yusri tetapi Yusri menariknya dalam pelukannya. Malam itu menjadi malam bersejarah bagi mereka. Keindahan yang tidak dapat digambarkan.     

cinta pertamaWhere stories live. Discover now