Iqram pulang ke rumah dengan jiwa yang sakit. Sayup sayup dia terdengar perbualan di dapur. Iqram bergerak ke dapur.
"Apa kata Iqram?"
Langkahnya terhenti apabila mendengar namanya disebut.
"Ina nak tinggal kat sini." Rengek Zarina. Keluarganya sedang berbincang halnya.
"Tapi Ina tak boleh tinggal berdua dengan Iqram. Kak Intan dan Abang Zul balik ke rumahnya sebelah malam."
"Ina malas le balik kampung, nanti semua menghina Ina. Mereka akan menunding jari mengatakan Ina yang salah. Tapi sebenarnya Abang Khai yang curang."
"Betul, Khai yang curang." Iqram bersuara.
"Sekarang abang percaya yang abang Khai yang telah memerangkap kita. Dia yang buat kita berdua tertidur dan menghubungi Diya. Kalau tak kenapa dia ada bersama Diya."
Iqram termakan dengan kata kata Zarina.
"Ina boleh terus tinggal di sini. Abah, abang Zul, tolong uruskan pernikahan saya dengan Ina minggu depan."
"Maksud Iqram."
"Biar Ina halal untuk saya. Ina dah banyak derita kerana Khai." Zarina dan Mak Nab mengorak senyuman. Kini lubuk emas telah jatuh ke tangan mereka.Diya menunggu Khairi dan Yusri di tempat yang dijanjikan. Namun begitu hanya Khairi yang hadir. Yusri memberi alasan yang dia mempunyai urusan penting. Mereka berdua menuju ke rumah Iqram. Hati Diya berdebar. Dia juga rasa bersalah sejak dia tahu Iqram sakit.
Sesampai di rumah Iqram, telah ada ramai tetamu.
"Ah, tak mungkin." Kata Khairi. Khairi dan Diya meluru masuk tanpa memberi salam. Mereka bimbang mereka tidak sempat bertemu Iqram.
"Aku terima nikahnya Zarina bt Ahmad dengan mas kahwinnya sebanyak tiga puluh ribu ringgit malaysia, tunai."
Terkaku Diya dan Khairi mendengar lafaz yang keluar dari mulut Iqram. Selesai mengaminkan doa, Iqram memgangkat muka. Dia dapat lihat wajah Diya dan Khairi di depan matanya.
"Tahniah." Diya menahan sebak di dadanya. Dia beredar segera supaya tiada siapa melihat airmatanya. Iqram ingin mengejar Diya tetapi Khairi menghalang.
"Masih ada urusan yang belum di selesai. Tahniah sahabat. Ina, tahniah, tolong jaga Iqram baik baik. Saya minta diri dulu...Assalamualaikum." Khairi melangkah keluar dari banglo milik Iqram. Tercapai cita cita Zarina. Cuma dia sedih kawan baiknya melupakan dirinya sewaktu majlis sebesar ini.
Diya menitis air mata semahunya di dalam kereta. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia bersedih sedangkan hatinya bukan milik Iqram. Khairi membiarkan Diya menangis sepuasnya sebelum dia menghantar Diya pulang."Bagaimana pertemuam semalam?" Tanya Yusri ketika mereka keluar untuk makan tengah hari.
"Kau sepatutnya berada di sisinya."
"Aku tidak mempunyai kekuatan untuk melepaskannya kepada orang lain."
"Saat ini dia perlukan kita Yus. Dia sedang berduka."
"Apa maksud kau?"
"Iqram menikahi Zarina semalam, di hadapan Diya."
"Habis tu dia macam mana?"
"Aku tidak tahu nak tenteramkannya. Air matanya menyakitkan hati ku."
"Ya Allah Diya, besarnya dugaan kau. Semoga kau tabah."
Minggu seterusnya tiada panggilan dari Diya. Diya enggan bertemu mereka. Malahan Diya seperti mahu memutuskan persahabatan mereka."Khai, kita kena jumpa klien hari ni."
"Ok."
Yusri enggan memberitahu siapa yang mereka ingin berjumpa. Dia mahu Khairi bersamanya dalam semua urusniaga.
"IA?" Tanya Khairi bila mereka sampai ke destinasi.
"Ye." Yusri terus melangkah. Kedatangan mereka disambut mesra oleh Iqram. Tubuh Khairi di rangkul.
"Kau masih marah aku, Khai?"
"Siapalah aku nak marah kau."
"Tapi aku rampas Zarina dari kau."
"Kau sendiri tahu aku tidak pernah mencintai dia."
"Kalau kau benar benar cintakan Diya, kenapa kau fitnah aku!" Tinggi suara Iqram.
"Wow, siapa fitnah siapa? Aku juga mangsa kau tahu tak!"
"Wow...wow... dengan perasaan marah kita tak boleh selesai masalah ni."
Baru Iqram perasaan Khairi tidak keseorangan.
"Iq, ini CEO YI, dia boss aku."
"Oh, maaf."
"Saya rasa kita harus bincang hal peribadi dulu baru perniagaan. Kalau kita tak sefahaman susah nak berurus niaga."
"Khai, luahkan."
"Iq, kau sahabat aku. Kita kenal dari kecil dan kau tahu aku sokong kau dalam hubungan kau dengan Diya."
"Kenapa kau fitnah aku hingga Diya benci aku."
"Diya tak benci kau."
"Kau tahu apa yang jadi malam Ina lari dari rumah. Ina marahkan aku sebab pertahankan Diya. Aku pertahan Diya sebab Diya bukan seperti apa yang Ina dengar. Apa yang Badrul tuduh."
"Hubungan aku dengan Diya? Kau tak harus cemburu aku tapi Yusri, mungkin hati Diya masih dipegang oleh Yusri. Aku mengaku, aku sayang Diya. Tapi tak semestinya aku dapat miliki hati Diya."
"Yusri?" Iqram melihat ke arah pemuda kacak di sebelah Khairi.
"Aku pun tak tahu hati Diya milik siapa. Cuma hati aku milik dia. Tapi aku tak kisah kalau dia pilih siapa yang dia cintai antara kami."
"Kau..."
"Mungkin kau bertuah, wajah dia selamba sewaktu aku berkahwin, nampak keriangan saat Khairi berkahwin tapi kau, dia melinangkan air mata."
Iqram tunduk.
"Dah sebulan, kau bahagia?"
"Dia hanya mahu duit aku je..."
"Ya, aku kenal sangat dia. Dia tiada tinggikan suara dekat kau?"
"Tak.. suara manja, perlu sesuatu. Tapi dia tidak pernah jalankan tanggungjawab isteri. Makan minum aku..."
"Kau masih ada pembantu, aku yang tak ada pembantu pun aku uruskan sendiri."
"Kita tidak harus bermusuh kerana seorang gadis. Hey, perempuan boleh berkongsi kasih ni kan kita. Lagi pun kita tidak tahu hatinya milik siapa? Best man win."
"Aku kagum dengan kau Encik Yusri..."
"Call me Yusri or Yus."
"Ya, I memang kagum dengan you, kau tahu Khairi ada perasaan pada kekasih you tapi you masih boleh berkawan dengan Khai."
"Iqram, aku tidak tahu perasaan Diya walaupun Khai kata macam tu. Apa yang penting Diya bahagia."
"Eh eleh... tu mulut kau tapi kau tak mampukan.. kau tak sanggup nak serahkan dia pada Iqram dulu."
Yusri menarik nafas. Dia tersenyum.
"Yusri, anggaplah kita dah mulakan usahasama... tak perlu kau tunjuk kertas kerja korang. Keperibadian Yusri pun telah membuat aku yakin."
"Wow.. senangnya."
"Aku ingin jadi kawan korang demi Diya. Tapi...betul ke kau pegang hati Diya?"
"Kau jangan percaya cakap Khai ni. Entah dia yang pegang... nak jumpa anak aku pun ajak Khai. Khai sentiasa ada bila Diya ada."
"Betul tu, jumpa aku pun mesti ada Khai."
"Wow...wow... wow... aku sayang persahabatan aku dengan Diya. Aku tak mahu tengok dia sedih macam sekarang... dah sebulan kot."
"Dia tak apa apa, sibuk sikit kebelakangan ni."
Dua pasang mata menyorok ke arah Yusri.
"Yusri lebih banyak tahu tentang Diya?"
"Bro, kau ingat tak aku cerita tentang abang ipar dia, dulu masa aku praktikal."
Iqram mengangguk. Khairi pernah menceritakan Diya jatuh cinta kepada lelaki yang berstatus abang ipar.
"And...ini abang iparnya."
"Makna betullah kau pernah memiliki hatinya, Yusri."
"Aku juga pernah kecewakannya. Aku menolak untuk memilikinya kerana aku mahu dia berjaya."
"Maksudkau?"
"Selepas isteri aku meninggal, Diya menjadi mama kepada Diyana. Umi aku pernah merisik pada Diya supaya mengganti tempat kakaknya... kata umi masa tu Diya hanya diam."
"Diam makna setuju."
"Mungkin Khai tapi masa tu dia dapat tawaran kerja di Isma Holding, dan aku tinggalkan dia."
Yusri tunduk. Dia masih terbayang air mata Diya sewaktu dia berangkat ke Indonesia. Adakah air mata tu untuknya atau untuk Diyana?
"Okey Yusri, aku faham perasaan kau bagaimana rasanya menyakiti hati insan yang kita sayang. Sekarang, best man win..."
Mereka bertiga tersenyum. Mungkin di mata mereka terbayang wajah Diya.

ANDA SEDANG MEMBACA
cinta pertama
RomancePercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?