'SIAPA dia?" Soal ibu mecah keheningan petang itu. Diya tidak menyangka bahawa kepulangannya kali ini di buru pesoalan yang dia ketahui. Sekali lagi dia menatap gambar yamg di letakkan di atas meja. Gambar seorang pemuda yang berambut paras bahu dan memakai cap yang menyembunyikan sebahagian dari wajahnya. Berbaju tebal dan berlatar belakangkan salji. Dia tidak pernah mengenali pemuda yang menuntut di luar negara. Malahan dia baru sahaja masuk ke pusat pengajian tinggi.
"Ibu tanya kenapa diam...ibu hantar kau belajar ke U tu untuk menuntut ilmu bukan untuk bercinta. Diya hanya mampu diam. Dia tidak berani melawan aura bengis ibunya.
"Diya...Diya kenal ke pemuda ni?" Lembut saja pertanyaan abahnya. Perlahan-lahan Diya menggelengkan kepalanya.
"Habis tu macam mana dia boleh meminang kamu?" Sekali lagi Cikgu Hajar menyergah anak perempuannya.
"Hajar, cuba bawa bertenang sikit." Cikgu Jalil Zhen sentiasa bertenang.
"Diya nak terima pinangan ni?" Tanyanya semula kepada anak perempuannya.
"Abah, Diya nk dapatkan ijazah dulu. Diya tak fikir hal kahwin lagi ayah."
Cikgu Jalil Zhen mengukirkan semyuman kepada anaknya. Cikgu Hajar beredar dari ruamg tamu. Hatinya masih membungkam kemarahan. Mengapa anak keduanya yang menjadi rebutan. Kenapa anak sulungnya masih tidak ada yang melamar.
"Abah, abah tolaklah pinangan tu dengan baik...Diya nak belajar lagi. Ibu pun tak suka Diya kahwin dulu." Cikgu Jalil Zhen hanya mengangguk. Sewaktu melintasi bilik kakaknya Diya terdengar perbualan ibu dan kakaknya.
"Ibu, Dira tak cantik ke?"
"Anak ibu sentiasa cantik."
"Kenapa oramg melamar Diya tu."
"Orang tu buta kot. Dia belum tengok Dira lagi. Kalau dah jumpa Dira...memang orang tak akan pilih si Diya tu."
"Dira benci Diya.."
"Percayalah cakap ibu, selagi Dira tak berkahwin, tak ada sesiapa pun akan berkahwin."
'Kenapa ibu negitu kejam padaku? Kenapa ibu dan Kak Dira benci sangat pada ku?' Airmata mengalir membasahi pipinya.sejak kecil dia cuba mendapat kasih dari kakak dan ibunya tetapi mereka tetap membencinya. Setiap kesalahan yang Dira lakukan dia yang akan dikaitkan sekali. Termasuk kegagalan Dira dalam peperiksaan PMRnya dan tidak mahu sambung belajar. Salah diakah jika keputusan pelajarannya cemerlang.
"Diya...selagi abah ada...abah akan pertahankan kau, anakku." Rupanya abahnya juga turut mendengar perbualan dua beranak itu. Air matanya di seka lembut oleh abahnya. Cikgu Jalil Zhen menyayangi kesemua anak-anaknya.
Diya masuk ke biliknya untuk memgulang kaji. Tidak lama lagi dia akan hadapi peperiksaan. Baru mahu membuka buku, pintu biliknya diketuk. Tanpa mendapat kebenaran, Nazri memboloskan diri ke dalam bilik. Katil kemas kakaknya menjadi tempat punggungnya melabuh.
"Kak Diya..."
Tiada sahutan dari kakaknya.
"Kak Diya!" Tersentak kakaknya kerana sergahannya. Buku dipegang tapi berangan entah ke mana.
"Kalau tak kejutkan Kak Diya sehari tak sah ye? Kenapa masuk tak ketuk dulu?"
"Chill sis, kalau marahkan tuan puteri tu jangan le hamba yang hina ni kena tempiasnya." Nazri mengusik kakaknya. Bukan abah dia saja yang dengar kata-kata ibunya tadi. Niat dia pulang bercuti hanya kerana kakak keduanya turut balik bercuti. Kalau nak semuka dengan muka ketat kakak sulumgnya dia lebih rela duduk di asrama.
"Kenapa masuk bilik Kak Diya ni?"
"Nah, simpan sebagai kenangan. Walaupun pinangannya Kak Diya tolak."
"Kak Diya cuma fikir siapa dia ni? Kak tak kenal dan macam mana dia boleh hantar merisik kak." Nazri hanya mengangkat bahunya.
"Hah! Kat sini rupanya." Naim menerjah masuk kemudian diikuti oleh Nasir. Memang Diya rapat dengan adik-adik lelakinya. Kalau Diya balik ada saja permintaan mereka. Diya selalu manjakan adik-adiknya.CIKGU Jalil Zhen termenung di serambi rumah. Sudah hampir 19 tahun sejak peristiwa itu, Cikgu Hajar masih belum menerima kehadiran Diya dalam hidupnya. Diya anak yang baik dan bersabar walaupun apa saja Cikgu Hajar dan Dira menghukumnya. Keluhan kecil keluar dari bibir tuanya. Masih terbayang wajah Sue Lian yang sentiasa tersenyum manja.
Sue Lian, adik perempuannya kedua selepasnya. Hubungannya dengan Sue rapat dan sentiasa bersama sejak dari kecil. Namun begitu sewaktu menuntut di maktab perguruan, perkenalannya dengan rakan serumahnya telah mengubah pendiriannya. Dia memilih Islam sebagai agama pegangannya. Oleh kerana pilihannya itu, bapanya menghalau dia keluar dari rumah. Terputus hubungan dia dengan keluarganya. Dan apabila bertemu jodoh dengan Hajar, dia pulang ke kampung halaman untuk menjemput keluarganya....hanya hinaan dan dihalau oleh bapanya. Dia tidak dapat bertemu dengan mana-mana adiknya.
Suatu hari sedang melatih anak muridnya, dia didatangi oleh seorang wanita yang sarat mengandung.
"Puan mencari saya?" Tanyanya kerana dia tidak memgenali wanita di hadapannya.
"Gege..." tutur wanita itu lembut.
"Siapa?" Cikgu Jalil cuba mendapat kepastian.
"Jia Zhen gege?" Terdiam Cikgu Jalil apabila nama cinanya di panggil. Wajah wanita di hadapannya ditatap.
"Sue Lian?" Anggukan dari wanita itu memberi kepastian. Wajah adiknya kelihatan pucat dan tidak bermaya. Ada kesan air mata di pipinya.
"Apa yang dah terjadi pada Sue Lian?"
"Sumayyah, abang."
"Kenapa ni? Lama abang tak jumpa Sue Li...Sumayyah sejak abang masuk maktab dan kau lanjutkan pelajaran ke luar negara."
"Saya temui cinta di sana...macam abang saya di halau oleh apaa."
"Dan?"
Sumayyah menceritakan dia bahagia dengan suaminya walaupun keluarga suaminya juga tidak terimanya. Dia mempunyai seorang anak lelaki dan kini mengandung anak kedua. Malangnya seorang sahabat suaminya telah memfitnahnya sehingga dia dihalau. Dia tak ada tempat nak dituju. Nasib baik gambar abangnya yang telah membawa pasukan sekolahnya kejayaan membuat dia nekad untuk bertema abangnya. Dalam keadaan sarat mengandung dan menunggu masa untuk melahirkan. Simpati dengan nasib yang di tetima oleh adiknya, dia membawa Sumayyah pulang ke rumahnya. Kehadiran Sumayyah mendapat pandangan nagatif dari Cikgu Hajar yang turut mengandung anak kedua mereka. Cikgu Jalil tetap dengan pendiriannya dan dapat sokongan dari mak mertuanya. Cikgu Hajar masih tidak percaya walaupun berkali-kali Cikgu Jalil mengatakan Sumayyah tu adiknya. Cikgu Jalil pernah membawa Sumayyah bertemu suaminya dan tiada siapa percaya mereka adik beradik. Suami Sumayyah turut menuduhnya lelaki bertanggungjawab atas anak yang Sumayyah kandung.
Suatu petang ketika Cikgu Jalil di sekolah, Cikgu Hajar memukul Sumayyah. Cikgu Jalil mendapat panggilan telefon dari birasnya mengatakan Cikgu Hajar dan Sumayyah di kejarkan ke hospital. Malam itu Cikgu Jalil kehilangan anak keduanya manakala seorang bayi perempuan kehilangan ibunya. Kerana bayi kecil yang dahagakan susu, Opah Odah, mak Cikgu Hajar memaksa Cikgu Hajar menyusu bayi perempuan yang di namakan Nadiya Jalil Zhen bt Ishak. Pernah dia bawa bayi kecil itu bertemu papanya tetapi tetap tidak ditetima oleh lelaki tersebut. Cikgu Jalil tidak pernah putus asa untuk memujuk suami Sumayyah untuk melihat anaknya hingga lelaki otu menghilangkan diri. Dia tidak dapat menghubungi lelaki itu lagi. Selama berpantang, Cikgu Hajar terpaksa menyusu Diya tetapi apabila habis pamtang, Diya tidak diperdulikan. Nasib baik adik iparnya juga beranak kecil dan menyusu Diya sehingga Diya berusia setahun. Diya mempunyai dua ibu susu. Dan mak langnyalah tempat Diya mengadu jika di pukul oleh ibunya.
YOU ARE READING
cinta pertama
عاطفيةPercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?