KHAIRI DAN IQRAM
Iqram berlari menuju ke arah papanya. Hatinya gembira apabila cuti akan bermula.
"Papa, petang ni kita ambil Khairi ya."
"Ish, Iqram dah 16 tahun macam budak budak saja."
"Ala papa ni. Gembira sebab dapat habiskan cuti bersama Khai."
"Papa ada berita lagi gembira."
"Apa dia?"
"Nanti selepas papa balik dari urusan luar negara, papa akan ambil Khairi sebagai anak angkat papa."
"Betul papa? Kami akan jadi adik beradik dan belajar bersama. Wow...bestnya. Mama... mama.." Iqram berlari ke dapur.
Datuk Yusuf tersenyum melihat gelagat anak tunggalnya. Apabila mengenangkan Khairi, Datuk Yusuf teringatkan sahabat baiknya, Ishak.Perkenalan mereka bermula sewaktu dia menuntut di luar negara. Ishak, seorang pemuda kampung yang pandai dan alim. Kebetulan waktu itu hidup Yusuf terumvang ambing. Berpoya poya dan mabuk menjadi amalannya. Tambahan pula ibu bapanya tudak pernah menghiraukan apa yang dia lakukan. Suatu malam selepas pulang dari kelab malam, Yusuf memandu dalam keadaan mabuk. Dalam keadaan yang begitu dia bwrtemu kemalangan. Dia terlantar di hospital tanpa seorang pun mengambil berat tentangnya. Rakan rakan hanya memandang kepada wang ringgit yang dia taburkan kepada mereka. Sewaktu dia koma, hampir setiap malam dia ditemani oleh seorang pelajar yang sering membaca surah surah di telinganya. Apabila dia sedar, dua dapat tahu seorang pelajar yang telah berkorban nyawa menyelamatkannya dan teman wanita di dalam kereta sebelum keretanya meletop. Namun begitu pemuda itu menghilang saat dia mulai sedar dan keluarganya sudah berada di sisi.
"Siapa dia tu papa?"
"Dia budak baik. Tidak mahu dibayar atas jasa baiknya. Malahan dia menderma sebahagian dari hatinya untuk teman wanita kamu."
"Teman wanita?"
"Joseph, kita pulang ya." Panggilan mamanya sejak dari kecil.
"Tak mama, Joe nak cari siapa dia."
Sebaik pulih, dia kembali ke kuliah.
"Hai," dia ditegur seorang gadis cina.
"Hai, kita kenal ke?"
"Hey, we been together that night." Seorang gadis berbangsa Inggeris turut bersama.
"Means?" Yusuf masih keliru.
"Awak tak ingat apa apa masa kejadian hari tu?"
"Jadi awak teman... eh sekejap, siapa yang jadi teman wanita saya?"
"Kita cuma berkenalan di kelab malam je, saya Sue dan yang mak saleh ni Jasmine."
"Pelajar Malaysia?"
"Ya.saya pelajar Malaysia tapi Jasmine anak tempatan sini."
"Dia faham ke apa kita cakap?"
"Dia faham dan dia belajar bahasa kita."
"Malam tu..." Yusuf cuba mengingati apa yang berlaku.
"Awak cuma tumpangkan kami. Saya bukan teman wanita awak pun. Cuma kita cadang je nak... kita gila masa tu."
"Saya nak cari pemuda tu."
"Saya juga. Awak tahu dia telah bagi hati dia untuk selamatkan saya. "
"Siapa dia?"
"Jasmine..."
"Dia pelajar Malaysia yang bernama Ishak bin Muhammad. Dia tinggal bersama pelajar Malaysia. Kalau tak salah dia belajar dalam bidang ... ahhh... lupa lah pula."
"Aduii...macam mana ni Jas... you ni kata dapat info."
"Selepas acident otak saya macam...macam..."
"Dah jadi biol." Yusuf mencelah.
"Tapi...tapi saya dapat tahu dalam pukul 3 or 4 pagi dia akan ke masjid berdekatan tempat kita kemalangan. Bukan ke waktu tu kita kemalangan."
"Malam ni aku tunggu dia.."
Yusuf tidak menyangka Sue dan Jasmine turut sekali. Kelihatan seorang pemuda berjalan keseorangan dalam kegelapan. Yusuf yakin itulah pemuda yang telah menyelamatkan mereka.
"Ishak." Yusuf cuba memanggil.
"Ya, saya."
"Jadi you lah Ishak." Sue teruja.
"Korang balik dari kelab lagi ke? Mabuk?"
"Kami nak jumpa kamu... saya..."
"Yusuf Joseph bin Datuk Farid."
"Saya.."
" Sue Lian Zhen."
"So you must know who am I."
"Jasmine Anne William."
"Kami juga tahu nama awak Ishak bin Muhammad."
Ishak tersenyum.
"Kenapa awak cari saya? Tapi ni dah dekat nak masuk subuh. Subuh di sini awal. Boleh saya pergi solat dulu."
"Ok..ok, kami tunggu."Sejak itu Yusuf dan Ishak menjadi kawan rapat. Mereka sering bersama. Malahan Sue dan Jasmine turut bersama. Ishak telah banyak memperkenalkan Islam kepada Yusuf. Selama ini dia hanya Islam pada nama sahaja. Banyak yang dia belajar dari Ishak. Ishak tidak pernah jemu bercakap tentang Islam bila mereka berempat bersama. Yusuf banyak berubah. Dalam diam, Yusuf menaruh hati terhadap Sue, namun dia tidak berani meluahkan. Dia merasa dia belum sedia untuk membimbing Sue nanti.
"Sue, apa pendapat awak tentang mereka berdua." Tanya Jasmine ketika mereka berada di rumah.
"Mereka baik sangat. You nak tahu, I dah mula belajar tentang Islam."
"Dah lama ke?"
"Adalah...dan dah bersedia untuk convert."
"Betul ke? Kenapa you tak ajak I sekali?"
"You pun nak belajar Islam? Kenapa?"
"Perwatakan dia membuat saya tertarik dengan agamanya."
"Ya, sikap rendah dirinya, ikhlas memberi bantuan dan tidak pernah meminta balasan."
"Eh, siapa you suka?"
"You?"
"Please, I yang tanya dulu. You jawab."
"Ok..ok I sukakan Ishak. You?"
"Ooo Ishak... I...I sukakan Yusuf."
"Oh...I ingat kita suka orang yang sama."
"Tak.." Jasmine menafikan tetapi hatinya menangis. Biarlah dia beralah demi kebahagiaan sahabat baiknya."Jas, I dengar Sue dah peluk Islam."
"Ye... "
"Kenapa ni, macam tak gembira je."
"Eh, mana ada. Saya gembira cuma terkilan dia tak ajak I pergi belajar sekali."
"You do it for Ishak?"
"Jangan tipu I... I tahu."
"Apa yang you tahu?"
"Dari pandangan you, dari senyuman you, semua kerana Ishak."
"And your heart for Kate, isnt it?"
Yusuf tersenyum.
'Joe, you akan terluka.'"Guys, we just nikah." Sue gembira sambil memegang tangan Ishak.
"What? Why?"
"We love each other, Yusuf." Sue begitu teruja.
"Kenapa terlalu mengejut. Tak beritahu kami pun."
"Kami minta maaf." Ishak bersuara. Dari tadi dia hanya diam.
"Bukan salah Ishak pun. Salah I. I datang ke rumah Ishak untuk lafazkan cinta. I yang ajak Is couple tapi Is kata tak ada istilah couple. I tak nak kuar dari rumah Is... and...we kena tangkap basah. Presiden pelajar Islam Malaysia paksa kami nikah. Sorry la Jas, Joe."
Yusuf memberi senyuman dan merangkul Ishak. Ucapan tahniah keluar dari ulas bibir Yusuf.
"Aku nak lepak dengan korang agi tapi aku ada kelas. Maaf ya... malam nanti kita raikan."
Ishak beredar.
"Sayang, tunggu lah Sue. Jas... bila giliran you." Sue tersenyum.
"You frust?"
"Sedikit. Tapi Sue dah bagi tahu awal awal kat I. And you?"
Yusuf hanya mengangkat bahu.
"Kenapa kita tak beri peluang pada diri kita?"
"Maksud you?"
"You and I.. belajar bercinta dan belajar agama dengan ustaz yang Sue belajar."Ya, mereka belajar bercinta dan Yusuf bertwrima kasih kepada Ishak kerana memberi ruang untuk dia mengenal cinta Yasmin.
"Hey, menung apa tu?"
"Teringat Is dan Sue."
"Kesian, cinta tulus mereka musnah kerana fitnah."
"Is pergi kerana mencari cintanya."
"Dan kesian Khairi."
YOU ARE READING
cinta pertama
RomancePercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?