BAB 55

129 9 0
                                    

LUAHAN IQRAM

Sahabatku saat surat ini ada di tanganmuaku telah tiada di sisimu.

Saat aku dibesarkan aku hanya keseorangan... papa dan mama sering sibuk dengan perniagaan mereka. Suatu petang aku terdengar bisingdi belakang. Aku terlihat orang gadis kecil dimarah hanya kerana dia telah memecahkan pinggan makannya. Dia tidak di benarkan makan.
"Kamu memang tidak boleh di harap. Kamu tahu kenapa aku minta kamu tinggal dengan aku.. Kerana aku nak balas dendam. Kebetulan pula mama kamu tengah mabuk lagi. Jangan harap aku beri kasihsayang pada kamu!"
Aku simpati dengan nasib gadis kecil itu.
Petang itu aku terlihat dia keseorangan menangis. Aku mneghampirinya.
"Adik.." Dia cuba melarikan diri kerana takut.
"Dik... jangan pergi.Abang tak buat apa apa."
"Nanti mak marah." Gadis kecil itu berlari masuk ke dalam rumah.
Gadis kecil itu sering hidup dalam ketakutan. Berkali kali aku cuba mendekatinya, setiap kali itu dia lari dari ku.

Papa pulang membawa seorang lelaki bersama anaknya. Sejak itu aku mempunyai seorang kawan... Khairi namanya. Khairi sering datang menemaniku tetapi aku menjadi cemburu apabila gadis kecil itu mahu mendekati Khairi. Mak Nab pula sering mencari salah Khairi. Ina selalu menpertahankan Khairi bila Mak Nab memarahi Khairi. Aku hairan mak Nab tidak memarahi Ina setelah Khairi hadir dalam hidupku. Aku rela badan Khairi dipukul dari badan Ina yang kecil. Aku kejam menjadi seorang kawan. Khai, kawan yang baik. Sentiasa berada disisi aku saat aku perlukannya. Khai juga mengambil berat tentang Ina. Aku sayang Ina seperti adik aku sendiri.
"Khai, kenapa kau biarkan Mak Nab pukul kau?"
"Sian kat Ina, kalau tak Mak Nab akan pukul Ina."
"Kau sayang Ina?"
"Dia macam adik aku... kau sayang dia ke?"
"Apa yang kau mengarut ni... kita kan baru 12 tahun le." Aku memukul tangan Khai. Aku masih kecil dan aku kasihan kepada Ina. Ina kecil dan disogok dengan kebencian.

Percutian kami sekeluarga membosankan aku. Papa tidak benar aku mengajak Khai maupun Ina sedang mereka sahaja kawan aku. Ina mula rapat dengan aku apabila Khai ada. Kami sering berjumpa tanpa pengetahuan Mak Nab. Adik.. ya aku juga anggap dia juga seperti adik. Kami tidak mahu badannya di sakiti.
Aku terkejut apanbila papa Khairi meningggal dunia dan Khai hilang. Puas kami mencari Khai. Entah pusat jagaan mana yang Khai tinggal. Sejak itu Ina kembali jadi mangsa kemarahan Mak Nab.

Masa beredar begitu cepat. Adikku yang dulu adik yang baik kini jadi pemberontak. Dia banyak menderita sebenarnya. Tapi aku sendiri juga menderita. Aku kesunyian. Macam biasa papa dan mama sentiasa sibuk.
"Ina..." Aku panggil dia yang sedang duduk di belakang rumah.
"Yo Bro."
"Ina buat apa ni?" Terkejut aku melihat dia sedang merokok.
"Kau jangan sibuk."
"Untuk apa ni?"
"Hilang tension."
"Boleh hilang ke?" Aku melihat Ina gadis baru berusia 11 tahun dah pandai merokok.
"Nak tau tryle."
Aku diam. Gadis kecil ini terpengaruh dengan cepatnya.
"Ina, Ina kecil lagi nak merokok macam ni."
"Bla la...." Ina keluar dari pintu belakang apabila melihat seorang pemuda sebaya aku menunggunya. Siapakah pemuda yang mempengaruhi Ina itu?
Aku teringat kata kata semula... untuk mencari ketenangan. Betul ke dengan mengisap rokok dapat ketenangan. Pengaruh Ina kuat pada aku sehingga aku belajar merokok. Saat aku mula berkenalan dengan rokok aku kantoi dengan papa. Aku dengar papa mahu mencari Khai semula demi aku.Ya aku perlukan kawan. Ina satu satu kawanku juga menjauhkan diri dariku. Mungkin doa papa dan mama, aku berpindah ke sekolah awam kerana aku tidak mahu bersekolah swasta. Di sekolah itu aku kembali bertemu dengan Khai. Persahabatan kami terikat semula. Aku mempunyai kekuatan kerana Khai. Aku lupa pengaruh negatif kerana Khai.

Kenapa setiap kaliaku temui kebahagiaan di situ ada penderitaan. Aku kehilangan dan kini aku kehilangan semua papa dan mama serta sahabat. Aku dibawa jauh oleh Uncle.

cinta pertamaWhere stories live. Discover now