BAB 27

154 10 0
                                    

Hampir sebulan semua kenangan pahit dalam hidup Diya berlalu. Diya tidak menghubungi Iqram mahupun Khairi. Dia lebih menumpukan perhatiannya terhadap kerja.
"Assalamualaikum kak ngah." Nazri menghubunginya.
"Waalaikumusalam, hah, nak apa?"
"Amboi garangnya."
"Ala... adindaku sayang, nak apa?"
"Sebenarnya mamat dua ekor ni ada kat sini. Diorang lapar."
"La...bila diaorang ada rumah sewa Alang?"
"Baru sampai semalam. Esok baru mak dengan abah nak sampai. Kan Acik nak memdaftar masuk U."
"Ya Allah, Kak Ngah lupa la... Hari tu ada abah bagitahu. Ok suruh diorang siap, Kak Ngah pergi ambil korang."
"Okey."
"Mak Su, Diya nak keluar kejap."
"Okey." Hanum hanya tersenyum melihat Diya. Dia berharap Diya dapat melupakan kenangan pahit hidupnya.

Restoran makanan segera menjadi pilihan adik adiknya. Sementara dia beratur membeli makanan, tudungnya di tarik. Diya memusing untuk menegur.
"Baby, jangan tarik tudung orang." Tegur si bapa sambil memegang tangan anaknya.
"Khai? Anak awak ke?"
"Eh Diya, cuba tengok betul betul."
"Diyana, anak mama rupanya." Diya terus menghulurkan tangan. Segera bayi kecil itu beralih tangan.
"Macam mana si kecil ni ada kat awak?"
"Papa dia nak basuh baju bagai...selalu umi aku jaga tapi hari ini umi ada aktiviti kat surau. Aku offer diri jaga si comel ni. Bukan susah pun. Kau buat apa di sini?"
"Adik adik aku kelaparan, tu yang aku belanja diorang kat sini."
"Tak pe, hari aku belanja."
"So kau baby sitter la."
"Umi aku. Aku just penyebuk je."
"Macam mana sekarang?"
"Aku lelaki bebas."
"Kau tak menyesal?"
"Aku rasa tenang dan bahagia. Sekarang aku nak tumpu masa untuk umi aku dan kerjaya aku. Mungkin cari jodoh yang sesuai."
"Dah jumpa?"
"Dah tapi belum."
"Apalah kau ni... err... emmm..."
"Kau nak tanya pasal Iqram? Dia bawa hatinya ke US."
Diya terdiam. Dia sendiri tidak tahu perasaannya saat itu. Hatinya berbelah bagi. Hari itu mereka menghabiskan masa bersama. Diya dapat melepaskan rindu kepada Diyana. Sejak itu ada saja alasan Diya mengajak Khairi membawa Diyana bertemunya. Kadang kala Khairi membiarkan Diya menghabiskan masa dengan Diyana.

Suasana petang di taman mendamaikan tapi hatinya keresahan. Setelah sekian lama bertemu Diyana hari ini dia beranikan diri untuk bertemu dengan Yusri. Itupun atas desakan Khairi.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam, Khai, mana papa sik comel ni?"
"Katanya lewat sikit. Dia suruh aku datang dulu, tak mahu kau tertunggu tunggu." Diyana bertukar tangan. Si gadis cilik itu minta dirinya di lepaskan. Dia mahu bermain di taman. Diya membiarkan.
"Apa tu?" Tanya Khairi sambil tangannya mencapai keropok didalam bekas di tangan Diya. Diya biarkan. Mereka berbual kosong sambil mengawasi Diyana bermain.
"Assalamualaikum." Yusri menghampiri mereka. Diya dan Khairi menjawab serentak.
"Papa... isklim..." pinta Diyana.
"Amboi, nampak papa pandai meminta ya." Usik Khairi. Pipi gebu Diyana di cubit.
"Nanti papa belikan ya, sayang."
"Wait... biar ayah Khai yang beli. Papa kan baru sampai. Biar berbual dengan mama pula." Khairi berlari meninggalkan  mereka berdua. Terlalu kekok antara mereka. Yusri hanya berdiri dan biarkan Diya memangku Diyana.
"Diya apa khabar?" Yusri cuba memecahkan kesunyian.
"Baik."
Kembali sepi.
"Emmm... terima kasih." Diya bersuara setelah mereka berdiam seketika.
"Untuk apa?"
"Jam ni, cantik." Diya menunjuk jam yang tersarung di tangannya.
"Diya suka?"
"Tentu sekali mengikut cita rasa Diya."
"Tengok kaki le siapa yang beli." Diya mencebik.
"Dasar naik lif."
"Hah?"
"Ya lah, kalau masuk bakul angkat sendiri mana boleh... naik lif kan boleh angkat ke atas..." Diya ketawa. Yusri turut ketawa.
"Amboi, happy nampak?"
"Kenapa? Kau cemburu?" Tanya Diya. Khairi haya ketawa sambil menghulur aiskrim kepada Diya dan Yusri. Dengan segera Yusri mengambil Diyana duduk di pangkuannya. Diya duduk di antara dua jejaka. Mereka menikmati aiskrim tanpa berkata.
"Isk comotnya anak mama ni." Kata Diya setelah habis makan. Tisu di dalam beg di ambil dan menyapu bibir Diyana. Entah mengapa dia terpandang kecomotan yang ada di bibir Yusri. Secara spontan, dia mengesat bibir Yusri dengan tisu yang sama. Yusri tersentak dan memegang jari Diya. Dunia bagai terhenti seketika dan mereka bertatapan. Lidah kelu.
"Ehem, bibir aku pun comot juga...tolong sapu." Suara Khairi menyedarkan mereka. Segera Diya menarik tangannya dari gengaman. Dia melihat ke arah Khairi.
"Nah, lap sendiri. Diya nak pergi beli air mineral." Tisu dihulur dan Diya pergi meninggalkan mereka.

Dari jauh kelihatan sepasang mata melihat mereka. Air mata mengalir membasahi pipinya.
"Diya baru 4 bulan kita berpisah, kau sudah beralih arah. Begitu senang hati kau berubah." Dia mengesat airmatanya lalu berpusing melihat pemandunya. Kepalanya berdenyut.
"Dik Iq..."
"Kepala saya sakit abang Zul."
Zul segera memapah Iqram. Sekali sekala dia mellihat Iqram batuk. Dia perlu segera bawa Iqram pulang.

Diya membeli air mineral di salah sebuah foodtruck berhampiran. Matanya tertacap seseorang.
"Iqram?" Dia berlari mengekori dua pemuda yang berjalan ke parking lot.
"Iqram!" Namun begitu kereta itu berlalu. Iqram tidak melihat ke arahnya.
"Diya, kenapa ni?"
"Diya nampak Iq.."
Khairi diam. Dia tahu Iqram telah kembali semula ke sini seminggu yamg lalu.
"Tapi dia macam sakit."
"Memang sakit pun."
"Apa?" Diya dan Yusri bersuara. Khairi menyedar ketelanjurannya.
"Apa sebenarnya, Khai?" Serba salah Khairi. Akhirnya dia tersedar kesilapannya dan berterus terang. Air mata Diya menitis.
"Khai, bawa Diya jumpa dia. Khai dan Yus temankan Diya." Kedua duanya hanya mengangguk.
"Minggu depan kita ke rumahnya.

Tolong komen untuk ibu mengetahui tentang penulisan ibu...

cinta pertamaWhere stories live. Discover now