BAB 37

151 10 2
                                    

Nazri dan Nazim memberitahu yang mereka bermalam di rumah kawan kerana ada study group. Tinggal keseorangan lah malam ni.
"Cik Diya, hari ni ada meeting dekat YN. Pukul 11." Pembantunya memberitahu.
"Okey." Dia menjerling ke arah jam. Baru 9.30, lebih baik dia keluar awal. Dia terus mencapai begnya dan keluar.
"Saya ke YN, kalau ada apa apa, hubungi telefon bimbit saya." Sewaktu sampai di YN, masih awal. Diya melangkah ke pejabat Yusri. Pembantu Yusri telah maklum kedatangan Diya dan Iqram hari ini. Diya menolak pintu sebaik saja kedengaran suara memberi kebenaran.
"Awal hari ni?" Tegur Yusri sambil tersenyum.
"Saja datang awal."
"Just kebetulan, teman abang breakfast. Abang belum makan lagi." Diya mengangguk. Mereka keluar untuk bersarapan di kawasan berhampiran.
"Kebetulan berdua hari ni ...."
"Aik, macam tak suka berdua je."
"Ke situ pula, lain kali biar Diya habis cakap dulu."
"Baik tuan puteri."
"Nazri dan Nazmi ada study group dekat rumah kawan kawan malam ni. Hmmm... Diya nak minta izin tidur rumah mak su."
"Abang izinkan tetapi lain kali kalau tinggal seorang, balik rumah abang. Bukan apa, jauh rumah mak su tu. Dulu tu dekat."
"Baik..." Kedengaran kesayuan di sebalik suara itu.
"Hey, abang tak marah la. Dah cepat makan nanti membebel orang tua kat pejabat tu. Tau le tak ajak dia sarapan ni."
"Apek tu kalau tak bebel sehari tak sah."
"Apek kau panggil dia?"
"Dah muka macam cina."
"Kata orang, dia tu."
"Tak cantik ke kita?" Diya memuncungkan bibirnya menandakan dia merajuk.
"Diya jangan goda abang... nanti lain jadinya."
"Mana ada goda, dah kata kita tak cantik."
"Siapa kata tak cantik, muka macam orang korea, mata sepet, berlesung pipit, buat tak jemu memandang." Yusri tersenyum melihat wajah Diya membahang.
'Aduh... memang tergugat iman ku. Tak kan ku lepas dari gengaman ku, sayang. Aku akan buat di hatimu nanti tiada Iqram ataupun Khairi.' Bisik hati Yusri.
"Yus!"
Tersentak Yusri dari lamunan.
"Dah sampai mana?"
"Hah? Tak...masih kat sini, tak pergi jauh pun."
"Cepat le habiskan makanan tu...kata takut kena bebel, macam dia pula pekerja."
"Kat ofis tu tak de istilah bos...semua pekerja, naikkan pretasi syarikat."
"Ye la tu... Diya nak ke ladies kejap."
Yusri habiskan makanannya dan membayar. Kemudian dia menunggu Diya berdekatan tandas.

"Amboi, patut le tiba tiba hilang rupanya pergi dating." Sembur Khairi sebaik saja mereka masukbsemula ke pejabat. Iqram juga sudah menunggu.

cinta pertamaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang