BAB 61

115 10 1
                                    

YUSRI terpaksa melepaskan Diya pergi bersama Khairi ke Pulau Pinang kerana kebetulan Yusri terpaksa menguruskan kerja di Thailand. Diya tidak menyangka selama dia di sana ada yang mengekorinya. Segala kemesraan Diya dan Khairi di rakam. Khairi ingin menhabiskan masa dengan adiknya yang selama ini dia tidak pernah ada masa untuk seorang adik.
"Diya, YUs kata dulu Diya terlalu takutkan Dira, kenapa?"
Diya menceritakan bagaimana dia menjadi anak terbuang. Hanya abahnya sahaja memanjakan dia. Semakin dewasa, adik adiknya semakin rapat dengannya berbanding Dira yang garang. Dira hanya menjaga pernampilan dan kecantikan tanpa tahu kerja rumah. Semua kerja rumah hanya Diya yang uruskan.
"Adik KK tersiksa selama ini."
"Tak apa KK lagi pun itu mengajar DD berdikari."
"Ya betul, masa mula mula KK jumpa DD, DD seorang yang berdikari."
"KK, macam mana rupa mama?"
"Mama tu wanita yang baik. Selalu berzikir untuk tidurkan KK. Masa mengandungkan DD, mama selalu mengaji. Sedap suara mama. Mama cerita semasa di luar negara, papa yang mengajar mama mengenai Islam."
"KK tahu, ni satu satu gambar mama yang DD simpan. Pak Ndak kata ni gambar The Buntings. Masa ni Mak Ndak mengandungkan Lokman. Ibu mengandungkan anak lelaki dia. Ibu tuduh mama yang bunuh anak dia. Itu yang Mak Ndak cerita. Tapi sebenarnya anak ibu meninggal kerana ibu mengidap tekanan darah tinggi dan kencing manis. Anak tu meninggal dalam kandungan."
"Tu sebab kebencian terhadap semakin membuak." Air mata Diya tiba tiba mengalir. Khairi menarik Diya ke dalam dakapannya.
"Lepaskan semuanya. KK sentiasa ada di sisi DD mulai sekarang. KK tak mahu lihat air mata ni lagi." Khairi menyeka air mata Diya.
"Ala, jangan le nangis nangis macam ni. Mati KK kalau Yusri tahu. Dia ingat KK dera isteri kesayangan dia ni." Diya tersenyum apabila mendengar kata kata Khairi.
"Hah tersenyum macam tu kan manis. Dah jom makan, balik hotel dan bersiap. Kita pun nak bertolak balik ni."
Sedang menikmati hidangan, telefon Diya berdering.
"Assalamualaikum abang."
"Waalaikumusalam, sayang okey ke?"
"Sayang okey je la, kenapa?"
"Loud speaker kejap."
Diya akur.
"Assalamaulaikum Khai, kau buat apa dengan Diya hah?"
"Aku buat apa pula?"
"Tu sampai Diya menangis?"
"Diya menangis? Kau kat mana?" Mata Khairi mencari Yusri sekeliling.
"Aku masih kat Thai lah. Flight aku awal pagi esok."
"Mana kau tahu Diya menangis?"
"Okey, sebab apa?"
"Abang, Diya cuma teringat zaman kecil Diya je."
"Abang tak suka tau tengok sayang menangis."
"Sorry lah Yus, aku cuma nak tanya hal dia masa kecilkan. Aku tak ada di sisi dia semasa dia membesar."
"Aku faham... tapi aku rasa korang memang kena intip. Betul kata papa, ada orang yang cemburukan Diya dan mahu pisahkan kami."
"Maksud kau?"
"Korang bila balik?"
"Petang ni."
"Hati hati... Nanti aku bagi gambar tengok le sendiri. So aku tak mahu kehilangan korang berdua ya."
Diya tidakpercaya apabila ada orang menghantar gambar dia dan Khairi termasuk gambar dia menangis di dada Khairi.

Diya tidak sabar menunggu ketibaan Yusri. Dia bimbang Yusri akan memarahinya. Saat matanya tertacap sekujur tubuh Yusri, Diya mendekati Yusri. Tangan Yusri di raih dan di kucup. Segera badan Diya di raih.
"Abang rindu sayang."
"Maafkan Diya, abang."
"Sayang tak salah. Tu abang kandung Diya. Dia juga ingin masa bersama adik dia."
"Abang tak marah?"
"Masa abang dapat gambar tu abang tak kisah pun. Abang gembira melihat wajah ceria isteri abang ni. Tapi bila abang tengok sayang menangis dan abang tiada di sisi sayang, sakit ini tau." Air mata Diya mengalir. Sejak menjadi isteri, dia terlalu sensitif.
"La, jangan nangis sayang. Jom kita balik." Air mata mata isterinya diseka. Bahu Diya dirangkul dan membawa keluar dari lapangan terbang.

Nana membaling barang barang di atas meja soleknya. Geram hatinnya bila semua perancangan nya tidak berjaya. Sudah lah Udin tidak dapat dihubungi. Dia sendiri terpaksa mengekori Diya. Dia ingat akan berlaku pergaduhan antara Diya dan Yusri tetapi mereka makin mesra.
"EEEE Yusri tu kayu ke tak nampak kecurangan bini dia... geramnya!!!!!" Semua barang menjadi mangsanya.

Zarina bingung. Sejak mewarisi duit sebanyak 5 juta dia bersuka ria. Maknya minta dia membeli kereta mewah dan sebuah banglo.Dalam masa sebulan duit itu semakin  surut. Dia juga hairan ke mana menghilang duitnya.Bila teringatkan Diya, hatinya menjadi marah. Untuk tenangkan fikiran, dia menghabiskan masa di spa... bersama isteri isteri koperat.
"Datin Marina, macam mana menantu baru ni. Dulu masa dengan arwah Dira, ada juga Datin bawa ke sini?"
"Diya dan Yus tu asyik sibuk je. Jarang datangke rumah kami."
Zarina membuka telinga.
"Ala dulu kak Dira tak pandai masak tu sebab setiap hujung minggu datang untuk makan. Tapi Kak Diya ni pandai memasak. Makan minum abang terjaga, abang tak mahu datang ke rumah dah." Aleesya mencelah. Walau beberapa kali dia bertemu dengan kakak iparnya dia sudah terpikat.
"You ni isteri Badrul kan?" Zarina bertanya. Dia kenal Badrul ketika Badrul berjumpa suaminya dulu.
"Ya, kenapa?"
"Kalau tak salah I Badrul dulu ada datang hantar kad jemputan perkahwinan tapi lepas tu korang buat resepsi lagi sekali... kenapa di kampung lelaki dulu baru kampung perempuan?" Muka Aleesya berubah.
"Apa yang awak cakap ni?" Datin Marina melenting.
"Saya ada bukti... tapi kat rumah arwah suami saya. Sekarang saya tak boleh tunjukkan bukti."
"Puan Zarina, kau tu yang patut sedar yang suami kau tu yang ada affair belakang kau. Terang terang dia serahkan saham kepada orang lain." Bidas seorang Datin yang dengar perbualan. Merah padam muka Zarina menahan malu. Dia terus keluar dari spa tersebut.
"Padan muka nak malukan orang."

Zarina berlalu dengan perasaan marah.
"Puan Zarina..." seorang gadis memanggilnya.
"Ya, awak siapa?"
"Kita mempunyai musuh yang sama. Apa kata kita sepakat?"
"Maksud awak"
"Diya...."

ASSALAMUALAIKUM
DIYA HANYA MENJADI MANGSA KERANA CEMBURU
SEJAK DARI KECIL NASIBNYA BEGITU
BOLEH KAH DIA KECAPI KEBAHGIAAN

LOVE YOU ALL
DHAZZMI

cinta pertamaWhere stories live. Discover now