BAB 36

139 10 2
                                    

Fifi melihat Hanum sering termenung. Kadang kala Hanum menatap sekeping potret dan sekeping kertas yang usang. Apabila Hanum menatap surat tersebut, Hanum akan menangis. Hati Fifi sakit apabila melihat insan yang banyak berjasa kepadanya menangis. Ingin saja membaluti luka yang Hanum alami. Malang dia tidak mengenali Hanum lebih dekat. Hanum cuma penyelamatnya. Terkenang kembali nasib dirinya.

        ~~~

Sewaktu usia remaja, dia inginkan kebebasan namun dirinya sentiasa di kawal rapi oleh ibunya. Ibunya begitu tegas.
"Hey, Fifi, kau nak pergi tak majlis harijadi Julia tu?" Tanya rakannya. Hatinya ingin sekali.
"Ala, datang la Fifi. Kita kan dah best friend." Julia juga merayu. Fifi menelan air liur. Dia ingin berkawan dengan Julia dan rakan rakannya kerana mereka popular di sekolah. Anak orang kaya. Dia juga ingin di sanjung seperti mereka.
"Ala, kau jangan le risau kalau mak kau tak bagi. Cakap je ada kerja di rumah kawan. Penting untuk pelajaran."
Akhirnya Fifi menipu  ibunya hanya untuk memuaskan hati kawan kawan. Di situ dia berkenalan dengan Farid. Perkenalan dengan telah banyak membuat dia menipu keluarganya. Menggunakan alasan memgulang kaji di rumah kawan hanya untuk bertemu Farid. Sebaik sahaja tamat peperiksaan, Fifi mengambil keputusan untuk memgikut Farid. Dia sanggup lari dari rumah kerana mahu mengikut Farid. Rupanya Farid menipunya. Dia dijadikan pemuas nafsunya dan rakan rakan. Fifi juga menjadi alat urusniaga Farid.
Kerana tidak tahan menjadi hamba seks, Fifi mencari jalan untuk melepaskan diri. Sebaik sahaja dia berjaya, dia tidak tahu hala tuju. Sekali lagi dia dijadikan habuan mat rempit. Dia dirogol beramai ramai. Setelah mereka puas, dia ditinggalkan. Dalam keadaan yang lemah dia ditemui oleh Hanum dan Diya. Hanum memberi dia semangat untuk memulakan kehidupan baru. Hanum yang bagi semangat supaya dia lupakan kenangan lepas. Hanum yang selalu mengesat air matanya tiap kali dia bersedih. Akhirnya dia dapat melupakan semuanya dan berani kembali dan meminta maaf kepada keluarganya. Kini Hanum menanggung perbelanjaan pendidikannya.

      ~~~~~~~

Sanggupkah dia melihat wanita yang banyak menyeka air matanya bersedih.
"Diya, kau sibuk ke?" Fifi menghubungi Diya.
"Biasa le. Kenapa?"
"Aku nak jumpa kau. Kita jumpa hujung minggu ni."
"Okey. Nanti aku beritahu kau."
"Oh lupa kau dah kahwin. Aku belum jumpa lagi suami kau."
"Nanti tiba masanya aku kenalkan. Tu la, masa kenduri dulu dan-dan tu lah ada hal."
"Dah lah, aku kan boleh ganggu kau malam malam begini. Nanti suami kau marah."

Setelah mendapat kebenaran Yusri, Diya bertemu dengan Fifi. Mereka memilih untuk bersiar siar di pusat membeli belah.
"Kenapa yang penting sangat ni?"
"Mak su,  sejak kau pindah, dia banyak termenung dan menangis. Dia..."
"Dia tatap sekeping gambar dan sehelai kertas."
"Mana kau tahu?"
"Dari dulu dah."
"Kenapa?"
"Tu surat terakhir suaminya. Kalau rindu, memang mak su macam tu."
"Apa yang terjadi kat suami mak su?"
"Mereka berpisah tanpa rela."
"Macam mana jadi begitu?"
"Dalam surat tu pak su memberitahu dia terpaksa ceraikan mak su demi menjaga keselamatan mak su."
"Keselamatan?"
"Tu aku tak tahu. Yang aku tahu dalam surat tu pak su luahkan dia masih sayang dan cinta mak su. Dia cuba mencari jalan penyelesaian demi cinta mereka."
"Apa yang sebenarnya terjadi pada mereka."
Diya mengangkat bahu. Dia tidak tahu. Hanum pun tidak mahu bercerita dengannya. Mungkin belum masa Hanum mahu bercerita.
"Hey, kekasih hati ku." Tegur suara garau. Diya mengangkat muka. Wajah riang Khairi tersenyum.
"Wey, penawar jantung, buat apa kat sini?" Balas Diya. Fifi gembira melihat pemuda yang telah mencuri hatinya sejak dulu lagi. Cuma pemuda itu tidak pernah menyedari. Malahan hatinya telah di curi oleh sahabatnya sendiri.
"Apek, kau datang seorang ke?"
"Ala, baru nak tangkap feeling dah tanya orang lain. Ada kat belakang tu, beli apa kat Diyana."
"Hmmm..."
"Girls... dah makan ke?"
"Nak belanja ke?"
"Bukan aku... bos aku le."
"Tak pernah nak belanja orang."
"Kau betul betul nak aku belanja kau ke? Tapi kita berdua je la masa tu."
"Maaf la kalau aku..."
"Jangan nak dengar sangat apek tua ni merepek."
"Hey, aku tak tua lagi le." Khairi cuba menarik tudung Diya. Dia menepis tangan Khairi.
"Setiap kali sayang kata mereka berdua ada hubungan, abang selalu menafikan. Abang tengok le sendiri macam mana mereka mesra." Teguran dari Zarina. Khairi melihat Zarina dari atas ke bawah. Kemudian naik balik melihat wajah Zarina yang tebal dengan 'makeup'.
"Apa dah jadi dengan kau?"
"Apa maksud abang?"
Khairi senyum sinis.
"Untunglah kau Iq... Zarina semakin seksi." Khairi menepuk bahu Iqram.
"You all dari mana?"
"Cadang nak pergi makan. Kat restoran makanan segera je."
"Boleh le aku join?"
"Abang, apa kelas makan dekat restoran tu. Orang yang tak mampu macam abang Khai dan Diya je makan kat situ." Zarina merendahkan Diya.
"Tapi hari ni Diya akan makan kat restoran mewah." Yusri muncul. Dia melemparkan senyuman.
"Want to join us, Iq?"
"Why not. Dah lama tak makan dengan Diya."
"After this mungkin selalu balik kot."
"What?"
"Janganlah nk cemburu, Ina.. Aku dangan Yusri akan selalu  makan bersama, bukan mereka berdua je." Khairi mencelah. Fifi yang dari tadi hanya memerhati.
"Dah jom... Diya ajak kawan awak tu. Sian dia diam je dari tadi." Diya mengangguk. Tangannya dihulur ke arah Diyana yang dalam dukungan Yusri. Segera Diyana beralih tangan.
"Untung kau Diya di kelilingi pemuda pemuda kacak. Laki kau tak jeles ke?" Bisik Fifi. Diya hanya tersenyum.


Maaf pendek sikit part ni. Kali ini ibu bingung sikit nk buat cerita... maaf mungkin ada cerita Hanum turut di selitkan... terima kasih kerena membaca...ibu baru pertama kali post dlm ruangan ni...

Dhazzmi....

cinta pertamaWhere stories live. Discover now