BAB 44

133 10 0
                                    

Akhirnya cita cita Zulhasni tercapai. Dia telah membuka restoran makanan arab. ZULHANUM termeterai melambangkan cintanya. Ingin sekali dia raikan bersama insan yang disayangi tetapi insan itu menjauhkan diri. Dia tidak salahkannya keran semua itu salahnya. Mungkin kata kata kesat yang pernah dia lafazkan selama ini membuat hati insan yang disayangi terluka.

Diya terkejut apabila Fifi muncul di pejabatnya.
"Hai apa mimpinya?"
"Ooo...tunggu aku mimpi baru boleh jumpa kau."
"Ala...ala...bushuk masham ni...rindunya." Diya terus mendakap Fifi. Fifi membalas.
"Aku pun rindu kau. Eh, kau lunch dengan siapa?"
"Mana aku ada lunch dengan siapa siapa?"
"Cik abang sayang?"
"Dia? Mana pernah dia ajak aku lunch. Kami keluarpun sebab kerja je."
"Jom lunch dengan aku."
"Macam mana boleh datang sini untuk lunch ni?"
"Aku tadi datang sini sebab kertas kerja aku. Kebetulan dah dekat aku datang jumpa kau."
"Kita nak lunch kat mane ni?"
"Aku dengar ada restoran masakan arab baru buka kat area ni... pekerjanya pak arab handsome handsome, boleh le cuci mata."
"Kau boleh le, aku tak."
"Ala, cuci mata je pun."
Mereka keluar bersama untuk makan tengah hari.

Iqram datang ke pejabat Yusri untuk mengajak dua rakannya keluar makan tengah hari bersama.
"Hey bro, dah sihat? Sorry aku busy sangat."
"I tahu. Projek luar negara kau pun naik sama."
"Aku cuma kerja demi family aku."
"How's Indonesia?"
"Semua berjalan lancar."
"Jom lunch. On me."
"Hey, korang lupa aku ke?" Khairi muncul di muka pintu.
"Bukan lupa tapi senjaga lupa."
"Sampai hati."
"Tak de lah. Masakan aku nak lupakan sahabat baik aku ni. Baru je nak pergi ke pejabat kau nak tengok busy mana sahabat aku ni."
"Busy tu busy la tapi tak lah macam CEO macam korang berdua."
Mereka bertiga keluar dari pejabat.
"Eh, tak  ajak Diya ke?" Tanya Khairi.
"Dia dah keluar dengan kawan."
"Mana kau tahu?"
"Aku dah call tadi."
Sebenarnya Diya telah menghantar mesej mengatakan dia keluar makan dengan kawan. Dalam hatinya kagum dengan Diya kerana setiap kali dia mahu keluar atau lakukan apa sahaja, dia tetap minta kebenaran. Isteri mithali. Tidak seperti Dira dahulu. Berbeza sangat perangai dua beradik tu.
"Eh dia ni, bila sebut pasal Diya, mulalah berangan... angau yang lebih tapi tak nak move pikat dia." Usik Khairi.
"Apa dia?"
"Iq tanya, nak makan kat mana?"
"Entah."
"Apa kata kita pergi makan kat restoran baru tu?"
"Ikut suka kau. Nak naik kereta siapa?" Tanya Yusri ketika di lobi.
"Buat apa nak naik kereta, tu je restorannya. Sekali sekala jalan kaki je. Boleh kan?"
"I okey je."
"Sebut pasal Diya, kenapa you tak move on untuk pikat dia, Yus? Aku tengok Khai lebih banyak sweet talker dari you."
"Kenapa tak kau? Kau kan selalu sweet talker."
"I selalu sweet dengannya tapi dia tak cair langsung. Malahan hatinya kini telah di miliki." Perlahan saja ucapan Iqram.
Hati Diya telah di miliki, tapi bukan Iqram? Siapa dia? Khai ke? Semua persoalan bermain di fikiran Yusri. Dia temui jalan sukar untuk mendekati Diya. Come on Yus, jangan putus asa, bisik hatinya.

Sememtara itu Diya dan Fifi memilih sudut yang selesa untuk makan. Baru sahaja mereka duduk, hidangan di hidangkan. Sejenis bubur.
"Apa ni... mungkin style diorang kot, bagi pembuka selera free." Tanya Diya. Dia mencicip bubur yang di beri. Sedap.
"Sayang, bubur ni makan dengan roti." Tegur dari belakang. Diya menoleh dan Fifi memanggung kepalanya.
"Pak su!"
"Pak Long!"
Diya dan Fifi menjerit serentak. Zulhasni tersenyum. Ditangannya membawa hidangan roti. Dia mengambil tempat di sisi Fifi.
"Ni restoran Pak Long?"
"Ya."
"Wow, Zulhanum. Sayangnya Pak su pada Mak su."
"Tentu Diya. Tu sebab Pak su buka kedai kat sini, untuk dekat dengannya. Pak su tak tahu macam mana nak mula."
"Mak su pun masih berdiam."
"Hmmm... eh nak makan apa?"
"Apa yang best untuk makan tengah hari."
"Ooo...biar pak su sediakan untuk kamu berdua, on the house."
"Pak long belanja? Bestnya, selamat duit Fifi."
"Fifi tu masih belajar, biar pak long yang tanggung. Tak sangka Hanum sanggup tanggung anak saudara Pak long ni."
"Tak tahu mak su tau ke tak Fifi ni anak saudara Pak Long."

Khairi membawa dua rakannya masuk ke restoran yang dimaksudkan. Saat melangkah masuk mata Yusri tertacap wajah ceria Diya bersama seorang lelaki. Perasaan cemburu menyelinap. Dia terus laju menghampiri Diya.
"Assalamualaikum."
"Waalaikummusalam." Mereka jawab serentak.
"Eh, Yus."
"Siapa ni?" Zulhasni bertanya. Dia dapat rasa ada perasaan cemburu pada pemuda itu.
"Pak su ni, Yusri...errr... bekas suami arwah Kak Dira. Yus, ni bekas suami Mak su."
Yusri menhulurkan tangan.
"Innalillahiwainahirojiun. Bila Dira meninggal."
"Hampir 3 tahun." Jelas Yusri sambil  tersenyum tawar.
"Ni kawan kawan ke?"
"Ya, ni Khairi dan Iqram."
Mereka saling berjabat tangan.
"Dah kebetulan, kita join sekali. Bolehkan Diya?"
"Okey saja."
Yusri terus mengambil tempat sebelah Diya. Zulhasni bangun dan memberi tempat untuk  Khairi dan Iqram. Fifi terpaksa mengesut memberi ruang. Nasib baik kerusinya berbentuk U.
"Ok lah...nanti pak su bawa menu yang special untuk kamu semua."
"Thanks pak su." Balas Khairi mesra.
Mereka hanya berbual kosong sementara menunggu hidangan. Khairi banyak bersuara dan bergurau.
"Ni apa?" Tanya Yusri. Hidangan di depan Diya dilihat.
"Sejenis bubur, makan dengan roti." Jawab Diya. Yusri terus menarik mangkuk di depan Diya dan menyuap ke mulutnya. Kemudian di capai roti di tangan Diya. Iqram dan Khairi tercengang melihat tindakan Yusri.
"Kenapa? Aku lapar dan tengok Diya macam tak nak makan je. Aku tak breakfast pagi ni sebab tak ada orang yang nak buat breakfast untuk aku macam korang."
"Ya, ya, kami faham."
"DD, kau masakkan sarapan untuk adik adik kau kan?"
"Ya, kenapa?"
"Ala siankan abang handsome ni tak dad yang masakkan sarapan untuknya." Usik Khairi.
"Boleh..." kata kata Diya terhenti apabila telefonnya berdering. Diya terus menjawab.
"Ya, saya... baik... okey, lepas pukul 2 saya ke sana."
"Kenapa?"
"Alang, ada masalah kat kolej."
"Nanti kita ke sana bersama."
"Siapa Alang? Nazri ke?" Zulhasni mencelah. Dia membawa hidangan. Diya mengangguk.
"Diya makan dulu, nanti boleh tenang selesaikan masalah." Zulhasni seperti memujuk. Diya akur. Dia makan walaupun fikirannya terganggu. Sebaik selesai makan Diya memandang Yusri.
"Maafkan kami. Adik Diya tu adik ipat saya. Kami mohon diri dulu." Yang lain mengangguk. Iqram juga memohon diri sebaik sahaja isterinya menelefon.
"Diya dan Yusri tu ada apa apa ke?" Tanya Zulhasni. Ingin saja Fifi membuka mulut tetapi dia ingat janji Diya. Fifi hanya menggelengkan kepala.
"Saya harap mereka ada hubungan. Dulu ya lah tak boleh tapi kini bekas abang ipar boleh dinikahi kan, pak su?"
"Boleh saja. Kalau tak, tak ada istilah salin tikar."
"Bagaimana nak rapatkan mereka?"
"Bukan Khairi ada perasaan terhadap Diya ke?"
"Ya, saya sayang Diya dan saya sayang persahabatan kami. Entahlah perasaan ini... saya sendiri tak tahu nak jelaskan. Yang penting saya nak tengok Diya bahagia." Fifi dan Zulhasni turut mendoakan.

cinta pertamaWhere stories live. Discover now