DIYA keresahan. Betul ke tindakan dia itu. Serba salah dibuatnya. Jika dia menolak, dia menerima akibatnya dan jika dia ikutkan kehendak Yusri, dia sendiri takut bermain api. Perlahan lahan laci mejanya dibuka. Gambar pemuda yang pernah melamarnya diambil. Dibelakang gambar tersebut tertulis 'Terima Aku Seadanya'. Kenapa Yusri begitu drastik terus melamarnya tanpa berkenalan dulu dengannya. Jika mereka berkawan dulu, mungkin dia dapat melarang Yusri melamarnya terlalu awal. Tapi, adakah ibunya akan melepaskannya selagi Dira belum berkahwin. Tiada pemuda kampung yang ingin melamar Dira sejak peristiwa hitamnya. Bukan tiada lamaran tetapi tidak sampai seminggu, pertunangan diputuskan. Diya mengeluh. Mungkin keluarga Yusri tidak mendengar cerita tentang Dira dari orang kampung.
Pintu bilik di ketuk membuat Diya menyimpan semula gambar Yusri. Nazri menjengok ke dalam.
"Tak tidur lagi ke angah?"
"Study sikit...alang?"
"Nak SPM kan...study le sikit. Pemuda dalam gambar tu abang Yusrikan?"
"Mungkin."
"Gambar yang di bagi tu serabai je muka dia...kenapa sekarang handsome sangat."
"Handsome pun milik orang."
"Tapi jadi kekasih angah selama seminggu kan?"
Diya terdiam.
"Angah gunakan peluang ni untuk bahagiakan diri angah. Alang hanya nak angah dapat jauh dari semua masalah ni walaupun seketika."
"Tapi angah takut angah jatuh cinta..."
"Angah...boleh je...angah bukan adik beradik kak Dira pun."
"Alang tahu?"
"Alang dengar semuanya angah...but you still my beloved sister."
"Angah tetap adik beradik sesusu kan?"
"Ya...angah memang kakak yang alang sayangi." Diya tersenyum.
"A..." kata kata Diya terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi.
"Siapa? Abang Yus?" Tanya Nazri. Diya mengangguk sambil menghalau Nazri keluar. Nazri akur.PERJANJIAN seminggu telah merapatkan Diya dengan Yusri. Malah Diya banyak meluahkan derita yamg terpendam. Dia selesa menceritakan segala yang dia alami selama ini. Yusri seorang pendengar dan penasihat yang baik. Dia banyak membantu Diya bangun semula.
Hari yang tidak ditunggu oleh Yusri tetap datang. Dia merasa begitu berat untuk menghadapi hari itu.
"Umi, boleh tak saya culik bakal pengantin?" Hazim, rakan serumahnya meminta kebenaran uminya.
"Kau nak culik ke mana pengantin tu...esok tak bersanding dia." Usik bapa saudara Yusri.
"Biar le dia bermalam di hotel untuk malam ni. Dia macam gementar je bila tengok semua orang kelam kabut ni."
"Elok juga tu, Hazim, umi pun runsing tengok Yusri resah gelisah.""KAU cerita kat aku apa masalah kau sekarang ni?" Tanya Hazim sebaik saja sampai di bilik hotelnya.
"Aku tak de apa apalah."
"Aku kenal kau sejak kita sama sama belajar kat luar negara. Luar dalam aku tahu...sekarang kau nk cerita atau tak nak?"
"Tak boleh langsung nak berahsia dengan kau." Hazim tersenyum.
"Diya..namanya."
"So?"
"Aku jatuh cinta sejak pertama kali aku jumpa dia tapi aku silap, aku tak kenal dia rapat, aku melamarnya. Lamaran aku ditolak sebab dia baru saja masuk universiti...umi...umi tukar pinangan dengan kakaknya. Aku tak boleh nak cintakan kakak dia."
"Ok le tu...tak dapat adik dapat kakak."
"Kepala hotak ko ok. Macam mana aku nak jaga perasaan aku."
"Aku faham tapi dah esok majlisnya...tak boleh nak undur balik..."
"Aku tahu, aku dah janji dengan Diya. Aku tetap akan bernikah dengan kakaknya."
"Habis tu kenapa muka mcm tapai basi je?"
"Aku tak boleh lupakan cinta aku."
"Hey, lelaki boleh kahwin 4"
"Gila kau, mana boleh nikah adik beradik."MAJLIS berjalan lancar walaupun hati Yusri tidak ceria. Dia cuba memaniskan muka.
"Hai, mata tu mencari siapa?" Tegur Hazim. Yusri tersenyum. Hazim faham perasaan Yusri. Dia cuba ceriakan kawannya.
"Yus, ada gadis yang menarik minat aku lah."
"Siapa?"
"Tu, gadis yang sibuk kat ruang dapur tu. Dari tadi aku nampak dia paling sibuk." Mata Yusri mencari kelibat yang dimaksudkan oleh kawannya. Kelihatan Diya sibuk membasuh pinggan mangkuk di ruangan memasak. Kenapa Diya harus diperlakukan begitu. Dia ahli keluarga. Keluhan keluar dari mulut Yusri. Wajah Diya kelihatan ceria walaupun kepenatan. Seorang pemuda asyik mengusik Diya.
"Aik...kau pun terpikat ke? Diya tu kau nak letak mana...dengan isteri kau lagi."
"Tulah Diya."
"Wow...kalau aku pun susah nak lepaskan...bertuah pemuda tu." Yusri cemburu.
YOU ARE READING
cinta pertama
RomansaPercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?