BAB 20

160 10 0
                                    

KHAIRI mengeluh. Dia merenung jauh nasibnya.
"Hai, awal pagi dah mengeluh."
Khairi mengalih pandangan ke arah suara . Gadis manis di sisinya tersenyum. Jelas kelihatan lesung pipitnya. Entah mengapa gadis itu selalu mengganggu tidurnya. Suaranya membawa kedamaian dalam hatinya.
"Kenapa Khai?"
"Khai...Khai, sedar le sikit aku ni lebih tua dari kau tau."
"Habis tu nak panggil apa?"
"Panggillah abang."
"Tak kuasa aku. Hey, panggilan abang tu cuma untuk suami Diya aje tau."
"Ala, mana tau aku jadi suami kau nanti."
"Dah mulalah sawan dia balik...udah lupa le tunang kat kampung tu. Nak Diya hentuk dengan fail ni baru sedar diri sikit."
"Isk, gurau sikit pun tak boleh." Diya kembali tersenyum melihat Khairi. Kadang kala terkeluar perangai keanak anakannya. Mereka kembali sibuk dengan kerja masing masing.
"Amboi pasangan dua sejoli ni, lambat turun makan nampak." Usik rakan mereka saat mereka masuk ke kafe untuk makan tengah hari. Khairi hanya tersenyum.
"Can I join you?" Suara garau menegur dari belakang Diya. Diya  memusingkan badan. Terpaku melihat sekujur badan yang sangat dia kenali.
"Eh En. Yusri... boleh saja." Jawab Khairi apabila melihat Diya kaku. Baru Diya dicuit. Diya hanya memberi senyuman. Yusri mengambil tempat di sebelah Diya.
"Ni saya belikan untuk Diya." Yusri hulurkan semangkuk sambal tumis udang.
"Tapi..."
"Makanlah." Yusri membaca doa dan makan. Yang lain turut makan tanpa mengeluarkan suara. Diya turut serta.
"Alhamdulillah. Kamu semua ni budak praktikal ke?"
"Ya En. Yusri."
"Emmm...buat yang terbaik, mana tahu nanti di serap. Oh ya Khairi, saya free dalam setengah jam dan kalau boleh jumpa saya di pejabat saya. Ada hal yang nak saya bincangkan."
"Boleh En. Yusri."
"Okey, saya minta diri dulu. Khairi... 30 minit." Yusri beredar dari situ.
"Ok geng, 30 minit tu berharga bagi CEO berkelibar macam tu. Aku pergi dulu." Khairi meninggalkan kawan kawannya.
"Aku rasa Khairi dapat tawaran kerja."
"Aku pun rasa begitu. Apalah nasib  kita... susah nak dapat kerja sekarang ni."
"Jangan berputus asa. Bukan ke En. Yusri kata  tadi berusaha mana tahu ada peluang."
Masa 30 minit menjadi lama. Diya melihat ke arah jam, hampir waktu balik, Khairi belum nampak. Jam di dinding di kerling lagi. Kemudian beralih ke arah lif. Diya mengeluh.
"Apa yang di keluhkan tu Diya?"
"Tak ada apa apa kak."
"Khairi dah dapat kerja di YI... dia tak masuk pejabat ni lagi."
"Oh..."

Khairi menjeling ke arah jam beberapa kali. Hatinya keresahan.
"Tadi kata sanggup kerja tak kira masa."
"Ya, En. Yusri cuma...hmmm."
"Kenapa?"
"Diya.."
"Kenapa dengan dia?"
"Saya berjanji akan sentiasa menemani dia balik. Sejak peristiwa tu dia takut nak balik... maksud saya, saya temankan dia sampai ke kereta dia je. Saya balik untuk sambung kerja ni, En. Yusri."
"Pergi lah...tapi datang balik ya. Banyak kerja nak buat ni."
Khairi terus berlari ke arah pejabat Diya.
"DD..."
"Diya nak balik dah."
"Diya marah ke?"
"Siapa la kita kan...dia tu dah dapat kerja, kita ni baru pelatih aje."
"Ala, jangan le merajuk dinda ku sayang, kanda tetap menemani mu."
Diya menarik muka.
"Ok sayang, jom  balik.. abang nak kena balik ke pejabat balik."
"Eeee abang...geli telinga... sejak bila jadi suami Diya."
"Tak ke? Lupa pula." Khairi ketawa. Diya tersenyum sambil berjalan ke arah lif.
"Amboi, happy nampak? Terlepas seksa dari saya ke?" Yusri menghampiri mereka.
"Boss, cik adik kita ni merajuk."
"Sorry le Diya, Yus pinjam Khai sekejap. Ada kerja yang dia kena selesaikan."
"Bukan dapat kerja kat sana ke?" Tanya Diya sambil melangkah masuk ke dalam lif. Yusri dan Khairi mengikutnya.
"Diya nak terus balik ke?" Tanya Yusri ketika mereka di dalam lif.
"Kenapa?"
"Jom kita pergi makan dulu."
"Eh...bukan ke kebiasaan makan malam dengan isteri ke?"
"Isteri balik kampung semalam. Nak buat kenduri hujung minggu nanti."
"Oh ya ke? Tak tahu pula."
Khairi melihat kemesraan mereka berdua. Ada sesuatu yang Diya sembunyi dari dia. Dia akan korek rahsia Diya.
"Bak kunci." Yusri menghulur tangannya kepada Diya.
"La..ingat nak naik kereta besar boss."
"Sekali sekala.kita naik kereta Diya. Comel pula saya tengok kereta tu."
"Apa kata saya yang pandu, boss duduk sebelah dan Diya kat belakang."
"Ingat  nak suruh bos duduk belakang."
"Cit, bukan mahram mana boleh duduk berdua kat belakang.. tapi saya tak kisah jadi driver boss."
"Khai, luar pejabat panggil saja Yus."

Khairi tekun membaca fail fail atas arahan Yusri. Yusri meminta dia menyemak dan meneliti semua fail jika ada kesalahan tersembunyi. Sukar juga mencari kesalahan yang dilakukan oleh kakitangan YI. Mereka seperti amanah kepada syarikat.
"Bro, tak nak lunch ke?" Suara garau menegurnya dari belakang. Sangkanya salah seorang staff syarikat.
"Aku pergi...eh En. Yusri."
"Tak nak keluar rehat ke, jom aku belanja."
"Tapi..."
"Tapi apa lagi, bukan kau belanja aku, aku yang belanja kau."
"Diya.."
"Kenapa dengan Diya?"
"Rasanya dia tidak turun makan kalau seorang."
"Kau ambil berat tentang Diya. Ada apa apa ke?"
"Entahlah boss, lagi pun saya dah bertunang. Eh, boss tanya saya.. boss juga macam ambil berat tentang Diya, ada apa apa juga ke?" Yusri terdiam sejenak. Khairi memandang wajah tampan majikannya.
"Dah lah, kita dah terikat, jom ajak dia pergi lunch sekali."
Sejak itu mereka seperti belangkas...cuma bukan berdua tapi bertiga. Setelah seminggu meneliti fail syarikat YI, Yusri meminta Khairi lakukan hal yang sama di dalam ISMA Holding. Kali ini Yusri minta Diya membantu.  Semakin erat hubungan mereka bertiga.

"Diya, boleh aku tanya sikit?"
"Apa dia Khai?"
"Apa pandangan kau terhadap aku dan Yusri?"
"Maksud kau hubungan korang berdua?"
"Tak...hubungan kau dengan kami." Diya menarik nafas dalam dalam. Amat sukar untuk luahkan.
"Diya, aku kawan kau dan aku akan menyokong kau dalam apa jua cara."
"Walaupun kau terluka."
"Aku terluka kalau kau tak nak kawan dengan aku."
"Khai, aku tahu kau dah bertunang dan aku.. tak tahu le aku takut bila kau dah kahwin, kau tak boleh jadi sahabat aku. Aku takut kehilangan kau. Aku sayang kau tapi hati ni dah dimiliki oleh orang lain."
"Wow, siapa? Sejak bila?"
"Dah lama... masa tu lagi seminggu dia nak berkahwin."
"Suami orang?"
"Ya. Aku cuba lupakan dia. Alu cuba jauhkan diri dari dia tapi semakin aku cuba... semakin tak boleh."
"Perasaan dia?"
"Sehari sebelum dia bernikah, dia lafazkan kata cinta."
"Kalau kau cinta, dia pun cinta, tak salah jadi yang kedua."
"Kau tak faham hubungan kami."
"Aku rasa aku kenal dia... boss kn?"
Diya tidak menjawab. Dia hanya termenung.
"Diya, dia mampu untuk dapat yang kedua. Aku dapat lihat dia gembira di sisi kau dan bila makan dengan isterinya semuanya palsu."
"Tapi kau tak faham Khai."
"Tak faham apa? Fahamkan aku."
"Isterinya kakak aku."
"Kau...oh..." Khairi terdiam. Rahsia hati Diya di simpan begitu juga perasaannya. Biarlah dia terus menjadi sahabat Diya.

cinta pertamaWhere stories live. Discover now