BAB 73

125 9 0
                                    

Nana semakin meradang. Tiada satupun usaha dia memisahkan Yusri dan Diya tidak berjaya. Malahan kini Yusri tidak dapat dihubungi. Tiap kali mendengar suaranya, Yusri akan mematikan talian walaupun dia mengguna nombor yang berbeza. Dia cuba menghantar gambar Diya bermesra dengan lelaki lain, Yusri tetap sayangkan Diya.
"Yusri ni dah kena ubat guna guna ni. Semua tak jalan." Rungut Nana. Sudahlah tak dapat hubungi Udin. Kekasihnya Boy juga telah ditangkap oleh polis. Semua merunsingkan dirinya.
"Tak perlukan kau nak pisahkan kami, Nana. Hanya maut sahaja yang boleh memisahkan kami."
Masih terniang suara Yusri. Maut... ya maut yang akan pisahkan mereka. Nana mula rancang strategi.

Kebiasaan waktu bekerja, ruang legar pejabat di penuhi dengan pekerja. Yusri dan Diya turut bersama.
"Ala abang, Diya tertinggal telefon dalam kereta. Minta kunci."
"Jangan lama lama kita ada meeting dengan abang kesayangan sayang tu."
"Okey." Diya beredar dari situ.

Udin memandang sekeliling. Bapa mertuanya minta dia datang ke pejabat jika dia bercuti. Belajar menguruskan syarikat. Matamya tertacap pasangan bahagia. Dia bersyukur dia tidak memusnahkan rumahtangga mereka. Tiba tiba dia ternampak kelibat seseorang yang dia kenali di sebalik orang ramai. Matanya kembali melihat ke arah pasangan bahagia. Si isteri beredar dari situ.
"Ya Allah."
"Kenapa biy?"
"Tak apa apa, biy ada hal sikit. Honey jumpa papa dulu ya." Udin berlari mencari Diya. Dia tahu wanita itu dalam bahaya.  Langkahnya terhenti apabila nampak musuhnya bergerak ke arah parking lot di basement. Dia mengekori gadis itu. Nana, telah lama dia tidak dengar berita, kini muncul depan matanya.

Diya membuka pintu kereta. Apabila sudah mengambil telefonnya, Diya berpaling. Dia terkejut apabila melihat seorang gadis menerpanya dengan sebilah pisau di tangan. Sebelum sempat berbuat apa apa, sekujur tubuh berdiri di depannya. Pisau itu terhunus ke perut lelaki yang berdiri di depannya. Lelaki itu mengenggam tangan penyerangnya dan menoreh tangan tersebut dengan pisau yang sama. Tangan yang luka dia rapatkan ke perutnya.
"Kau gila!" Jerit gadis tersebut lalu melarikan diri.
"Ya Allah cik.. cik cedara parah."
Diya cuba mendekati tetapi disekatkan oleh lelaki yang menolongnya.
"Jangan cik, saya ada HIV."
"Tapi kau cedera parah. Saya dah panggil ambulan." Diya membuka boot kereta Yusri. Kit pertolongan cemas di ambil. Dia menyarung sarung tangan yang turut ada di dalam boot tersebut.
"Saya tolong hentikan darah tu. Kenapa awak tolong saya?"
"Saya kenal Nana tu. Saya Udin, pernah mengekori Cik Diya dulu."
"Saya tak faham?" Tangan Diya menekan luka dengan kapas.
Bantuan datang dengan segera. Diya mengikuti Udin ke hospital.
"Cik Diya, tolong telefon isteri saya." Udin menghulurkan telefonnya sebaik sahaja dia ditolak masuk ke wad kecemasan.
"Cik, pakaian yang kena darah tu kena buang, bahaya." Kata salah seorang petugas. Berkali kali Udin menerangkan situasinya. Hanya sedikit darah terkena baju Diya. Sarung tangan telah Diya buang semasa di ambulan tadi.
"Cik Diya, saya Doktor Sarah, jom ikut saya." Seorang doktor muda membawa Diya masuk ke bilik doktor.
"Nah ni baju saya,  cik tukar lah. Baju tu kena buang."
"Terima kasih doktor."
"Panggil saya Sarah je. Awak membantu tanpa fikir keselamatan. Bantuan awak dapat membantu menyelamatkannya." Diya tersenyum lalu masuk ke tandas. Baju kotornya di masukkan ke dalam plastik kuning. Doktor Sarah membuang ke tempat sepatutnya. Mereka sama sama keluar.
"Saya masuk dulu ya, cik Diya tunggu sini ya."
Diya hubungi isteri Udin. Nasib baik Udin tidak mengunci telefonnya.

Yusri keresahan. Diya masih tidak nampak bayangnya. Menyesal membiarkan Diya keseorangan. Telefon Diya tidak dapat dihubungi.
"Hah, sayang." Suara Yusri cemas apabila dapat hubungi Diya.
"Sayang kat mana?... Hah! Hospital!" Yusri tidak sempat mendengar penjelasan Diya terus mematikan talian. Dia bertembumg dengan Khairi di pintu masuk.
"Diya kat hospital."
"Hah! Jom, aku drive."
"Diya kat mana?" Tanya Khairi sebaik sahaja sampai ke hospital.
"Emm.." Yusri menggarukan kepala.
"Kadang kadang bengap juga kau." Khairi terus hubungi Diya.
"Wad kecemasan." Khairi berlari ka arah wad tersebut. Yusri lebih laju.
"Sayang." Panggil Yusri apabila melihat Diya menunggu di salah satu kerusi.
"Kenapa ni?"
"Siapa Diya?" Tanya seorang gadis. Cantik dan anggun.
"Saya Diya."
"Apa yang berlaku apa suami saya?"
"Masih dalam wad tu. Mereka nak jumpa ahli keluarga untuk tandatangan pembedahan."
"Serius ke suami saya?"
"Kecederaan kat perut."
"Waris Izudin."
"Ya, saya." Lily masuk ke wad kecemasan.
"Soalan abang masih tergantung."
Diya menceritakan segala galanya. Yusri tidak menyangka Nana sanggup bertindak sedemikian.
"Assalamualaikum"
"Walaikumusalam... Datuk Zubir."
"Ada nampak anak saya Lily tak?"
"Isteri Udin?"
"Ya..."
"Dia masuk dalam jumpa suaminya." Tidak lama kemudian Lily keluar semula.
"Semua dah okey. Terima kasih Diya."
"Macam mana Lily kenal Diya?"
"Papa, Diya ni lah yang Nana suruh Abang spy tu."
"Sebab Nana lah Udin cedera selamatkan saya."
"Datuk,Diya, saya rasa ada baiknya dia pergi buat laporan polis. Budak Nana ni semakin bahaya."
"Betul tu. Lebih kamu semua pergi buat laporan polis. Kami di sini akan menjaga Udin. Jangan risau, dia tak apa apa."

Diya membuat laporran polis dan bercerita tentang apa yang berlaku. Mereka akan ambil keterangan dari Udin.
"Heeee, kamu ni menyusahkan aje. Asyik nak serang orang je." Terdengar rungutan dari salah seorang pegawai polis. Mereka hanya berjalan melepasi polis tersebut.
"Kamu tak guna Khairi! Semua keluarga kamu aku bunuh kamu masih nak kalahkan aku.!" Wanita tidak terurus itu cuba menyerang Khairi. Nasib baik sempat di pegang oleh polis.
"Semua orang mak cik panggil Khairi. Kenapa mak cik nak bunuh Khairi?" Tanya polis wanita di situ.
"Sebab Ishak musnahkan aku. Selagi Ishak tak terima kau aku akan buat hidup Ishak porak peranda."
Apabila nama papanya juga menjadi sebutan, langkah Khairi terhenti. Dia memusing dan masuk semula. Dia menghampri wanita tua yamg tidak terurus.
"Mak Nab?"

Assalamualaikum...
Mak Nab muncul semula. Ke mana Mak Nab menghilang...
Apa yang terjadi kpd Mak Nab?
Adakah semua setuju Ina dan Mus...

LOVE U ALL
DHAZZMI

cinta pertamaWhere stories live. Discover now