BAB 56

134 10 4
                                    

Awal pagi Khairi telah berada di hadapan rumah Yusri.
"Waalaikumusalam, wow bro, awalnya."
"Aku nak jumpa Diya."
"Dia tengah bersiap, nak balik kampung ambil Diyana."
"Aku ikut. Umi aku pun masih kat kampung, siapa yang nak jaga Diyana."
"Macam ada masalah?"
"Eh KK... kenapa ni?"
"Mak Nab...."
"Kenapa?" Diya mula duduk di sofa.
"Apa kata kita berbual dalam perjalanan." Syor Khairi.

"Mak Nab punca segala galanya. Dia mendera fizikal dan mental Zarina sejak dari kecil. Aku mungkin sudah lupa tapi tidak Iqram. Dia ingin jauhkan Zarina dari Mak Nab tetapi kita telah terus membiarkan Zarina bersama Mak Nab."
"Habis tu kau nak ambil dia bersama kau?"
"Aku nak tengok apa yang mak Nab boleh buat lagi. Mak Nab sering meracun fikiran Zarina semasa kami masih bersama... kalau tidak silap aku orang yang memfitnah mama juga ada mengatakan nama Nab... yang menyuruhnnya."
"Tak mungkin orang yang sama kot KK."
"KK bersalah pada Iqram. Aku selalu mengelak dari berjumpanya di rumah kerana Zarina. Sedangkan dia tidak sihat. Aku paksa dia keluar untuk bertemu dengan aku. Kenapa aku tidak peka dengan perubahan dia?"
Diya memegang bahu abangnya dari belakang. Dia faham perasaan abangnya saat ini. Yusri hanya diam. Dia hanya menumpu perhatian kepada pemanduan. Khairi menarik nafas.
"Iqram telah lama menderita. Biarlah dia tenang di sana." Akhirnya Yusri bersuara. Dia masih ingat pertemuan terakhir antara mereka dulu.

"Yus, do you have a time?" Iqram datang ke biliknya lewat malam itu. Dia masih tidak tidur kerana memastikan majlis esok berjalan lancar.
"Aku tak buat apa apa pun malam ni."
"Can we have a chat?"
"Yes.."
"Bukan di sini... kita keluar."
Yusri memandu keretanya keluar dari kawasan hotel. Mereka mengambil keputusan untuk bersantai di tepi pantai.
"Do you really love Diya?"
"Truthly... She my first love."
"Do you know she love you too?" Kata Iqram sambil menyalakan rokoknya. Dia menghulurkan rokok kepada Yusri.
"Sorry, aku tak merokok... You pun sepatutnya berhenti."
"I want to. Tapi ..."
"Iq, kenapa ni?"
"I semakin parah Yus. I tak tahu berapa lama I dapat bertahan."
"You kuat Iq."
"Yus, I wasiatkan harta I pada Diya dan Khairi. Bila tiba saatnya kau lepaskan Khairi untuk uruskan syarikat bagi pihak aku."
"Kenapa Diya, sepatutnya Zarina."
"Ina tidak boleh uruskannya... dia tidak tahu apa apa... I yakin Khai tak akan biarkan Ina terkontang kanting. Tapi aku tidak tahu macam mana nak uruskan mak mertua aku."
"Kau tahu, mak mertua akupun susah aku nak kawal. Dia benci isteri aku tak tahu sebabnya."
"Exwife?"
"No wife."
"Kau dah beristeri macam mana Diya?" Yusri hanya melemparkan senyuman.
"Yusri..."
"Kalau aku kata she my wife now..."
"Kecewa Khai... tadi nampak mereka mesra sangat."
"Ada banyak kejutan untuk kau nanti."
"Kalau kejutan...biar kejutan... aku cuma nak bagitahu kau satu perkara. Rahsia kita berdua... aku terlebih guna dadah... aku jadi ketagih... aku tak mampu nak tahan ketagihan ni Yus. Aku tak nak jadi penagih... aku tak mahu." Air mata lelaki Iqram mengalir.
"Macam mana kau boleh ketagih?"
"Kalau aku stop ambil ubat aku akan pergi... tapi tolong beri kebahagiaan pada Diya. Be by her side."
"I will...Are you okey?"
"Aku perlukan ubat... jom kita balik." Yusri memimpin Iqram masuk ke kereta.
"Aku lebih kerap perlukan ubat bukan sebab sakit tapi ketagih. Aku tak sanggup lagi begini Yus. Bebaskan aku dari ketagihan ini."
"Kau kuat dan kau berhenti ambil ubat tu."
"I will do that."

"Abang... abang." Bahunya di sentuh lembut. Yusri terkejut dari lamunan.
"Abang, you tu driving, jangan dok berkhayal. Ingat siapa la tu." Tegur Diya.
"Ayooo... ada orang kena tidur luar bilik nanti." Usik Khairi.
"Abang cuma ingat Diya seorang je la sayang."
"Uweak... jangan nak buat drama cintun dalam kereta ni... Aku masih ada dalam kereta ni tau." Yusri menjeling ke arah Khairi sebelum memandang ke hadapan.

Semua mata memandang Intan apabila Khairi bertanya tentang Mak Nab.
"Nab ni jiran kami. Sebaya umi. Masa kecil dia selalu dengan papa kamu. Papa anggap dia adik macam umi juga. Sewaktu papa kamu hendak berangkat keluar negara, dia berpesan dia akan menunggu papa kamu. Tetapi Pak Ahmad yang berminat kepadanya. Pak Ahmad meminangnya dan keluarganya terima. Dia bencikan Pak Ahmad. Namun begitu papa kamu pulang dari luar negara pulang bersama isterinya. Mak Nab kecewa. Tak salah umi dia ke Kuala Lumpur dan Pak Ahmad membawanya balik. Tak lama kemudian Pak Ahmad putuskan pertunangan. Pak Ahmad yang dulu hanya seorang petani, tinggalkan kampung dan bekerja di bandaraya. Puas keluarga Pak Ahmad merayu kepada Pak Ahmad untuk menikahi Mak Nab. Tak salah umi selepas setahun baru Pak Ahmad kembali dan menerima Mak Nab dan membawa dia tinggal di Kuala Lumpur. Umi tidak tahu bila pula Mak Nab bermadu. Bertahun tahun mereka tidak pulang ke kampung. Bila pulang, Pak Ahmad dah ada anak anak dan membawa dua orang isteri."
"Kenapa dia benci sangat papa?"
"Itu umi tak tahu." Khairi terdiam. Jiwanya tidak tenang saat itu. Hatinya memikir apa salah papanya sehingga Mak Nab sanggup memusnahkan keluarganya.

Khairi termenung di pangkin. Dia hanya melihat kesibukan ahli keluarga Diya. Dia hampir lupa ada majlis doa selamat kerana Hanum akan bersatu kembali dengan Zulhasni.
"Abang..." Suara lunak menegurnya. Dia menoleh ke kirinya.
"Abang susah hati kerana tidak berjumpa adik abang ke?" Tanya Fifi. Dia tidak ada sewaktu perbincangan malam itu kerana dia menemani Khaleeda pulang ke rumah Khaleeda.
"Abang lupa nak ucapkan terima kasih kerana bantu abang cari adik abang. Abang dah jumpa adik abang."
"Siapa... kenapa tak bawa ke sini sekali?"
"Sini keluarga dia."
"Hah?"
"KK... sini rupanya. Jom tolong DD kejap." Diya menarik tangan Khairi.
"Nak tolong apa ni sayang sampai tarik KK ni." Mesranya mereka. Hati Fifi sedikit terobek melihat kemesraan itu.
'Sabarlah hati ku sayang... Think positive. Diya dah berkahwin.' Fifi memegang dada kirinya.
"Kak Fifi... Mak su panggil." Jeritan Nasir dari pintu rumah menyentakkannya. Fifi cuba memaniskan muka untuk masuk ke dalam. Dia menjeling ke arah kemesraan Diya dan Khairi sebelum masuk ke bilik mak su.
Majlis pernikahan dan doa selamat berjalan lancar. Kini mak su dan Diya telah berteman tetapi dirinya sepi. Fifi menahan perasaan sayu supaya tiada sesiapa yang tahu.

Assalamualaikum
Fifi meminati Khairi...
Nak mereka bersatu ke atau Khairi kembali kepada Zarina, gadis cilik yang dulu dia selalu lindung.

LOVE YOU ALL
DHAZZMI

cinta pertamaWhere stories live. Discover now