BAB 29

143 9 0
                                    

Diya menarik nafas. Dia tidak menyangka Datuk Ismail menyerahkannya tugas yang besar. Sebulan dia bertungkus lumus untuk menyiapkan kertas kerja. Projek usahasama mega ini menjadi titik permulaan bagi Diya melangkah ke hadapan. Titik pertama untuk kejayaan. Kini dia harus berurusan dengan dua usahawan lain untuk mendapat usahasama.
"Diya, kertas kerja awak tu cukup membanggakan saya. Team awak dapat meyakinkan saya dari team Badrul. Dengan ini saya nak awak sendiri bertemu dengan CEO YI dan CEO IA. Dapatkan kepercayaan mereka untuk kerjasama ini. Awak boleh lakukannya, Diya?"
"Datuk nak saya uruskan semua ni?"
"Dah awak yang membuat kertas kerja ni, awak uruskan."
"Tapi..."
"Saya yakin dengan awak."

Kini dia perlu semuka dengan CEO YI dan CEO IA. Dia telah meneliti kedua dua syarikat dan dia tahu siapa mereka yang harus dia temui.
"Aku harus menjadi professional. Ini kerja."
Kakinya terus melangkah masuk ke bangunan.

"Kita nak ajak Isma Holding sama ke?" Tanya Iqram.
"Kenapa harus bertiga... korang berdua pun boleh kan?"
"Isma is mine too."
Khairi dan Iqram melihat Yusri.
"Isma pernah nak bankrup satu ketika dulu dan aku berikan suntikan dana... kalau kirakan pelaburan aku... aku miliki 60%... tapi aku tak nak jadi CEO di sana sebab aku ada YI."
"Patutlah kau senang je buat keputusan di Isma dulu masa Datuk tak ada."
Yusri tersenyum.
"So sekarang kita tunggu wakil Isma lah."
"Ya, apa yang aku tahu dia one of the best. Sebenarnya, aku yang pilih sebab aku suka kertas kwrja team ni. Isma beri tugasan pada staff dia untuk melakukan kertaskerja terbaik. Aku suka cara team ni."
"Kau tahu siapa yang kita tunggu?"
"Tu aku tak tahu."
"Badrul is one of the best kan?"
"Encik Yusri, wakil dari Isma Holding dah sampai." Setiausaha Yusri memberitahu mereka.
"Ok, tunjukkan bilik mesyuarat."
Yusri mengambil fail di atas mejenya.
"You two, jom, kita ada kerja."
Mereka bertiga masuk ke bilik mesyuarat.
Seorang gadis sedang  menunduk meneliti failnya. Tiga pasang mata menyorot ke arahnya.
"Assalamualaikum dan selamat datang ke YI sdn.bhd. cik..."
"Nadiya.." Nadiya berpaling. Terpaku ke tiga tiga pemuda di depan mereka. Wajah yang dirindui di hadapan mereka. Diya juga terpaku. Dia tidak menyangka bertemu dengan mereka semua sekali gus.
"Lama dah tak berjumpa. Sihat?" Iqram memecahkan kesunyian.
"Sihat...You...I means, Encik Iqram."
"Semakin sihat...cuma rindukan Diya."
"Ehem... DD okey?"
Panggilan yang lama tidak kedengaran keluar dari mulut Khairi. Air mata mula bertakung di tubir matanya. Dia merindui mereka semua.
"Sorry, saya nak ke ladies sekejap." Diya keluar dari bilik mesyuarat. Yusri melabuhkan dirinya di kerusi. Keluhan keluar dari bibirnya. Bukan dia tidak nampak air mata Diya yang sedang bertakung.
'Ah! Aku menyakitkan hatinya lagi ke?'
"Maaf... Saya..."
"Tak mengapa, kami faham."
"Sebenarnya saya datang untuk berjumpa dengan Encik Yusri, Encik Iqram dan Encik Khairi ni sebab..."
"Wow, Diya, kenapa perlu formal sangat. Kita bincang santai je. It okey with you, Iqram?"
"Betul tu..."
"Ehemm.." Diya berdehem. Dia cuba tenangkan fikiran.
"Anggapkan kami ni kawan. Bukan ke selama ini kita berkawan kan?" Yusri memberi senyuman. Akhirnya Diya dapat kawal perasaannya. Dia kembali tenang untuk berbincang. Akhirnya perbincangan berlajan lancar.
"Ok...kita dah dapat kata sepakat, so jom lunch dulu."
"Aku okey je...Diya?"
Sekali lagi Diya menjadi tumpuan.
"Why not." Diya tidak menghampakan mereka.
Mereka memilih kereta Yusri untuk keluar bersama. Yusri membuka pintu untuk Diya di sebelah pemandu.
"Perdana? You usahawan berjaya, why perdana?" Tanya Iqram sewaktu mereka  didalam kereta.
"Ketika aku mula mula nak tukar kereta, ada seseorang yang mengesyorkan aku kereta ni. Aku membeli bersamanya. Kenangan bersamanya adalah kenangan yang indah." Yusri menjeling ke arah Diya. Mata mwreka bertentangan sebelum Diya melarikan pandangan mereka.
"Ini mesti kenangan bersama isteri kau kan?" Iqram meneka. Yusri diam.
"Aku tahu... mesti berkaitan dengan plat nombor kereta kau kan?" Khairi menebak. Ada senyuman di bibir Yusri.
Sewaktu makan, Khairi lebih banyak bergurau. Dia mahu Diya merasa selesa untuk bekerja dengan mereka.

Memulakan tugas dengan tiga pemuda kacak menyukarkan. Tambahan dengan Khairi yang selalu bergurau, Iqram yang sentiasa sweet talker dan Yusri yang sentiasa tenang membuat kerjanya menjadi menarik. Diya gembira disamping mereka.

Panggilan dari abahnya dari kampung mengganggu tidurnya. Berita itu juga mengejutkannya. Seharian kerjanya tidak teratur. Ada saja kesilapannya.
Ketiga tiga pemuda hanya memandang antara satu sama lain.
"DD...  Are you okey?" Khairi berani bertanya. Diya melihat wajah Khairi. Entah mengapa air matanya tidak dapat di bendung lagi.
"D... D..." Khairi mengelabah. Dia tidak mahu melihat Diya menangis.
"Diya...kenapa ni?"
"Bad..."
"Apa yang Badrul dah lakukan pada Diya?" Khairi terus mencelah. Badrul tak habis habis menyusahkan Diya.
"Dia masuk meminang Diya dan ibu dah terima... malahan mereka dah tetapkan tarikh."
"Begitu cepat. Tak tanya Nad dulu?"
"Tak perlu persetujuan Diya."
"Mungkin Bad dah berubah."
Diya diam.
"Maaf, Diya tidak dapat tumpu perhatian pada kerja. Diya minta kebenaran untuk balik awal." Mata Diya memandang Yusri.
"Okey, pergi berehat dan tenangkan fikiran. Bit if you need us... you know where to find us."
Diya keluar dari pejabat Yusri.
"Aku rasa tiada apa yang perlu untuk kita berbincang hari ini. Pembakar semangat tiada." Kata Iqram. Dia bangun dan keluar dari pejabat. Dia pulang ke pejabatnya. Wajah kesedihan Diya terbayang bayang. Khairi juga memohon diri untuk ke pejabatnya.

Diya bercuti. Itu yang dia dapat tahu. Kesedihan Diya masih terbayang. Badrul...nama yang menyakitkan hatinya.

       #####

Yusri keluar dari pejabat untuk makan. Jam menunjukkan pukul 3 petang. Sudah lewat untuk dia pergi makan. Kerana mesyuarat dengan pelanggan, dia keluar makan lewat. Khairi pula keluar makan tengah hari dengan pelanggan lain.
"Abang!" Tangannya di rangkul. Adiknya mendekatinya.
"Leesya dari mana?"
"Nak jumpa abang la."
"Nak jumpa abang? Kenapa tak bagitahu awal? Kalau abang dah keluar tadi macam mana."
"Emmm..." Mata Aleesya mencari sesuatu.
"Leesya cari apa?"
"Sekejap abang... sayang!"
Seorang pemuda menghampiri mereka.
"Badrul?"
"Abang kenal?... Abang, tolong pujuk papa."
"Pujuk papa?" Mata Yusri mencerlung ke arah Badrul.
"Dia staff papa."
"Serius?"
"Maksud abang?"
"Hubungan kamu berdua?"
"I love him, abang."
Yusri diam.

         ####

'Siapakah yang Badrul cintai?' Yusri meraup wajahnya. Wajah sedih Diya terbayang bayang.

cinta pertamaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang