BAB 68

111 9 2
                                    

Khairi memilih kedai makan yang berhampiran kerana dia enggan berjalan jauh. Jam di tangannya di lihat. Masih banyak masa untuk bertemu pelanggan. Dia memilih makan di luar kawasan restoran kerana ingin mencuci mata. Dia teringat kisah rakan baiknya. Yusri tidak mahu Diya cemburu lagi, lalu dia meminta Diya bekerja dengannya. Tambahan pula kakitangan syarikat papanya telah mahir selepas di latih oleh Diya. Badrul sendiri sudah nampak perubahannya.
"Assalamualaikum " Suara lunak menegurnya. Khairi memanggungkan kepala.
"Eh, Fifi join abang makan.Waalaikumusalam." Fifi ketawa melihat Khairi  lambat menjawab salam.
"Boleh ke?"
"Ala, tak de sesiapa yang nak marah, kalau Fifi abang tak tahu le."
"Fifi pun tak ada." Tersenyum Fifi dapat berjumpa Khairi. Mereka berbual walaupun makanan mereka masing masing sudah habis. Khairi pandai membuat Fifi ketawa.
"Abang, patutlah saya telefon tak nak berjawab, rupanya jumpa betina lain." Khairi terkejut apabila Zarina merangkul lehernya dari belakang.
"Si..siapa ni?" Tanya Fifi tergagap gagap. Jauh beza dia dan wanita di hadapannya.
"Saya isteri dia." Hampir gugur air mata Fifi.
"Maaf abang, Fifi balik dulu."
"Fifi..." Fifi telah laju meninggalkan mereka.
"Apa ni Ina?"
"Sampai hati abang buat Ina macam ni."
"Kita dah tak ada apa apa hubungan ya." Khairi bangun.
"Kalau ina nak makan nah duit." Not rm100 di letak di atas meja dan terus berlalu.
"Macam mana dengan anak dalam kandungan ni. Habis madu sepah dibuang." Jerit Zarina.
"Hey bro, apa ni?" Tegur seorang lelaki.
"Tu bukan anak aku, sekali pun dia mengandung, itu mesti anak arwah suaminya. Dia tu masih dalam edah, tak sepatutnya keluar rumah dengan berpakaian begini." Kata Khairi lalu beredar. Semua mata memandang Zarina. Dengan segera dia mencapai duit yang Khairi dan beredar dari situ.

'Ina mengandung... anak Iq. Iq, aku akan menjaga zuriat mu seperti anakku. Aku akan menjaga amanahmu.'
"Encik Khairi?" Khairi tersentak, dia tidak menumpu langsung kepada perbincangan dengan pelanggannya. Keluhan keluar dari mulutnya.
"Maaf, beri saya masa untuk membuat keputusan, nanti saya hubungi pihak tuan semula."
"Kenapa ni Encik Khairi, encik macam ada masalah je."
"Ya.. nanti saya lihat semula kertas kerja ni dan saya beri keputusan. Maaf ya, Encik Jamil."
"Tak pa, saya faham, kita ni ingin lebih dari satu."
'Apa yang orang tua ni merepek. Lebih dari satu...satu pun tak ada.' Khairi bangun dan keluar dari pejabat setelah bersalaman dengan pelanggannya. Oleh kerana fikirannya celaru, dia memberitahu PAnya untuk membatalkan semua temujanjinya kerana dia ingin berehat di rumah.

"Jauhnya termenung?"
"Mi..."
"Kenapa dengan anak Mi ni?"
"Ina mengandung."
"Anak Iqram?"
"Ri takut Ina apa apakan anak tu. Ri tengok Ina tu macam tak terurus saja."
"Ri nak bawa dia tinggal di sini semula ke?" Khairi diam.

Zarina pulang ke rumahnya. Hatinya masih marah kerana kad keahliannya di spa telah dibatalkan. Dia tidak membayar hutangnya kepada spa. Pihak bank berterusan menelefon memgatakan hutang tertunggak kad kredit.
"Ina, tengok ni, mak beli gelang dan rantai baru."
"Mak, kan minggu lepas mak dah beli."
"Ini corak baru, Ina."
"Mak beli guna apa?"
"Kad kau le."
"Mak... lebih baik mak keluar dari rumah ni... menyusahkan Ina je."
"Selama ni aku tolong kau dapat hidup senang, kau boleh halau aku. Memang anak derhaka kamu!" Mak Nab terus masuk le biliknya. Semua barangnya di kemas dan keluar. Dia tahu Zarina tidak mempunyai apa apa lagi. Habis duit Zarina di kikis untuk membeli barang kemasnya. Dia pulang ke rumahnya.

Zarina terpaksa mengadaikan rumahnya untuk melangsaikan hutang piutang yang dibuat olehnya dan Mak Nab. Fikirannya buntu hendak pergi ke mana. Sepanjang hari dia merayau. Dengan sedikit wang yang ada, dia pergi berhibur. Lewat malam dia keluar dari kelab tersebut. Sepanjang perjalanan, dia tidak sedar ada yang mengekorinya. Sampai di tempat sunyi, keretanya di tahan. Dia di bawa entah ke mana. Tubuhnya di ratah oleh beberapa orang lelaki. Dia ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Bunyi riuh mengejutkannya. Dia berada dalam rumah kosong. Bersebelahan dengan rumah tersebut, ada kawasan pembinaan. Zarina keluar untuk mendapatkan bantuan. Badannya masih lemah. Kini dia hilang segala galanya. Kereta mewahnya juga di curi oleh perogolnya malam tadi.
"Tolong..." Pandangannya kabur dan kelam. Dia jatuh pengsan. Dia dapat rasa ada orang yang mengangkatnya.

Apabila dia buka mata semula, keadaan  sekelilingnya berbeza.
"Ina dah bangun, nak minum?" Suara lembut menyapanya. Dia melihat wanita anggun yang menghampirinya dengan segelas air.
"Diya."
"Ina berehat lah dulu. Nanti Diya panggilkan doktor."

Sementara itu Khairi dan Yusri bertemu doktor.
"Dari pemeriksaan kami, dia hanya trauma. Dia mungkin di rogol beramai ramai. Saya rasa ada baiknya buat laporan polis. Kelihatan seperti barang kemasnya juga di ragut dengan kasar."
"Bagaimana dengan kandungannya, doktor?"
"Kandungan? Dia tiada menunjukkan dia alami keguguran atau mengandung sekarang ini."
"Terima kasih doktor." Yusri dan Khairi masuk ke bilik rawatan Zarina. Zarina hanya mampu menangis. Dia malu dengan Diya yang selama ini dia fitnahkan tetapi Diya tetap menolongnya tanpa simpan perasaan dendam. Mereka yang selama ini dia jadikan musuh adalah insan yang baik dan mulia. Sepanjang dia di hospital, Diya sanggup menemaninya sepanjang masa. Sebaik dia dikeluarkan dari wad, dia dibawa balik ke rumah Khairi.
"Ina, boleh kak long nak cakap sikit?"
"Apa dia kak long."
"Kak dengar Khairi sembang dengan mak cik intan dia nak rujuk balik dengan kau."
"Kalau ya pun apa salahnya."
"Apa yang kau nak, Ina? Kau yak kesian ke kat Khairi tu. Macam macam mak buat kat dia, dia masih tak dendam dengan kita sekeluarga."
"Mak buat apa?"
"Kak long pun hanya dengar cerita sahaja. Tapi kak long harap Ina fikirkan masak masak sebelum buat tindakan." Pesan Kak Long. Dia tidak mahu  Zarina terus hanyut dalam kesilapan.

ASSALAMUALAIKUM
IBU AKAN BUAT SATU BAB TENTANG DENDAM MAK NAB, KENAPA MAK NAB JADI BEGITU DAN APA YANG MAK NAB DAH LAKUKAN.
SABAR TUNGGU BAB YG AKAN DATANG
IBU SSAH SIKIT NAK TAIP LAJU SBB KEYBOARD IBU ROSAK... TAIP DLM HP AGAK LAMBAT...

LOVE U ALL
DHAZZMI

cinta pertamaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang