BAB 43

140 8 0
                                    

Yusri menghubungi Diya untuk datang ke pejabatnya. Dia terlalu sibuk kebelakangan ni sehingga terpaksa hantar anaknya ke kampung. Uminya memang suka.
"Umi, Yus tinggalkan Diyana seketika ya."
"Memang umi nak suruh tinggalkan Diyana kat sini lagi pun Diya..."
"Diya memang tak bagi Yus hantar Diyana tapi Yus kesian tengok dia terkejar kejar." Yusri memotong cakap uminya. Dia tidak mahu uminya menghidu hubungan mereka.
"Umi tahu Diya sibuk. Cuma bagi umi elok Diyana kat sini supaya kamu dan Diya dapat rapat berdua, tak ada gangguan Diyana."
"Umi ni ke situ pula. Diyana tak pernah jadi penghalanglah." Diyanalah penyebab Diya ke rumahnya. Yusri tersenyum.
"Encik Yusri, Cik Diya datang." Suara pembantunya melalui interkom, membuat dia tersentak.
"Suruh dia masuk dan panggil Khairi sekali."
Ketukan di pintu pejabatnya membuat dia membenarkan Diya masuk.
"Jemput duduk." Yusri tidak tahu hendak memulakan bicara. Kenapa dia gugup hari ini?
"Terima kasih. Diyana apa khabar?"
"Sihat, ada di rumah umi."
"Kenapa dia di sana?"
"Abang sibuk."
"Kalau Yus sibuk, kan Diya boleh jaga."
"Diya sayang, abang sibuk Diya pun sama..kita kena selalu tengok tapak binaan."
"Aduhhhh...sayang abang...ni yang buat aku sakit jantung ni..."
"Nak aku tumbuk supaya jantung kau berfungsi."
"Ala, kau ingat kau seorang je pandai sweet dengan Diya. Aku pun boleh. Kan DD." Diya tersenyum.
"DD?"
"Itu rahsia kami, DD kan."
Diya hanya mampu tersenyum. Namun bika melihat riak selamba Yusri, terdetak di hatinya. Tidakkah Yusri berperasaan cemburu. Atau memang tidak wujud perasaan itu. Diya tunduk apabila memikirkan nasibnya. Bagaimana dia mahu memenangi hati Yusri.
"Diya... are you okey?"
Dia mengangkat muka memandang Yusri. Senyuman tawar di hadiahkan kepada Yusri.
"Diya okey kan kalau KK tak ikut?"
"Hah?"
"La, cik adik manis, mana sudah pigi? Abang hensem dari tadi cakap cakap, adik manis tara dengar ke?" Diya tersenyum sambil menggelengkan kepala.
"Banyak sian sama ini abang hensem. Tapa tapa bagi abang sado cakap."
"Sudah sudahlah jadi mat bangla Khai. Diya okey ke kalau hanya kita berdua pergi ke PD. Khai kena uruskan hal syarikat kat sini."
"Diya tak kisah, lagipun tak ada yang cemburu."
"Siapa kata tak ada...cuma Diya je yang tak tahu."
"Siapalah Diya ni."
"Pujaan hati tiga pemuda."
"Hah?"
"Okey Yus, aku nak pergi jumpa  klien sekarang...Dating , dating, dating." Khairi melangkah keluar.
"Have fun with Miss Rose!" Jerit Yusri. Khairi hanya melambai tangannya tanpa berpaling.
"Jom kita pergi site... Iqram tunggu di sana." Diya hanya mengekori Yusri.
"DD, apa maksud tu?" Tanya Yusri sebaik saja kereta mereka bergerak.
"Tu cuma gelaran."
"Macam istimewa je."
"Bukan macam tu. Dulu Khairi berkali kali desak Diya panggil dia abang sebab dia lebih tua. Tapi..."
"Panggilan abang tu hanya untuk SUAMI Diya." Yusri menekankan perkataan suami. Diya terdiam.
"Berikan Diya masa." Diya menggumam pelahan namun didengari oelh Yusri.
'Ya Allah, Diya, kenapa minta masa sedang kau ingin dia menjadi suami kau.' Bisik hatinya.
'Tapi aku ingin hatinya bukan saja jasadnya.' Diya berperang dengan perasaan sendiri. Yusri menjeling ke arah Diya yang kegelisahan.
"Tak apa ambillah berapa lama yang Diya perlu."
'Abang akan cuba memenangi hatimu dalam pertandingan ini, sayang. Abang tak akan melepaskanmu.' Bisik hati Yusri. Sepanjang pejalanan mereka  di temani suara dj radio sahaja. Mereka tidak ingin memecah keheningan antara mereka.
Iqram tersenyum apabila nampak mereka menghampiri.
"Dah lama tunggu?"
"Tak lama sangat. I just have   breakfast."
"Maaf, ingat tadi Khai nak join tapi dia kena jumpa klien pula."
"Can you do me a favor?"
"What?"
"Latih Khai supaya dia boleh menjadi CEO."
"Wow..."
"I have nobody in my life. He is a friend and a brother to me. Hampir saja kami jadi adik beradik angkat."
"Terus terang aku cakap, he naturally born as a leader. Aku kagum dengan kebolehan dia."
"Iq cadang nak buka syarikat baru ke?"
"Tak Nad. Dua tu pun dah cukup. Badan ni dah tak upaya lagi."
"Jangan cakap macam tu."
Mereka bertiga melangkah ke arah tapak pembinaan. Kelihatan pekerja sedang sibuk menguruskannya. Seorang lelaki menghampiri Yusri.
"Iq, are you okey?" Diya berbual dengan Iqram memandangkan Yusri sibuk berbual dengan lelaki tadi.
"Apa maksud Nad?"
"Awak pucat."
"Hmmm... ingat tiada yang perasan. Zarina pun tidak perasan perubahan saya."
"Saya tak main main lah, Iq. Muka awak betul betul pucat."
"Mungkin terlalu lama terdedah panas kot."
"Jom kita cari tempat teduh. Yus..." Diya berlari ke arah Yusri.
"Diya, kau terlalu peka tentang diriku ini tapi..." Pandangan Iqram menjadi kabur kemudian gelap.
"Iq!"
"Iqram!"

Iqram di bawa ke hospital sebelum berpindah ke hospital swasta. Diya menjaga Iqram sepanjang Iqram tidak sedarkan diri. Nasib baik Iqram sentiasa membawa nombor doktor peribadinya.
"Diya..." Suara lemah Iqram kedengaran setelah dua hari tidak sedarkan diri.
"Iq.."
"Thanks."
"Diya tak buat apa apa pun."
"Tapi Nad tetap di sisi Iq. Nad lah seorang sahabat."
"Diya ikhlas."
"Maafkan Iq kerana kecewakan Nad."
"Iq tidak pernah mengecewakan Diya."
"Tapi Nad menangis..."
"Diya tahu Iq sakit dan Diya tahu Zarina tu macam mana. Diya simpati pada Iq."
"Nad tak cinta Iq?"
"Maafkan Diya Iq... Diya cuba melupakannya tapi tak boleh. Iq sentiasa ingatkan Diya pada dia. Diya bersalah sangat pada Iq."
"Iq faham. Tapi boleh Iq simpan cinta Nad."
"Diya tak boleh menghalang."
"Iq sayang Nad."
"Nad sayang ..."
"Ehem..." Yusri dan Khairi muncul di pintu.
"Maaf ganggu korang. Iqram dah okey?"
"Yusri,  orang sakit macam I ni boleh okey ke? On off je sakitnya sebelum mati."
"Jangan menyerah kalah."
"I tak kan menyerah kalah selagi ada sahabat macam you bertiga."
Kedengaran riuh rendah di luar bilik. Tidak lama kemudian masuk Pak Ahmad dan Zarina.
"Orang kata tak nak lah abah."
"Apa yang tak nak?" Tegas suara Khairi. Tiba tiba Zarina menikus.
"Dah dua malam Diya temankan Iqram. Ni giliran Zarina pula."
"Tapi Ina..."
"Na..." Lembut tutur Iqram.
"Baiklah, Ina temankan abang malam ni."
"Kau kena tahu Ina, Iqram tidak pernah hampakan permintaan kau." Khairi menegur.
"Atau kau nak lepaskan Iqram kepada Diya?" Persoalan Khairi membuat Diya tersentak.
"Saya rasa lebih baik kita balik. Biarkan pasangan suami isteri bersama." Yusri mengajak rakan rakannya. Semua akur termasuk Pak Ahmad.

Zarina mengeluh beberapa kali. Telefon di tangannya di campak ke sisinya.
"Bosan ke?"
"Buang masa je. Kalau tak Ina boleh pergi spa, shopping..."
"Kalau abang bagi duit untuk jaga abang nak tak?"
"Bagi duit? Berapa?"
"Seratus sehari."
Zarina berdiam.
"Dua ratus... sehari semalam...bermakna sentiasa bersama abang."
"Hmmm..."
"Kalau tak nak tak pe, abang bagi duit tu pada Di..."
"Siapa kata tak nak. 2 ratuskan?"
Iqram senyum. Dia tahu Zarina hanya memandang wangnya tetapi cukup sekadar  ada peneman. Namun begitu hatinya tertanya siapa yang memiliki hati Diya.

cinta pertamaWhere stories live. Discover now