BAB 22

146 11 0
                                    

EMPAT bulan sudah berlalu. Diya masih menjadi bahan ketidakpuasan Cikgu Hajar. Cikgu Hajar tidak menerima kehilangan anak perempuannya. Namun begitu Diya begitu sabar menerima semuannya. Diyana dijaga dengan baik. Yusri pula sibuk dengan tugasannya di Indonesia. Dah lama dia tidak pulang ke rumah.

Surat tawaran pekerjaan ssampai ke tangannya. Hati Diya serba salah. Tanggungjawab yang diberi dengan kerjaya yang di idamkan.

"Kenapa sugul ni sayang?" Tanya Umi Saadiah. Dia menyayangi Diya.
"Diya serba salah umi."
"Kenapa?"
"Diya dapat kerja, tapi Diyana macam mana?"
Umi Saadiah terdiam. Dalam hatinya ingin sekali menyatukan Diya dengan Yusri agar Diyana tidak kehilangan kasih sayang. Hasrat itu dikhabarkan kepada Yusri.
"Biarlah Diya bekerja." Itulah jawapan dari Yusri. Sebelum Diya memulakan kerja, Yusri telah mengambil Diyana dan membawa anaknya bersamanya ke Indonesia. Diya terpaksa menahan rindu kepada anak saudaranya. Apakan daya ianya milik orang.

Diya memulakan kerja di ISMA Holding. Dia selesa bekerja di tempat dia membuat latihan. Malahan dia selesa dengan rakan kerjanya yang lama. Kesibukan kerja tidak dapat menghilangkan perasaan rindunya. Malang sekali pejabat YI kini telah berpindah dan dia terputus hubungan dengan Khairi. Jika Khairi ada bersama mungkin dia dapat meluahkan segala perasaan yang terpendam. Masih teringat selepas kematian Dira, Khairi ada bertemunya dan menjemput dia datang ke majlis perkahwinannya.

(Flashback)
Diya mengambil keputusan untuk pergi bersama dengan adik- adiknya ke majlis tersebut. Kemeriahan majlis di serikan lagi dengan adat melayu. Gotong royong masyarakat kampung masih diterapkan. Dia mengambil satu sudut yang agak jauh dari orang ramai.
"Hai, boleh saya duduk sekali." Seorang 'Mat Saleh' menegurnya. Diya melihat kehairanan.
"Maaf, saya ganggu ke? Saya Iqram." Sapanya sambil menundukkan sedikit kepalanya. Sopan, tidak menghulurkan tangan.
"Saya Diya." Diya memperkenalkan diri. Tidak perlu menyombong diri.
" Oh Diya, kawan Khairi. Kawan istimewa Khairi. Saya abang ipar Khairi."
"Iqram, mari makan beradap sekali." Jemput seorang lelaki yang begitu hormatkan Iqram.
"Jom Diya join sekali."
"Tapi..."
"Khairi mesti gembira kalau dia nampak awak."
Desakan Iqram membuat Diya akur. Tersenyum Khairi apabila melihat Diya. Diya duduk antara Khairi dan Iqram. Rasa seperti puteri di layan oleh dua putera kacak. Khairi lebih melayan Diya dari isterinya. Sepanjang Majlis, Iqram tidak pernah melepaskan Diya jauh darinya.
"Harap kita dapat berjumpa lagi, Diya, Nazri." Diya hanya membalas dengan senyuman.
"Naz kenal Iqram tu ke?" Tanya Diya sebaik saja mereka memulakan perjalanan.
"Encik Iqram tu pensyarah Alanglah."
"OOo..."
"Kenapa Kak Ngah berminat ke? Dia tu masih single tau."
Diya terdiam.

Diya mengeluh. Sejak Khairi mendiri rumahtangga hubungan mereka terputus akibat isteri Khairi cemburu. Diya rindukan persahabatan mereka selama ini.

Ah siapa yang aku rindu sebenarnya? Khairi atau Yusri? Ah, mengapa aku harus rindukan mereka? Aku harus melangkah ke hadapan dan melupakan mereka. Masing masing mempunyai kehidupan mereka. Aku hanya merindui mereka tetapi mereka mungkin melupakan aku.
Diya bermonolog sendirian.

"Diya, Datuk minta Diya ikut Badrul  pergi berjumpa klien kita."
"Berdua dengan Badrul ke kak?"
"Tak lah, Suzie ikut sekali."
Diya hanya mengangguk. Dalam hatinya tertanya tanya mengapa pengurus pentadbiran sepertinya harus keluar membuat pasaran.
"Jangan nak kerut muka. Awak tu disaran belajar semua skil."
"Hah?"
"Dah...dah, Bad dan Suzie dah tunggu tu."

Perjalanan selama beberapa minit sahaja menyakitkan hati dan mata Diya. Badrul dan Suzie bermanja di depannya. Memang Badrul dasar buaya darat.
"Diya, you jangan buka mulut tau sebab you budak baru. You hanya belajar saja." Kata Suzie dengan sombongnya. Pada mulanya Suzie tidak setuju dengan kehadiran Diya.
"Encik Iqram ada kelas sekarang ni. Dia ada maklumkan pada kami tentang kehadiran kamu semua. Dia minta tunggu sekejap.
"Kenapa kena jumpa pensyarah?"
"Diya sayang, yang kita nak jumpa ni Iqram Alexander, pemilik kolej ni."
"You sayang dia , Bad?"
"Mana boleh I sayang ayam tambatan Datuk. Datuk kan kaya, I ada apa."
"You ada I."
"Menyampah. Bila pula aku ayam tambatan datuk. Datuk minta aku belajar je." Diya berbisik sendirian.

"Maaf, saya ada hal tadi. Eh, Diya."
Diya memanggung kepala. Dia menguntum senyuman.
"Hai Iqram."
"Diya, ini Encik Iqram Alexander lah." Bisik Badrul.
"Saya dah lama kenal Diya. Bukan begitu Nad?"
"Nad?"
"You ni buat buat lupa panggilan I pada you. Tak perlu nak sembunyi hubungan kita."
Diya tunduk.
"Oh, ni datang sebab tender tu ya. Jom kita bincang dalam pejabat saya. Jom Nad."
Diya akur. Tersenyum juga melihat Suzie yang ternganga.
"Duduk sekejap ya, saya suruh setiausaha saya ambil fail dan minum."
Iqram keluar dari pejabatnya.
"Macam mana kenal dengan En Iqram, Diya?"
"Hmmmm..."
"Dari adik ipar saya. Diya pernah praktikal dengan adik ipar saya. Sejak itu kami berkenalan." Iqram menncelah. Dia masuk semula dengan fail di tangan.
Perbincangan berjalan lancar. segala perbincangan, Iqram akan meminta pendapat Diya. Diya hanya mengeluarkan pendapat apa yang dia mampu. Namun begitu Diya kagum dengan Badrul, dalam pekerjaan dia serius. Malahan dia seorang yang profesional.
"Okey apa-apa nanti saya akan beritahu Nad... eh maksud saya Nadiya. Nad, ni dah masuk waktu rehat, apa kata kita berdua keluar makan."
"Keluar makan?"
"Maaf En. Badrul, ni hal peribadi dan saya rasa perbincangan kita tentang perniagaan dah selesai."
"Tapi Diya datang dengan kami."
"Diya cukup dewasa untuk membuat keputusan dan mahu keluar dengan sesiapa di luar waktu kerjanya. Dan terang-terang sekarang waktu rehat kamu semua. Tak salah kan?"
Badrul akur. Dia memohon diri pulang bersama Suzie.
"Diya, you jangan merosakkan segala usaha kami. Bukan senang kami nak berjumpa dia tau." Bisik Suzie. Dia bimbang segalanya usahanya terkubur. Dia tahu usahawan muda yang mereka temui ini seorang yang cerewet dalam urusan perniagaan.
"Jangan risau, ini tak ada kena mengena dengan perniagaan." Iqram mencelah. Telinga lintah betul Mat Saleh ni.

Sebaik sahaja Diya dan Iqram melangkah keluar dari bangunan pejabat,mereka bertembung dengan Nasir.
"Kak Ngah."
"Eh, Alang... kenapa tercungap-cungap ni?"
"Tadi bertembung dengan Abang Badrul. Dia kata Kak Ngah kat sini."
"Eh, Nasir, dah siap paperwork tentang program kita tu."
"Dah En. Iqram tetapi saya serahkan kepada Anuar sebab saya mungkin tidak pergi."
"Kenapa pula? Awak terbaik dalam kerja amal ni."
"Maafkan saya Sir, kakak saya masih belum gaji lagi. tak kan saya nak bebankan ibu bapa saya."
"Apa kata kakak awak join sekali. Bolehkan Nad?"
"Tapi..."
"Join us lah Nad. Kesian Nasir dan saya yang harap Nad ikut sekali dalam program amal ni. Jangan risau tentang cuti, itu saya uruskan." Diya hanya berdiam. Selesai makan tengah hari Diya pulang ke pejabatnya tanpa memberi sebarang jawapan. Dua hari kemudian dia di panggil oleh Datuk Ismail.
"Datuk panggil saya?"
"Ya Nadiya. Duduk."
"Saya ada buat salah ke?"
"Saya sepatutunya berterima kasih kepada awak kerana Syarikat IqAlex setuju berkerjasama dengan dengan kita. Dan Iqram meminta awak menjadi wakil untuk program amal usahsama pertama syarikat kita. Nadiya harus pergi demi menaikkan nama syarikat kita."
"Program amal?"
"Ya, pelajar perubatan kolej Iqram akan adakan program amal mendaki Gunung Kinabalu dan mendekati penduduk sepanjang pendakian."
"Apa bantuan dari pihak kita Datuk?"
"Semua dah selesai diuruskan oleh Iqram. Nadiya cuma perlu ada di sana sebagai wakil sahaja. Tak salahkan pergi bercuti. Mungkin juga Nadiya dapat pengalaman dan pelajaran dari Iqram. Dia seorang usahawan yang berjaya."

Diya keluar dari pejabat terlihat adiknya telah menunggu.
"Kenapa Alang?"
"Betul ke Kak Ngah join?"
"Kalau ya, kenapa?"
"Amboi terrer le lecturer Alang."
"Terrer apa kesnya, dia guna taktik kotor."
"Tapi apa yang Alang tahu Alang dapat sponsor seratus peratus."
"Ni kenapa datang?"
"Arahan lecterer."
"Dia nak apa lagi?"
"Ajak beli barang keperluan." Diya terpaksa akur.

cinta pertamaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang