BAB 30

161 11 0
                                    

Diya pulang ke kampungnya. Dia melihat ibu beria ria menguruskan majlis untuknya.
"Untung kamu Diya, dapat pikat Badrul tu. Ramai gadis kampung ni menangis kerana kau tau." Usik Kamariah. Diya bersantai di halaman rumah sahabatnya itu.
"Kau ni kenapa, diam je?"
"Entahlah, aku tak tahu nak cakap apa."
"Kenapa?"
Diya mengeluh. Tak tahu kepada siapa dia mahu mengadu.
"Maaf Kama, aku balik dulu."

Selesai solat berjemaah, Diya mengurung diri di dalam bilik. Hatinya keresahan. Berkali kali dia bersolat istikarah dan keputusan yang dia dapat adalah yamg buruk.
"Kak Ngah ada masalah?"
"Ehmmm..."
"Want to share?"
"Alang, kalau kita beristikarah dan keputusan negatif, apa maksudnya?"
"Alang tak faham?"
"Setiap kali Kak Ngah mengadu tentang pernikahan ini Kal Ngah mimpikan Badrul meniduri perempuan lain, bukan Kak Ngah. Lagipun Badrul ada beri amaran pada Kak Ngah yang dia akan buat kak ngah malu."
Diya menceritakan peristiwa yang lalu pada Nazri.
"Mungkin ada niat yang lain tu."
"Tapi kak ngah tak ada alasan yang kukuh untuk tolak."
"Cuba kak ngah minta tolong abang Yus."
"Kenapa harus minta tolong dia?"
"Ibu kan dengar cakap abang Yus."
Diya terdiam. Majlis pernikahannya dalam masa dua hari lagi. Diya ambil keputusan untuk pulang ke bandar. Ada hal yang harus dia uruskan.

Pejabat Yusri di tuju. Harapan terakhirnya.
"Diya." Yusri terkejut Diya masuk ke biliknya.
"Diya nak jumpa..."
"Nak jumpa Khai?"
"Bukan, tapi Yus."
Yusri bergerak ke sofa di dalam biliknya. Diya turut serta.
"Tolong selamatkan Diya dari Badrul." Air mata Diya mengalir. Diya meluahkan segalanya. Sepanjang Diya bercerita, air matanya membasahi pipinya. Yusri berjanji akan selesaikan masalah Diya walaupun dia tidak tahu caranya.
Malam itu dia masih bingung untuk cari jalan penyelesaian. Sepatutnya dia bersama Khairi ke Thailand kerana urusan perniagaan. Khairi pergi lebih awal kerana dia tidak sanggup melihat air mata Diya. Begitu juga Iqram. Dia membawa isterinya ke luar negara. Yusri berhenti melepaskan lelah di sebuah restoran. Dia memilih restoran ini kerana agak privasi.
"Hey, siapa yang kau nak sekarang?" Terdengar suara lelaki yang berbual di kerusi belakangnya. Mereka bercakap agak kuat.
"Diya tu hanya untuk balas dendam... Aleesya lubuk emas.."
Terkejut dia mendengar nama Diya dan adiknya menjadi topik bualan mereka. Dia ingin bangun melihat gerangan pemuda yang menyebut nama mereka tetapi telefonnya berdering. Mamanya telefon mengatakan papanya mengamuk. Yusri segera pulang.
Di rumah dia melihat papanya , Datuk Ismail sedang menahan marah. Aleesya menangis di dalam pelukan mamanya.
"Kenapa ni?"
"Tanya adik kamu...anak siapa yang dia kandung?"
Yusri melutut di hadapan Aleesya. Matanya menatap wajah Aleesya.
"Leesya, dia ke?"
Perlahan lahan Aleesya mengangguk. Yusri tunduk. Tetapi bibirnya memgukir sedikit senyuman.
"Papa, kita selesaikan hal ini malam ni juga."

Suasana luar semakin tegang. Sepatutnya pihak lelaki telah tiba untuk majlis penikahan. Tok kadhi pun telah sampai. Tidak lama kemudian, ketua kampung Sofian dan isterinya datang dan minta berbincang di dalam rumah. Hanya ahli keluarga saja yang ada. Diya yang siap dengan persalinan nikah turut ada di situ.
"Kami minta maaf sebab Badrul akan bernikah dengan anak Datuk Ismail sekejap lagi. Mereka saling menyintai." Sakit hati apabila dengar suara Mak Senah memberitahu. Dia bangga anaknya bwrkahwin dengan anak Datuk. Diya meraup wajahnya. Inikah yang dimaksudkan oelh Badrul. Memalukan keluarganya.
"Apa yang kita nak cakap dengan orang kat luar tu?" Air mata telah membasahi pipi Diya.
"Biar Man yang gantikan si tak guna tu."
"Kalau boleh memang mak nak Diya jadi menantu mak, Man tapi kamu berdua adik beradik sesusu." Air mata mak Ndak menitis.

Bukkk!
Dinding papan ditumbuk Nazri. Ikut hatinya mahu menumbuk muka Badrul.

Dia masih ingat cubaan tidak senonoh yang Badrul lakukan kepada kakaknya dua minggu lalu. Rasanya tidak cukup membelasah Badrul waktu itu.
"Aku akan buat keluarga kamu semua malu!" Marah Badrul.

'Ya Allah kenapa Kak Ngah terima segala dugaan ini.'

"Kita tidak ada jalan lain selain dari batalkan majlis ini. Berterus terang sahaja." Cikgu Jalil Zhen bersuara. Sebaik sahaja dia membuka pintu, Yusri masuk.
"Kenapa biarkan Tik kadhi menunggu."
"Yus, pengantin lelaki tak ada." Saadiah menerangkan kepada anak lelakinya.
"Biarkan Badrul tu, majlis tetap dijalankan. Yus jadi penggantinya."
"Syukur Alahamdulillah Yus." Saadiah merangkul anaknya.
"Abah pergi panggil tok kadhi sementara saya tukar baju. Yusri melemparkan senyuman kepada Diya sebelum masuk ke bilik yang dulu menjadi biliknya dan Dira. Majlis pernikahan dan diikuti dengan majlis persandingan di sebelah tengah hari berjalan lancar. Walaupun ada suara berbisik mengatakan pasangan lelaki berlainan.
"Biarlah mereka nak kata..." Itu bisik Yusri.

Setelah tetamu semua pulang, Diya duduk berbual dengan ahli keluarganya. Yusri di halaman rumah bermain dengan anaknya. Memang Diyana dihantar pulang awal kerana Yusri ingin berurusniaga di luar negara. Setelah puas barmain dengan anaknya, Yusri melangkah ke dalam rumah.
"Pergi duduk dekat mama. Papa nak mandi sekejap." Diyana akur dan menghampiri Diya. Mata Diya mengekori pergerakan Yusri. Dia mengambil beg bajunya didalam kereta dan masuk ke dalam bilik Dira semula.
"Alhamdulillah Yus ada jadi penyelamat." Ibu melafazkan kesyukuran. Dia tunduk.
"Yus janji akan lakukan yang terbaik demi keluarga dan Diya. Jangan Diya risau."
Adakah ini janjinya?

Yusri keluar semula dengan t shirt dan seluar jeans. Begnya di bawa bersama.
"Umi, Yus terpaksa pulang sekarang. Malam ni Yus kena terbang ke Thailand."
"Diya?"
"Dia kan masih bercuti. Yus tak ambil cuti sebab mana Yus sangka Yus jadi pengantin hari ini." Yusri menghampiri Diya.
"Diya habiskanlah cuti, nanti selesai urusan abang di sana , abang akan hubungi Diya. Kalau ada suara yang sakitkan hati tu, abaikan...duduk rumah umi, orang tak mengata pun." Yusri tersenyum. Pipi Diyana di atas riba Diya dicium. Kemudian tangannya menghulur kepada Diya. Perlahan lahan Diya menyambut tangan Yusri dan mengucupnya. Setelah bersalaman dengan cikgu Hajar dan Saadiah, Yusri keluar dan berbual seketika dengan Cikgu Jalil Zhen dan saudara mara yang lain sebelum beredar.

Betul kata Yusri. Maak Senah cuba menutup aib anaknya dengan menabur fitnah mengatakan Diya curang. Itu sebab Badrul memutuskan tali pertunangan di saat akhir. Tiada seorang pun yang tahu Badrul telah menikah dengan kekasihnya. Diya banyak mengurung diri didalam bilik. Hanya sewaktu ingin pulang ke kotaraya, baru dia menziarahi ibu mertuanya.
"Maaf umi Diya tak ziarah umi lebih awal."
"Umi faham. Cerita Diya sampai kampung ni. Umi dengar Cik Senah tu kata mereka baru meminang anak Datuk tu."
"Biarkanlah umi. Kita buat apa pun orang tetap nampak yang buruk je. Asalkan umi tak percaya cerita mereka dah."
"Isk, buat apa nak percaya diorang tu. Umi percaya anak dan menantu umi ni."
Diya merangkul tubuh ibu mertuanya.
"Diya nak balik pukul berapa?"
"Lepas zohor, umi."
"Makan tengah hari di sini ya... Jom kita memasak." Diya akur.

cinta pertamaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang