Semua mata memandang ke arah Diya dan Yusri saat mereka masuk ke dalam ruang tamu.
"Maaf kami lambat."
"Tak mengapa, peguam pun baru sampai."
"Semua dah ada?"
"Ya," Jawab Uncle Hasyim.
Peguam membaca wasiat sepeti yang tertulis di dalam failnya. Wasiat yang bertanda tangan Iqram. Iqram meninggalkan semua saham dan perniagaan atas nama Khairi dan Diya. Dia hanya menyerahkan sejumlah wang yang bernilai 5 juta untuk Zarina.
"Kenapa semua kekayaannya dia serahkan kepada perempun sundal ni? Kau buat apa jantan tak guna sampai suami aku sayang sangat pada kau?"
"Ina," Pak Ahmad cuba memujuk anaknya.
"Sia sia saja aku bagi dia makan ni!" Zarina membuang sebekas ubat daari beg tangannya. Aunty Fatimah terus menerkam ubat yang bertabur.
"What is this? Where you get this? This is poison!!!!" Aunty Fatimah mula meracau. Dia seorang doktor dan dia yang merawat Iqram selama ini.
"Apa ni?" Uncle Hasyim menyembur kemarahan.
"Mak bagi untuk ubatkan abang." Jawab Zarina ketakutan.
"She kill our baby Hasyim!!!!" Aunty Fatimah terus menjerit.
"Aku tak tahu kenapa Iqram sayangkan kau tapi aku tak mahu tengok muka kau dan muka emak kau lagi. Kalau kau berani datang ke sini lagi, aku tak agak agak heret kamu berdua ke penjara. Keluar dari sini dan esok ambil duit di pejabat peguam." Marah Uncle Hasyim.
"Kau anak sial Khairi! Aku akan bunuh kau macam mana aku bunuh bapa kau."
"Dah lah tu Nab." Pak Ahmad menarik Mak Nab dan Zarina dengan bantuan Zul.Khairi meraup wajahnya.
"Encik Iqram sudah tahu hal ini." Perlahan saja peguamnya bersuara.
"Maksud Encik Ben?"
"Enam bulan yang lalu Encik Iqram datang berjumpa saya. Wajahnya sedikit pucat...."Encik Iqram, kenapa nak jumpa saya ni, macam penting sangat."
"Terlalu penting.... Muka saya nampak pucat ke?"
"Ya nampak sedikit pucat kenapa?"
"Ketara sangat ke?"
"Kalau tak lihat dengan teliti tak perasan."
Iqram tersenyum.
"Dia terlalu ambul berat tentang aku. wajah aku pucat pun dia perasan."
"Siapa? Puan Zarina?"
"Zarina tidak pernah ambil tahu. Tapi dia..."
"Dia... siapa?"
"Dia... Diya... penawar hati saya. Saya kuat kerananya walaupun dia telah berterus terang mengatakan hatinya bukan milikku. Saya terlalu sayangkan dia." Iqram termenung seketika. Wajah riang Diya terbayang.
"Saya nak buat wasiat." Ujar Iqram setelah lama termenung.
"Awal lagi nak buat wasiat. Encik Iqram pun semakin sihat. Bukan ke minggu lepas Encik kata lapuran kesihatan encik 80% pulih."
"Not anymore." Bagaimana dia mahu menceritakan kepada peguamnya ubat-ubatannya telah bertukar."Hari tu dia teleh membuat wasiatnya. Saya bertanya kenapa mereka berdua? Dengan tenang dia menjawab mereka lebih bermakna dari wang ringgit saya. Mereka adalah keluarga saya."
"Uncle tidak membantah. Kamu berdua memang keluarga Iqram."
Sedih hati Diya apabila Iqram mengakhiri hayatnya dengan tersiksa. Dia lebih derita dari apa yang Diya alami. Kekayaan tidak menjamin kebahagiaan.
"Encik Khairi, sebaik saja pulang dari majlis perasmian hari tu, dia bertemu saya dan menyerah surat ini. Dia minta serahkan pada Encik Khairi. Saya masih terbayang wajahnya yang tersenyum apabila dia berceritakan yang Cik Diya masih mangambil berat pada dirinya. Cik Diya perasan wajahnya pucat sedangkan unclenya di sisinya pun tak perasan.""Hidhir, I tak mampu melawannya lagi. Diya kini berbahagia. I ingin sekali melihat wajah bahagianya. Saya boleh tenang pergi sekarang. Terima kasih kerana banyak membantu saya. Beritahu Khairi dan Diya , saya sayang mereka."
"Saya tidak sangka itu pertemuan terakhir saya dengannya." Peguam muda itu turut menyeka air matanya. Dia juga kehilangan majikan dan rakan baik. Dia tidak sangka majikannya di bunuh.
Khairi merebahkan badannya dia atas katil king size milik Iqram. Keluarga Iqram menyarankan dia masuk ke bilik utama milik Iqram. Rumah agam ini miliknya kini. Semua milik Iqram di serah kepadanya dan Diya. Semua diberi sama banyak. Cuma dia di beri tugasan sebagai CEO syarikat. Dia mengereng ke arah sisi. Sekeping sampul yang di serah oleh peguam menarik perhatiannya. Begitu tebal isi dalam sampul tersebut.
"Iq, aku juga sayang kau lebih dari seorang kawan. Aku tidak puas bersama dengan mu lagi. Semoga sahabatku tenang di sana."Diya dan Yusri pulang ke rumah mereka setelah meminta kebenaran Uncle Hasyim. Walaupun Uncle Hasyim mendesak untuk bermalam di situ.
"Sayang..." Diya melihat Yusri baru keluar dari bilik mandi. Dia merebahkan badan di sisi Diya. Diya terus merapatkan diri kepada Yusri. Air matanya tidak dapat dibendung lagi. Dia terus menangis di dalam dakapan Yusri.
"Abang, Diya kejam ke menolak cintanya walaupun berkali kali dia meluahkan."
"Diya sayang, cinta tu tidak boleh di paksa. Dia hanya nak lihat Diya bahagia."
"Kenapa Zarina begitu kejam?"
"Duit sayang. Duit selalu mengaburi mata semua orang."
Diya terdiam. Dia terlelap dalam pelukan insan yang dia sayangi.Assalamualaikum ank2 ibu
kali ini pendek sedikit cerita ibu kerana ibu ingin masukkan surat pemberian Iqram sebagai satu bab yang baru... luahan Iqram
harap berpuas hati bab kali iniLOVE YOU ALL
DHAZZMI
YOU ARE READING
cinta pertama
Любовные романыPercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?