"Khai! " Iqram berlari turun tangga menerkam sahabatnya yang baru sampai bersama papanya.
"Iq..hati hati nanti jatuh tangga tu."
Iqram tidak perduli. Nasib baik dia tergelincir di tangga bawah sekali.
"Kan mama dah cakap."
"Iq okey?"
"Ala, dah besar tak kan sakit."
"Kamu berdua, mari duduk dekat papa." Datuk Yusuf menepuk kerusi di kiri dan kanannya.
"Papa ada berita gembira."
"Apa papa?" Khairi bertanya. Iqram tersenyum lebar.
"Papa dan mama nak US atas urusan perniagaan. Nanti papa balik ke sini, papa akan uruskan tentang pangambilan Khai sebagai anak kami."
"Kita boleh belajar bersama Khai.. kau boleh ajar aku."
Iqram begitu gembira.
"Dah, pergi masuk ke bilik."
Datuk Yusuf tersenyum melihat telatah mereka berdua.
'Is, anak kau dah macam kau. Selalu ambik berat tentang orang lain dari dirinya. Semakin dewasa semakin mirip kau.'
"Joe, kenapa ni?"
"Rindukan Is."
"Ya, mana Sue menghilang. Is dulu seorang yang sabar jadi macam ni."
"Selepas berkahwin pun ramai yang cuba memikat Sue, cuma Ishak seorang yang sabar dan dapat mengawal perasaan. Entah kenapa kali ini dia tidak dapat menepis fitnah. Sue dihalau tanpa belas kasihan."Eh, awak Ishakkan?" Datuk Yusuf teringat pertemuan semula dengan rakan karibnya. Mereka terpisah apabila tamat pengajian.
"Yusuf, apa khabar kau sekarang?"
"Aku sihat, kau kenapa macam ni?" Keadaan Ishak seperti tidak terurus.
"Aku..." Ishak bercerita.Sikap baik hati Ishak sentiasa membuat kawan kawan senang. Malah ramai yang pernah menumpang di rumahnya. Namun sejak kehadiran Farid, semua berubah. Pada mulanya Farid hanya mahu menumpang semalam sahaja. Akhirnya berterusan sehingga sebulan. Dalam diam dia cuba mendekati Sue yang sarat mengandung.
"Ishak, maafkan aku... aku tak sangka bini kau tu sanggup lakukan ini belakang kau. Dia goda aku. Patut le ramai yang nak yumpang rumah kau, dapat layanan istimewa. Kau fikir anak dalam kandungan tu anak kau ke?"
Entah mengapa kali bisikan syaitan itu dapat mengoda Ishak. Sebaik sahaja balik kerja, dia ternampak Farid keluar dari bilik mereka.
"Aku dah kata Ishak...tengok dia tak bagi aku keluar dari sini."
"Apa ni? Dia cuba buat tak elok pada Sue abang."
"Kau kenal aku sejak dari kecil, masakan kau tak kenal aku. Dari kecil aku tak pernah berbohong."
Fikiran Ishak telah diracuni syaitan membuat Ishak tidak berfikir matang. Sue yang sarat mengandung di halaunya."Seminggu kemudian Sue datang dengan seorang lelaki dan ajak aku berbincang. Tapi aku tak mahu berbincang. Aku halau mereka. Lelaki tuvtetap tak berputus asa dan datang jumpa aku dengan dengan bayi perempuan selepas 3 minggu. Aku tidak terima dan halau lelaki tu."
"Siapa lelaki tu?"
"Aku tak tahu. Seorang lelaki cina. Tapi dia beri salam. Mungkin mualaf."
"Kenapa kau jadi begini?"
"Farid ditimpa kemalangan dan dia mengaku dia memfitnah Sue. Dia suruh aku cari Sue sebab dia ingin minta maaf. Farid pun dah tak ada dan aku masih gagal cari Sue. Aku gagal cari Sue dan anak perempuan aku." Ishak mengeluh.
"Sue mengandung anak sulung awak ke?"
"Tak, anak sulung saya bernama Khairi."
"Dia juga bersama Sue?"
"Tak. Dia bersama aku."
"Berapa umur Khairi?"
"10 tahun."
"Sebaya dengan Iqram."
Ishak hanya mengeluh.
"Is, bawa Khairi datang ke rumah. Jas tentu gembira berjumpa dengan kamu."
Sejak itu Ishak bekerja dengan Datuk Yusuf dan Khairi dan Iqram menjadi sahabat baik. Setiap kali hujung minggu Ishak akan mencari isteri dan anaknya."Is, aku harus uruskan perniagaan di luar negara beberapa tahun, boleh ke kau uruskan syarikat aku."
"Kenapa aku?"
"Kau sahabat aku dan orang yang paling aku percaya."
Kepercayaan yang Datuk Yusuf beri itu membuat ada yang cemburu. Akhirnya Ishak ditemui meninggal dunia dalam kemalangan langgar lari dan Khairi di tempatkan di rumah anak yatim. Berita kematian Ishak dirahsiakan dari pengetahuan Datuk Yusuf. Apabila Datuk Yusuf kembali ke Malaysia, baru dia tahu tentang kematian Ishak. Puas juga dia mencari Khairi namun gagal. Allah merestu doanya, Iqram bertemu Khairi di sekolah.Datuk Yusuf juga bertekad untuk mencari Sue dan anaknya. Dia akan menyatukan keluarga Ishak semula.
"Sabar ya tunggu papa balik. Nanti papa uruskan semua." Pesan Datuk Yusuf. Datin Jasmin merangkul erat anaknya seperti tidak mahu berpisah. Malah airmatanya turut mengalir.
"Apa mama ni? Bukan tak pernah tinggalkan Iq seorang. Ni Iq bukan tinggal seorang Iq ada Khai."
"Khai, kalau apa apa berlaku, hubungi Uncle Anuar."Awal pagi Iqram telah bersiap. Dia tidak sabar menanti kepulangan ibu bapanya. Pemandu peribadi keluarganya telah lama pergi menjemput majikannya.
"Lambatnya abang Zul ni."
"Mungkin kesesakan jalanraya tu. Iq pergi makan lah dulu."
"Jom lah kita makan. Ingat nak sarapan dengan mama dan.papa."Zul pulang dengan keresahan. Puas dia menunggu majikannya tetapi tidak muncul. Belum sempat dia bersuara, sebuah kereta peronda datang.
"Ya, boleh saya bantu tuan?" Pak Ahmad bertindak sebagai lelaki yang tua di rumah itu bertemu tetamu.
"Adakah ini rumah Datuk Yusuf dan Datin Yasmin?"
"Ya, tu papa dan mama saya."
"Kami ingin pastikan adakah datuk dan datin ada di rumah?"
"Mama dan papa ke luar negara dan akan balik sebentar lagi."
"Jadi mereka dalam penerbangan balik. "
Kata kata polis bersilang seli dengan berita mengenai sebuah kapal terbang terhempas.
"Tak mungkin....." Iqram menjerit dan berlari ke biliknya. Khairi terduduk.
"Ini semua salah kamu.Kamu memang bawa sial. Kalau tak kerana kamu datuk datin tak.mati!" Jerit Mak Nab berdesing di telinga Khairi.
"Kalau apa apa terjadi hubungi uncle Anuar" Pesanan Datuk Yusuf masih terdengar ditelinganya. Segera dia hubungi Uncle Anuar seperti yang dimaksudkan. Dia telah beberapa kali berjumpa Anuar kerana Anuar juga sahabat papanya.Iqram telah dibawa ke tempat kejadian bersama dengan bapa saudaranya. Khairi masih setia menunggu walaupun setiap hari dicerca oleh Mak Nab. Dia tidak tahu apa salahnya kepada Mak Nab sehingga Mak Nab sentiasa bencikan dia. Akhirnya jenazah Datuk Yusuf dan Datin Yasmin selamat di kebumikan. Seminggu kemudian Khairi dan Iqram berpisah setelah bapa saudara Iqram membawanya ke luar negara menetap bersama mereka. Khairi kembali ke rumah anak yatim.

ANDA SEDANG MEMBACA
cinta pertama
RomancePercintaan bersegi segi yang mencari jalan penghujung. Diya, gadis kacukan cina melayu mencari cinta sejatinya yang menemui persimpangan yang getir. Dapatkah Diya temui cinta sejatinya?